Saturday, February 28, 2009

Beg Berkat (1)


Malam tadi saya, hubby dan Adik pergi ke Giant Plentong. Tujuannya ada 2 : pertama nak beli tuala yang kami dah survey hari tu, dan kedua sebab nak belanja barang2 dapur. Hari tu kami dan pergi ke Giant untuk mencari tuala yang hubby idamkan tapi kami tak jadi nak beli pada hari tu sebab konon2nya nak survey barang2 lain dulu. Tuala tu merupakan salah satu daripada "barang2" yang akan kami masukkan ke dalam "beg berkat" untuk orang2 rewang nanti. Sebenarnya adik ipar saya akan melangsungkan perkahwinan pada 8hb. Mac ini dan sambutan di rumah hubby akan dibuat pada 15hb. Mac. Since adik ipar saya ni adalah lelaki, 8hb. nanti ialah majlis di rumah pengantin perempuan dan 15hb. adalah majlis kat rumah MIL di Muar. Hubby dapat tugas untuk menyediakan "beg berkat" untuk orang2 yang rewang. Kami kena sediakan sebanyak 70 beg. Dan hubby dah buat keputusan untuk bagi sehelai tuala mandi sebagai salah satu daripada barang dalam beg berkat tersebut. Itu yang kami ke Giant malam tadi untuk beli tuala2 tersebut. Penuh satu troli dek tuala2 aje. Penat cashier tu nak scan satu2 tag kat tuala tu...70 kali! Lepas bayar kami hantar tuala2 tu masuk kereta dulu sebelum kami pergi round sekali lagi untuk beli barang2 dapur pulak. Penat jugak berjalan....!

Masa dalam perjalanan balik, Adik dah tertidur kat seat belakang. Kesian dia...ngantuk! Waktu tu pun dah pukul 11:15 malam. Sampai aje rumah, saya kemaskan barang2 dapur yang kami shopping tadi. Lepas tu ajak hubby gulung dan ikat tuala2 tu. Almost 2:30 am baru siap semua! Ahad ni hubby nak balik kampung kejap, nak tengok apa2 yang patut untuk majlis tu. Then hubby akan bawak balik tuala2 ni dulu sebelum kami packing ke dalam beg kemudian nanti. Kalau nak bawak balik sekali harung, tak muat satu kereta!!!! Hubby akan balik dengan Abang Yang aje. Saya dan anak2 yang lain tak ikut sebab Ayong dan Abang Ngah ada monthly test hari Isnin nanti.

Baru siap satu barang. Ada lagi yang perlu saya siapkan untuk majlis tu nanti. Bunga rampai dan kek yang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan pada 8hb. nanti... Tak lama dah, tinggal seminggu aje...

Wednesday, February 25, 2009

Award Dari Mimi



Dapat award daripada Mimi - kenalan baru kat alam siber ni... Thank you very much for these nice cute awards....

Versi Tarik....

Yang ini versi tarik pulak!!!! Buat tengahari tadi. Besttttt!!!! Saya minum dulu....!!!!



Mochacinno Shake

Ini dia Mochacinno Shake sudah datang!!!!! Gara-gara godaan kat rumah Fiza, malam tadi jugak saya buat! Saya gunakan susu pekat manis dicampur dengan susu cair sikit, so rasanya ada lemak2 gitu! Sedap!!!!



Tuesday, February 24, 2009

Dari Puncak Jakarta


Bestnya dapat hadiah dari Cik Min. Ingat jugak Cik Min dengan Kak Ita ya! Ingatan Cik Min dari Puncak Jakarta.... Saaaayyyyyaaaannnngggg Cik Min!!! Terima kasih ya!

Saya Sayang Mak Saya

Satu ayat yang mudah tetapi penuh makna! Sama2lah kita menghayati dan mempraktikkannya....


Sebenarnya ini adalah ayat yang terdapat pada baju-t yang dijual di tapak festival layang2 hari tu. Dalam banyak2 baju-t yang dijual yang terdapat macam2 ayat dan tulisan, saya paling "tersangkut" dengan yang ini.... Satu ungkapan yang mudah untuk menyatakan rasa sayang kepada emak kita...

Dinner Tonite

Hari ni tak berapa nak masak rasanya. Untuk breakfast pagi tadi saya cuma masak Cucur Bawang je. Lepas tu tengahari tak masak pun sebab nasi malam tadi masih ada balance. Keep ward aje sejak awal pagi tad. Cadang nak digoreng je tapi tak ada permintaan pulak hari ni. So simpan je untuk Ayong dan Adik balik tengahari nanti.


Untuk dinner, saya cuma masak yang simple jer sebab cuma Abang Ngah dan Abang Yang yang akan makan. Ayong dah tak makan malam2 ni. Hubby lak ada dinner kat luar dengan officemates. Saya pun rasanya macam tak nak makan gak. So saya cuma masak Lemak Udang, Dadar Telur dan Udang Goreng Butter. Udang Goreng Butter saya cuma goreng 5 ekor... untuk Adik aje. Adik cuma makan udang jer, nasi tak usik pun. Balik sekolah tadi dia dah makan sepinggan penuh, lauk telur dadar gak. Telur memang favourite dia. Tak masak sayur pun sebab hero2 tu memang tak makan sayur....
Errr....Cream Puff Jagung tu adalah menu hari Ahad lepas. Baru ni nak upload sekali....


Errr...cream puff ni hari Ahad lepas punya....



Masak Lemak Udang...



Dadar Telur Kosong...



Udang Goreng Butter...

Hadiah Gunung Fuji...


Thank you.... thank you... thank you... thank you... thank you... thank you... thank you... to Ros aka Onigiri. Dah lama Ros suruh ambik kat umah dia tapi susah sikit nak masuk rumah Ros tu... Pintu Ros ni made in Japan and made from salji putih tu kot. Nak bukak je, kena tunggu lama sesangat. Tapi itupun belum confirm boleh bukak lagi. Dengan erti kata lain...mesti bukak dengan hati2 sebab salji kan ker mudah pecah @ cair...hehehe... Jangan marah ya Ros! Apa2 pun scenery gunung tu memang cantik!!! Thanks for the hadiah tu.....

Buah Tangan Hubby

Lepas penat tengok layang2 hari Sabtu lepas, hubby ngan anak2 gi makan kat kopitiam kat Pusat Bandar tu. Sebelum tu hubby gi jemput Ayong kat stadium selepas mereka habis persembahan kat festival layang2 tu. Masa tu saya dan Adik kat rumah sebab Adik demam...tak ilut gi tengok perasmian festival layang2. Pesan ngan hubby, belikan teh tarik halia dan apa2 kuih yang ada kat situ. Teh tarik halia....hubby beli 2 bungkus bersama2 dengan kuih lapis tepung pulut dan jugak tat buah. Eeeemmmmm...sedapnya!!!! Jom makan...!





Breakfast And Lunch

Dari hari Rabu hari tu tiap2 pagi hubby pergi hantar Ayong ke stadium instead of ke sekolah naik van sebab mereka ada latihan pancaragam. Sepanjang minggu ni banyak persembahan yang akan mereka persembahankan. Mula2 kat SMK Pasir Gudang 1 pada pagi Khamis (19hb) sebab ada sukan tahunan sekolah. Then petang Jumaat ada rakaman oleh RTM kat Bukit Layang2. Pagi Sabtu pulak ada persembahan kat SMK Pasir Gudang 2 dan sebelah petang ada persembahan sempena perasmian festival layang2 tu. So setiap pagi mereka ada latihan, tak pergi sekolah pun....

Hari Khamis malam Jumaat lepas, saya buat Choc Chip Muffin sebanyak 50 biji. Dapat order dari cikgu kat SMK Pasir Putih, ada jualan amal petang Jumaat. Cikgu ni mengajar sesi petang... Tak perasan pulak tepung dah abis stok, malam tu tak dapat nak siapkan 50 biji. Sambung pagi Jumaat pulak... Alhamdulillah!!!

Sarapan pagi Jumaat....karipap dan kuih gulung....



Muffin choc chip dan tat telur buat petang Khamis..... Yang ni balance je....



Roti jala ni pun sarapan pagi Jumaat...bukan buat tapi hubby beli jer....

Lunch ari Jumaat.... nasi mentega, jelatah dan sambal telur kasturi....



Jelatah....


Sambal Telur Kasturi...



Festival Layang2 Antarabangsa Pasir Gudang 2009

Festival Layang2 Antarabangsa Pasir Gudang 2009 berlangsung dari 17hb Februari hingga 22hb Februari yang lepas. Alhamdulillah, dengan keadaan cuaca yang baik tapi agak panas, festival berjalan dengan meriah sekali. Cuma kadang2 angin kurang bertiup menyebabkan layang2 yang besar2 gagal untuk dinaikkan.


Hari Khamis lepas (19hb) saya pergi ke festival tu berdua dengan hubby je. Tujuan utama bukan untuk tengok layang2 terbang tapi nak cari t-shirt festival sebagai kenangan. Selama festival tersebut dilangsungkan dari dulu sampailah sekarang, baru kali ini saja kami tergerak hati nak pergi mencari t-shirt tersebut. Tahun2 yang lepas ada juga kami pergi ke festival tersebut tapi cuma pada hari pembukaan sahaja sebab Ayong ada main pancaragam. Itupun baru 2 kali rasanya. Sebelum tu tak pernah pergi pun, setakat lalu kat jalanraya depan tasik tu saja. Dapatlah anak2 tengok layang2 tu daripada dalam kereta sahaja.


Tapi kali ini mereka dapat tengok layang2 tu dengan sepuas2nya. Hari Jumaat tu saya pergi dengan Adik selepas Adik balik dari sekolah. Saja layankan Adik seronok tengok layang2. Ada lollypop drop oleh pasukan2 yang mengambil bahagian tapi dihadkan untuk kanak2 saja. Masa tu ada 3 kali lollypop drop tu. Bukan setakat kanak2, mak budak pun ada jugak termasuklah saya!!! Bukannya apa, kesiankan Adik penat kejar2 lollypop yang jatuh dari udara tu tapi tak dapat. Sudahnya, emaknya masuk sekali. Nasib baik tak kena halau dek pengawal tu. Kalau tak...malu je!!!! Best gak berebut2 dengan bebudak ni....!

Hari Sabtu ialah hari perasmian oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). Tapi saya tak pergi sebab Adik demam pulak. Hubby pergi bersama 2 hero. Ayong ada persembahan pancaragam masa perasmian tersebut. Sebenarnya hari Jumaat tu ada rakaman persembahan pancaragam tersebut oleh pihak RTM. Dan ianya disiarkan pada pagi Sabtu dalam rancangan Malaysian Weekend. Ayong dan hubby pesan pada saya suruh rakamkan rancangan tersebut. So, sepanjang rancangan tersebut, saya pun duduk le depan tv sambil merakamkan persembahan mereka.

Pagi Ahad tu saya pergi lagi ke festival tersebut tapi kali ini dengan Ayong aje. Sebab dia tak berkesempatan untuk jalan2 kat situ walaupun mereka selalau ke situ untuk rehersal, rakaman dan persembahan. Saja jalan2....sambil beli cenderahati....keychain, t-shirt, kipas tangan dan benda2 yang kecik2 je....

Jom layan beberapa gambar kat festival tersebut.... Nak tengok gambar2 lain, sila klik kat sini...



Perasmian oleh TMJ... Datuk Ali mesti ada...!!





Antara layang2 yang terbang diudara....


Acara lollypop drop...best gi kejar lollypop jatuh dari udara....!




Spongebob yang menarik perhatian ramai kanak2.....



Sotong pink dan mengkarung... antara layang2 yang terbang...



Biasanya katak hanya melompat tapi jangan hairan bila tengok katak terbang lak.....



Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah Pasir Gudang.... Ayong yg kat depan sekali dlm gambar yg besar tu...tengah pegang trombone...



Antara cenderati yang cute2 dan comel2....


Tuesday, February 17, 2009

Tag Dari Ela, Doha - Kenapa 6??

Tag yang Ela bagi ni ringkas dan senang jer... Ela bagi hari Sabtu lepas tapi baru hari ni saya gi ambik. Sorrylah Ela, lambat sikit. Sikittttt jer!!!

::Rules::
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged


Inilah gambar yang duduk kat folder no. 6 dalam senarai dan gambar yang ke-6. Gambar Adik yang tengah beriya2 nak pakai stokin. Gambar tu diambil pada 8hb. Januari 2009 lepas, hari ke-5 pertadikaan dia. Tengah excited sesangat tu....tak bagi orang lain tolong!
Nak kena tag kat orang lain pulak ni. Sapa yang belum kena yer? Kalu tak panjangkan tak leh ker??? Jap, nak kena jalan2 dulu baru tau sapa yang belum kena lagi....

Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) Pertama

Satu lagi aktiviti yang amat berfaedah dan bermanfaat yang telah dijalankan oleh kaum2 ibu di kawasan penempatan kami di Taman Pasir Putih (Jalan Selayang dan Jalan Senangin) ialah Majlis Yassin untuk kaum2 ibu / wanita. Aktiviti yang pertama telah kami langsungkan pada hari Sabtu lepas, 14hb. Februari 2009. Rumah pertama dalam penggiliran ialah rumah Shidah di Jalan Selayang 13. Majlis bermula jam 2:00 petang hingga ke waktu Asar. Pengisian majlis dimulakan dengan Zikir Syifa, diikutilah dengan bacaan Yassin dan Tahlil dan diakhiri dengan tazkirah ringkas. Ramai ibu2 yang hadir walaupun ada juga yang tidak dapat menghadirkan diri kerana urusan masing2 yang tidak dapat dielakkan. Sambutannya amatlah menggalakan. Penuh ruang tamu hingga ada yang terpaksa duduk di dapur dan juga di bahagian luar (car porch). ALHAMDULILLAH!!!! Moga majlis mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNya.....


Majlis ini kami rencanakan untuk diadakan sebulan sekali pada hari Sabtu minggu kedua bermula jam 2:00 petang. Pada hari Sabtu minggu ketiga, kebiasaannya kami ada aktiviti Yassin dan Tahlil untuk kaum lelaki (Selayang 10, 12 dan 13 sahaja). Juga diadakan sebulan sekali. Dengan adanya aktiviti seperti ini, dapatlah mengeratkan silaturrahim antara penduduk2 di kawasan kami disamping dapat saling kenal-mengenali sesama kami.


Semasa menjamu selera, kami berkenalan sesama sendiri. Rupa2nya ramai orang Perak kat sini. Kebetulan masa majlis tersebut, majoritinya ialah berasal dari Perak. Mulalah...kalau dah berjumpa dengan orang Perak tu, keluarlah loghat masing2..... Yang tak disangka2 ialah bertemunya 2 orang Perak yang ada kaitan persaudaraan.... Macam Jejak Kasih pulak! Kat Perak mereka ni tak pernak berjumpa, tiba2 berjumpa pulak kat majlis ni!



Malam Sabtu tu (hari Jumaat), saya sempat bakarkan Puding Roti untuk dibawa ke majlis tersebut. Ramai yang memuji kesedapan puding roti ni dan ramai jugak yang meminta resepinya. Alhamdulillah...

Puding Roti...


Antara kaum2 ibu / wanita yang menghadiri majlis tersebut...




Antara hidangan yang disediakan oleh tuan rumah untuk para jemputan ialah nasi impit daun pisang, rendang ayam, kuah kacang, rojak buah dan roti jala. Ada juga rakan2 yang memberi sumbangan kuih-muih (termasuklah saya....) - ada apam gula hangus, kuih koci, puding roti danjugak kek chiffon pandan.

Antara juadah untuk menjamu selera selepas majlis berakhir.....

Festival Layang-Layang Antarabangsa

Welcome to 14th Pasir Gudang International Kite Festival 2009!!!!

17th - 22nd February 2009
Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang



Aktiviti Pagi Sabtu


Hari Sabtu lepas merupakan hari ganti persekolahan sempena cuti CNY ari tu. Sekolah menengah, sekolah rendah dan sekolah agama bersekolah macam hari2 biasa. Abang Yang dan Ayong dah ke sekolah awal2 pagi lagi. 6:30 pagi Ayong dah pergi naik van sekolah. Then Abang yang pulak 6:55 pagi, naikvan jugak. Cuma kengkadang van yang Abang Yang naik tak tentu masa datangnya. Kengkadang lambat sangat, kengkadang cepat. Sekolah agama bermula jam 7:15 pagi tapi kaengkadang van tu 7:10 pagi baru sampai depan rumah. Kesian anak2 yang naik van tu (termasuklah anak saya...) sebab kengkadang murid2 dah masuk kelas, mereka baru nak turun dari van. Abang Yang malas nak naik van tu pagi2 dah sebab selalu lambat. Dia ialah Ketua Kelas. Sepatutunya tunjukkan contoh yang baik pada murid2 lain tapi dia pulak yang lewat. Mungkin next month, pagi2 kena hantar dia pulak....


Ok. Berbalik dengan cerita aktiviti di pagi Sabtu tu. Kebetulan kena turn hubby off duty Sabtu tu. So saya ajak le hubby gi breakfast kat luar bersama Adik dan Abang Ngah. Abang Ngah bersekolah sebelah petang, so ada masa untuk jalan2 kejap. Mula2 cadang nak gi breakfast kat Kebayan je tapi teringat pulak da Pasar Tani kat Pusat Bandar. Kat situ ada banyak pilihan kuih-muih dan lain2 makanan. So ajak hubby gi Pasar Tani je, cari makanan apa yang patut. Lepas tu kami singgah kat Shell. Bukan nak isi minyak tapi nak beli suratkhabar dan air. Lepas tu terus lepak kat Bukit Layang2.....sarapan ket tepi tasik!!!!



Inilah menu kami sarapan tepi tasik....serimuka, cara berlauk, talam suji, talam keladi, pulut panggang dan sate.....




Antara pemandangan, tumbuhan dan bunga2an yang menghijau dan berwarna-warni.....



Salah satu arca di Bukit Layang-Layang....




Banner Pesta Layang2 yang akan diadakan pada 17-22 Februari ini....



Selepas bersarapan dan pusing2 kat Bukit Layang2 tu, kami terus menuju ke Petronas Taman Kota Masai. Kali ini memang nak isi minyak kereta yang dah hampir "E".... Sempat jugak saya merakamkan gambar bunga2 yang ada kat keliling stesen tersebut....


Tengok jam dah hampir 10:20 pagi. Abang Yang biasanya sampai rumah jam 10:25 pagi. Kami pun terus menuju ke rumah....

Creamcheese Butter Cake

Tergoda dengan Creamcheese Butter Cake kat rumah Ummi Zaihadi, saya pun mencuba untuk membuatnya. Kebetulan bahan2 semua ada dalam stok, so tak jadi masalah. Saya buat kek ni hari Jumaat malam Sabtu lepas. Anak saya yang ketiga tu (Abang Yang) memang suka nak menolong saya memasak. Kalau saya didapur dan dia pulak tengah free, mulalah menanya ada apa2 ker yang boleh dia tolong. Tapi saya kengkadang selalu cakap ngan dia..."Tolong jangan kacau.....!!". Terbantut langsung niat ikhlas dan murni dia........! Tapi kengkadang dia ignorekan aje apa yang saya cakap. Kat bahagian atas tu saya sapu dengan blackcurrent jam. Itu je jem yang ada kat rumah masa tu. Sedap kek ni....!

Friday, February 13, 2009

Mee Kari Bonda

Sarapan pagi tadi saya cuma bancuh Nescafe dan roti sapu dengan butter chocolate spread. Habis satu loaf roti yang paling besar. Adik gi sekolah pun bawak bekal tu jugak. Dan roti tu sesuai untuk saya sebab lembut...sesuai untuk saya yang baru cabut gigi!!!!



Untuk lunch hari ni saya masak Mee Kari Bonda yang simple ni aje. Semalam ada beli Mingguan Perdana, ada resepi mee kari kat dalam tu. Tapi nampak macam tak mengancam sangatlah! Masa tu lah saya teringin nak makan mee kari. Lalu keluarlah Mee Kari Bonda ni....






Jom makan!!!!


Tak Abis Cerita Lagi....!

Sebenarnya cerita pasal gigi semalam tu tak abis lagi tapi Adik dah tekan post button masa saya tinggalkan kejap komputer ni. So hari ni nak sambung lagi. Sikit jer lagi...!

"Cuba awak pegang cermin ni. Yang sebelah kanan tu tak boleh ditampal lagi dah sebab lubangnya dah besar dan dah kena akar. Kena cabut ni... Yang kiri tu boleh ditampal."
"Yang tak boleh ditampal tu yang nombor dua dari belakang tu kan?"
"Tak, yang last sekali. Lagipun gengnya yang kat bawah tu pun dah tak ada, jadi ianya pun tak berfungsi."
"Kalau tak cabut boleh tak?"
"Boleh, tapi nanti akan sakit le sebab makanan akan tersangkut kat situ lagi."
"Kalau gitu, cabut ajelah."

Itulah keputusan saya. Satu batang akan dicabut, satu lagi akan ditampal. Dah ada pengalaman cabut gigi ni dah dah tau le mesti kena cucuk bius. Masa cabut memang tak rasa sakit sebab dah kebas tapi yang sakit ialah masa dicucuk. Adddduuuuuiiiiiiii....!!! Masa doktor tu cucuk kat gusi bahagian dalam, alamak.....sakitnya!!!!!! Kalau boleh jerit masa tu, dah menjerit rasanya.....

Sementara nak tunggu bahagian tu betul2 kebas, doktor pun mulakan proses penampalan kat gigi geraham sebelah kiri pulak. Masa tampal ni tak rasa apa2 cuma masa doktor korek2 tu ada rasa sakit sikit. Siap proses menampal, doktor nak start mencabut geraham sebelah kanan pulak. Dapat saya rasakan susah sikit doktor nak cabut sebab gigi geraham kan!!!! Setelah puas dihogoh2, ditarik2...maka tercabutlah akhirnya gigi gerahamku!!! Doktor tunjukkan juga pada saya gigi yang dah dicabut tu. Memang buruk!!! Dah terkopak sebelah.....! Lepas doktor letak kain kasa kat tempat gigi yang dah kena cabut tu, saya mula rasa nak termuntah. Itu biasa kata doktor sebab kesan ubat bius tu masih ada. Hmmmm....

Sampai rumah saya terus baring sebab rasa sakit kepala sebelah kanan. Sebelum balik tadi nurse tu ada bagi ubat tahan sakit dan kain kasa tapi tak ada pulak ubat sakit kepala. Dalam 3 jam pertama lepas cabut gigi tu tak rasa sakit tapi dalam pukul 6:00 petang tu dah terasa sakit pulak. Tak le sakit sesangat tapi sakit le.... Masa tu hubby dah balik, dia suruh makan ubat tahan sakit tu. Saya pun makanlah ubat tu. Then hubby pun dah tau mesti wife dia ni tak boleh nak memasak. Kami sama2 turun ke bawah tapi hubby terus ke dapur. Dia prepare barang2 nak dimasak. Nasi putih memang ada sebab pagi2 saya dah masak nasi, incase anak2 nak bawak bekal...senang dah ready. So hubby prepare barang nak masak TOMYAM....

Saya dah terasa lapar tapi takut pulak nak makan benda2 yang keras. Tapi disebabkan tak tahan godaan tomyam yang hubby masak, saya pun tibai jugak!! Tapi tak banyak le...sekadar alas perut. Kenyang......alhamdulillah!!!

Errr....lupa pulak nak mintak gigi tu daripada doktor tadi. Kalau gi semula kat klinik tu, agak2nya gigi tu ada lagi tak????

Thursday, February 12, 2009

Gigiku...!!!!

Masa makan Lontong Kering malam tadi, yang hubby beli kat pasar malam, terasa sakit pulak gigi geraham semasa mengunyah rendang daging tu. Aduiiii...hilang nikmat rendang daging tu! Tapi kunyah gak, guna yang sebelah kanak. Sebenarnya gigi geraham sebelah atas, kiri dan kanan, dah berlubang dua2nya. Tapi malas nak gi tampal. Hinggalah kejadian malam tadi tu... Lunch hour tadi hubby balik rumah. Lepas tu kami gi lunch berdua. Cuma makan sup dan roti aje. Hubby makan Sup Campur dengan nasi putih separuh, saya pulak makan Sup Ayam dan Daging dengan roti putih. Supnya habis dimakan tapi roti dan nasi putih tak habis. Sup tu memang sedap. Dah le gigi berlubang...tiap kali lepas makan mesti kena cungkil. Nyampah tul!!! So lepas balik dari lunch, hubby hantar saya balik rumah sebab dia kena masuk kerja semula. Itupun dah lebih dari lunch hour dia.

Selepas Ayong balik dari sekolah, saya terus drive menuju ke klinik gigi. Cari parking lot yang baik punya sebab takut hujan, nanti senang terus masuk kereta. Alamak....waktu rehatnya dari 1:30 hingga 2:30 petang!! Waktu tu baru pukul 2:00 petang. Saya tunggu aje dalam kereta sambil main SMS ngan hubby. Shar 2:30 petang saya naik ke klinik tu (kat tingkat atas). 1st customer.... Sebelum ni pernah gi ke situ untuk bersihkan gigi. Tak lama lepas tu nama saya dipanggil untuk menerima rawatan. Dokotornya seorang wanita Melayu yang cun....

"Saya nak tampal gigi. Geraham atas, kiri dan kanan."
Lepas doktor tu check2 mana yang patut,
"Cuba awak pegang cermin ni. Yang sebelah kanan tu tak boleh ditampal lagi dah sebab lubangnya dah besar dan dah kena akar. Kena cabut ni... Yang kiri tu boleh ditampal."

Jom Makan...!!!

Hari tu hubby ada beli ikan terubuk seekor. Bahagian badannya saya dah bakar hari apa ari tu ya?? Lupa lak... Yang tinggal hanyalah bahagian ekor dan kepala. Biasanya, kalau emak sayalah, dia akan masak gulai masam. Jadi sayapun buatlah gulai masam ikan terubuk tu hari Selasa lepas untuk makan malam. Tapi gulai ni tak cukup sifat sebab ada bahan utama yang tak ada...iaitu daun kesum dan bunga kantan. Kalau ada.....tentu Abang Ngah dab Abang Yang menjilat pinggan!!!

Untuk sayur, saya cuma masak yang simple jer... Bayam Tumis. Tak kan le nak makan gulai masam yang cuma ada ikan 3 ketul tu? Itupun cuma ekor dan kepala yang dah dibelah 2. Hmmm...udang besar2 ada gak dalam petiais tu. Nak masak apa ya? Setelah dibelek2 resepi yang ada, saya pun mencuba resepi Udang Masam Manis oleh Hanieliza. Sedap udang ni!! Punyalah nak adil kat semua orang (hubby dan anak2), saya masak udang tu ngam2 4 ekor sorang jer...tak termasuk saya sebab saya rasa saya tak nak makan malam ni. So saya masak 20 ekor je. Ada baki lahi 20 ekor. Yang tu reserve nak buat Udang Pepper ataupun Buttered Prawn nanti.




Sebelah malam tu pulak, saya menguli doh untuk dibuat Roti Marble Coklat. Resepi oleh Onigiri @ MyResipi. Owner punya roti punyalah cun!!! Tapi saya buat tak cun dan tak berapa nak naik. Tak cukup uli agaknya sebab uli guna tangan jer... tak ada power cam tangan Popeye tu. Saya buat gunakan loyang aluminium yang empatsegi kecik tu. Dapat 2 loyang. Satu loyang habis kena ngap masa baru keluar dari oven...makan panas2 memang sedap. Kalaulah ada BM (bread maker).......!!!! Hubby dapat bonus nanti nak ngendeng BM la....!!!




Puding Roti ni dah banyak kali buat. Yang ini saya buat petang semalam (Rabu). Gunakan resepi oleh Beancurd @ MyResipi gak. Hari tu masa buat sandwich telur mayonis, tepi2 roti tu saya potong sebab Adik tak makan tepi2 tu. Daripada terbuang, baik saya potong dan simpan. Boleh jugak dibuat apa2 kemudian nanti. Dan inilah hasilnya..... Saya gunakan 1 1/2 sukatan dari yang asal sebab tepi roti tu agak banyak....





Errrr....malam semalam tak masak sebab kat taman ni ada pasar malam. So ambik kesempatan untuk "lepas tangan" dari memasak..... Isteri mithali!!!

Bunga-Bunga Ku...

Saja nak tayang bunga2 yang tengah mengembang kat depan halaman tu.....!!! Layannnnnn....!!!