Hari Rabu lepas saya terima SMS dari Shidah, rakan setaman, menjemput datang ke rumah selepas Isyak untuk sama2 beraya. Malam tu kami beraya di 3 buah rumah di Jalan Selayang 13 - rumah Shidah, Kak Jay dan Ina. Kami beraya beramai2 - adalah dalam 10 family. Masa beraya di rumah Ina, Shidah dan yang lain2 bertanya bila mereka boleh beraya di Selayang 10 pulak. Di Selayang 10 ada 7 buah rumah. Mereka cadangkan keesokan malamnya - hari Khamis malam Jumaat. Saya pun kata ok aje. Sebenarnya hubby dah plan dengan kawan2 nak berkumpul di rumah kami pada malam yang sama. Since memang dah nak kena masak, buat sekali dengan rakan2 setaman sekali.
Balik dari beraya di Selayang 13 tu, saya dah mula memasak. Malam tu saya masak Frembozen Kenari, Muffin Blueberry dan Muffin Choc Chip. dengan bantuan hubby. Pagi Khamis tu saya masak pulak Marble Shortbread dan Puding Roti. Tengahari baru saya ke pasar mencari bahan2 nak masak Mee Kari. Nak masak Mee Kari senang je. Cuma perlu masak kuahnya dan yang lain2 tu cume celur2 dan goreng aje. Sebelum Isyak, semua siap terhidang. Tapi tak sempatlah nak snap gambar kawan2 datang beraya.
Malam berikutnya (Jumaat malam Sabtu) kami beraya ke rumah Niza (Shahadan), rumah Didi dan rumah Kak Norma. Kat rumah Kak Norma lama sikit sebab ada mesyuarat pasal nak adakah Marhaban Perdana pada 10hb Oktober nanti. Kami bincangkan pasal menu dan resepinya, pengagohan kerja dan sebagainya. 11:30 malam baru bersurai.
Malam semalam (Sabtu malam Ahad) pulak kami ke rumah Liza (Hamidon) di Jalan Durian 1 di Taman Kota Masai. Langsung pulak ke rumah Maria (Hj. Zainal) di Kg. Kopok Baru. Kat rumah Maria yang lama sebab dah dekat 12:00 malam baru kami nak balik.
2 comments:
salam Ita...apa khabar.....mmg lama dah kita tak OL kan...o.k...selamat berhari raya lagi ya..amboi meriahjugahari raya Ita ya....banyak undangan rumah terbuka.....o.k.....salam aidilfitri sekali lagi buat Ita dan family
waalaikumsalam. mmg dah lama x OL. sibuk sikit sambil layan anak yg tengah PMR skrg. undangan rumah terbuka pun byk gak kat area saya ni....jemputlah dtg umah!
Post a Comment