Hari Rabu malam Khamis lepas, kawan2 sekerja dan sejabatan hubby datang beraya. Sebenarnya mereka nak datang dari minggu lepas lagi dah tapi hubby "larang" sebab Ayong tengah menghadapi peperiksaan PMRnya. Kesian pulak dia nanti. Orang lain bergembira, dia pulak sibuk dengan buku2. Itu yang kami tunda hinggalah ke hari Rabu lepas. Mula2 tu macam nak memasak sendiri tapi hubby kata order ajelah. Senang sikit, tak le penat sangat! Saya pun ikut ajelah. Hubby nak order nasi beriani and the gang. Mula2 tu ingatkan nak order dari Beriani Idaman di Kebayan Taman Pasir Putih tu tapi 2, 3 kali pergi ke kedai tu, tutup aje. Akhirnya hubby order kat tempat lain.
Memandangkan main course hubby dah order, saya hanya sediakan sedikit kuih, pencuci mulut dan kek sebagai tambahan. Saya masak Kek Gula Hangus, Kek Cokelat Kukus Lembab, Kek Mentega, Agar2 Santan, Marble Shortbread dan Kuih Bakar (aka Bingka Tepung).
Inilah hasil masakan saya.... kecuali pisang tu!
Sebahagian daripada tetamu wanita bersama anak2 - isteri2 dan anak2 kepada rakan sekerja hubby...kecuali yg sedang mengadap kuih2 raya sambil makan tu. Itu ialah biras saya - hubby's SIL - bersama anak2 dan adiknya.
Ramai lagi yang tidak termasuk dalam gambar2 di atas. NJ sekeluarga pun datang jugak sebab NJ dulu kerja setempat dengan kami dan NJ merupakan kerani di jabatan hubby tu. Saya jemput NJ sekali sebab tentu dia nak bertemu kembali dengan "kawan2 lamanya"!!! Gambar NJ pun tak sempat snap sebabmasa tu kamera ada pada hubby. Hubby pun tak sempat nak snap banyak gambar. Itu ajelah yang ada!!!
1 comment:
Post a Comment