Hari ini anak2 semua tak bersekolah di sebelah pagi. Ayong malas nak ke sekolah sebab tak ada buat apa2 kat sekolah. Selepas habis PMR ari tu, jarang sekali dia ke sekolah. Abang Yang pulak sekolah agama "mencutikan" mereka sebab baru semalam habis peperiksaan akhir tahun. Abang Ngah memang tak bersekolah di waktu pagi, dia bersekolah sesi petang. Adik pun tak sekolah hari ini sebab ada Hari Terbuka di tadika hari ini. Ibubapa dijemput datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan semester 2 bermula dari jam 8:30 pagi hingga jam 4:30 petang.
Selepas menghantar Ayong ke Stadium Perbandaran, saya terus ke Tadika Pintar Bistari di Taman Mawar. Berjumpa dengan guru kelas Adik, Cikgu Yus, untuk mengambil keputusan peperiksaan. Adik dapat nombor 3 dalam kelas dia. Alhamdulillah. Ada peningkatan dari semester pertama dulu. Masa semester pertama Adik dapat nombor 6, berkongsi kedudukan dengan seorang lagi murid lain. Sebab Adik dapat nombor 3, cikgu bagi dia hadiah. Tersenyum je Adik menerima hadiah tersebut.
Dan sebagai buah tangan, Kek Cokelat Kukus Lembab versi bakar tu, saya hias sikit dan bawa ke sekolah untuk guru2 sebagai tanda terima kasih. Terima kasih Cikgu!!!
No comments:
Post a Comment