Friday, October 30, 2009

Sarapan Pagi Jumaat

Sarapan apa pagi tadi??? Masa pergi pasar hari tu, hari yang saya masak Nasi Ayam Hijau tu, saya beli jugak jagung 4 tongkol. 2 tongkol dah saya rebus hari tu. Ada baki 2 tongkol lagi. Pagi tadi saya gunakan setongkol untuk buat Jemput-jemput Jagung Pedas sebagai salah satu juadah sarapan kami. Selain darpada itu, saya juga masak Nasi Goreng Ibu dan Tempe Goreng. Abang Yang yang dah lama minta tempe goreng ni. Saya tak minat tempe ni. Kalau sengaja nak telan memang tak lalu rasanya. Tapi TERtelan...nak buat macam mana kan!!!!


Jemput2 Jagung Pedas... jagung yang dihiris2 + tepung + cili kisar + soda + cream of tartar + telur + bawang cincang + daun sup/bawang



Nasi Goreng Ibu... nasi putih + bawang hiris + bawang putih + ikan bilis + telur


Tempe Goreng..


No comments: