Siti Rohani Aripin, berasal dari Bukit Nangka, Alor Gajah, Melaka. Saya mula kenal semasa sama2 belajar di UiTM (dulu2 dipanggil ITM) Shah Alam. 3 tahun kami bersama, dari 1986 hingga 1988. Sekarang ni Hani menetap di Cheras, KL dan bekerja di AmBank. Dah ada 3 orang cahayamata. Yang sulung Form 4, yang kedua pulak Form 2 dan yang bongsu Darjah 3 - 2 perempuan dan sorang lelaki. Petang Sabtu tu terima sms dari Hani, kata nak datang rumah. Dia ke rumah adik iparnya di Kempas sebelum ke rumah makciknya di Tampoi. Dah lama tak datang ke Pasir Gudang, tersesatlah jugak mereka. Dah 7:20 malam baru mereka sampai. Saya tak sempat nak masakkan apa2 sebab petang tu ada rewang di rumah saya untuk marhaban paada sebelah malamnya. Saya hidangkan apa yang ada aje. Maaflah Hani...itu aje yang ada! Anyway...terima kasih kerana sudi singgah ke rumah saya. Nanti kita jumpa lagi ya! Selamat Hari Raya!!!!
1 comment:
I'm appreciate your writing skill.Please keep on working hard.^^
Post a Comment