Salam semua. Nak sambung cerita pasal raya. Tak abis raya lagi ni. Macam yang saya cerita sebelum ni, kalau raya di Chemor dulu, hujung minggu yang berikutnya mesti kami akan balik ke kampung hubby di Muar pulak. Samalah jugak macam tahun ni. Hujung minggu lepas kami bali ke Muar. Kami bertolak hari Jumaat malam Sabtu sebab hari Sabtu tu kena turn hubby tak kerja. Kami bertolak jam 9:30 malam. Kami gunakan Lebuhraya E22 - lebuhraya baru Senai-P.Gudang-Desaru tu. Kami bawa bersama2 kuih2 raya yang memang dah diasingkan untuk MIL. Saja je tak kirimkan pada BIL sebelum dia balik raya dulu sebab hubby kata nak bawak balik sendiri. Kami sampai ke kampung jam 12:30 pagi. MIL dah tidur pun tapi terjaga waktu kami sampai. Tak sempat sembang lama2 sebab masing2 dah mengantuk. Apa lagi.....ambil toto dan bentang depan tv dan....zzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!
Pagi Sabtu tu kami sarapan sendiri sebab MIL dan FIL puasa enam. Dan hari Sabtu tu merupakan hari ke-6 mereka berpuasa. So Ahad tu sepatutnya dah raya la. Dalam jam 10:30 pagi, saya dan family pergi beraya ke rumah bapa dan emak saudara yang dekat2 situ. Mula2 pergi rumah Wak Salil, abang FIL. Tapi mereka tak ada di rumah. Singgah pulak rumah abang sulung hubby tapi ababg dan kakak ipar habbu tak ada jugak kat rumah. Then terus ke rumah Mak Lah, kakak MIL. Mak Lah ni dah bongkok sabut, jalan pun dah susah. Tinggal dengan anak lelaki yang bongsu yang masih bujang. Anak Mak Lah cuma 3 orang, 2 perempuan dan 1 lelaki. Kami lebih mesra dengan Mak Lah ni. Tak tau kenapa. Mungkin sebab keadaan kehidupannya yang sedemikian membuatkan kami lebih dekat dengannya. Selepas tu kami ke rumah Wak Amat pulak, abang MIL. Wak Amat pun dah agak uzur jugak. Mata dah tak berapa nampak. Sebelah mata dah operation tapi sebelah lagi dah tak boleh buat apa2. Akhir sekali kami ke rumah Wak Lan dan Mak Nab pulak. Wak Lan ialah adik FIL.
Selepas tu kami kembali semula ke rumah Wak Salil tapi sayang...masih tak ada orang di rumah. Kami ke rumah abang sulung hubby sekali lagi tapi tak ada jugak kat umah, cuma anak2nya ada di rumah. Akhirnya kami ke Parit Jawa untuk buat dressing jari Abang Ngah. Jari hantu tangan kiri Abang Ngah koyak sebab jatuh basikal masa nak beraya dengan kawan2 dia. Selepas dressing, kami pergi makan di Batu Pahat. On the way tu saja sms Anawahid, kot2 dia ada kat rumah tapi dia berada di Jerantut masa tu. Kensel nak gi rumah dia. Kami singgah makan di gerai nasi beriani yang berhadapan dengan Putra Specialist Hospital. Saya cuma minum ABC je, Abang Yang makan sup dan yang lain2 tu makan nasi beriani. On the way balik, BIL called hubby bagi tau MIL muntah2 pulak. Pagi tu memang MIL dah berak2 tapi still bertahan untuk meneruskan puasa enam hari yang terakhir. Masa kami sampai di rumah, MIL dah terlentang je. Dah berbuka puasa sebab makan ubat. FIL sorang je yang berpuasa. Then hubby dan FIL bawak MIL ke klinik di Parit Jawa. Doktor cuma bagi ubat yang biasa kalau orang kena muntah2 dan berak2.
Sebelah malam pulak kami ke rumah abang ke-2 hubby di Jalan Air Hitam. Yang mengikut kami cuma Pak Tam. Pak Su tak ikut sebab makwe dan familynya nak datang. So FIL dan MIL pun tak ikut kami sebab nak tunggu family makwe Pak Su datang. Lama jugak kami di rumah BIL, jam 11:00 malam baru kami balik. On the way balik ingat nak singgah rumah abang sulung hubby tapi dah gelap....!
Hari Ahad, BILs, FIL, hubby dan anak2 lelaki saya menyawit pulak. So kami tak gi beraya ke mana2. Saya sediakan makan tengahari untuk mereka. Simple je...nasi impit + sup ayam = soto nasi. Sebelah petang masing ketiduran sebab keletihan menyawit pagi tadi. Habis satu hari. Jam 5:00 petang kami dah bersiap2 untuk balik ke Pasir Gudang. Hubby ajak balik awal sebab esoknya anak2 nak mula bersekolah. Nak juga tengok2 mana yang belum selesai, kasut sekolah kat mana, beg dan buka2 sekolah di mana. Biasalah...kalau dah cuti panjang, kena pulak sakan beraya, buku ke mana, kasut entah ke mana. Seminggu dah raya berlalu.......
No comments:
Post a Comment