Monday, October 26, 2009

JJCM Jusco

Orang lain dah JJCM ke Melaka la, ke Cameron la.... Saya pulak JJCM ke Jusco Tebrau City aje. JJCM.... Jalan-Jalan Cuci Mata....!!!! Kami ke Jusco semalam setelah menghantar Abang Ngah dan Abang Yang ke sekolah kebangsaan. Mereka pergi menjayakan Program Jom Raya di sekolah. Setiap tahun memang ada program tersebut. Ada permainan, pertunjukan, persembahan, pertandingan, jual2an dan macam2 lagi. Hubby bekalkan mereka RM20 seorang.

Sampai je di Jusco, kami "sangkut" di booth Maxis (cerita saya sebelum ini...). Selepas tu hubby pergi cuci mata dengan handphone Blackberry terbaru. Cuci mata aje.....! Selepas tu barulah kami masuk ke Jusco, menuju ke lokasi baju yang Ayong hajatkan tu. Sampai di tempat baju tersebut, yang lain pulak yang dia berkenan. Hmmm...sampai 3 helai baju! Dan saya pun tersangkut kat sehelai blaus tu. Pilihan hubby!!!
Dalam perjalanan tu kami terserempak dengan kereta2 ni. Canggih kereta biru tu (BMW), sporty 2 pintu dengan plat pendaftaran "JCE9999". Kereta putih tu pun (Caldina) mempunyai plat yang cantik "EJ666". Kereta merah tu pulak dalam kategori antik sebab merupakan kereta lama dengan plat pendaftaran "BR6072". Kepada tuan empunya kenderaan2 di atas, kalau terbaca entry saya ni, saya minta kebenaran untuk display kereta tuan2/puan2 yang canggih tu (dah upload baru nak minta kebenaran...leh gitu??).



Adik tengah makan ayam goreng...habis 3 ketul!

Selepas tu barulah kami menuju ke Medan Selera setelah perut terasa kelaparan. Apa yang kami makan? Simple jer.... saya makan Yong Tauhu, Adik cuma nak ayam goreng, manakala hubby dan Ayong pulak makan Nasi Goreng. Dah kenyang perut, kami terus balik ke rumah. Masa tu Abang Ngah dan Abang Yang dah sampai rumah.

No comments: