Saturday, June 26, 2010

Tempahan Apam Dan Cistat Lagi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Alhamdulillah diatas limpah rezeki kurnia olehNya, bersyukur diatas tempahan yang diterima. Lagi tempahan untuk cistat dan apam comel. Sampai jam 4:30 pagi saya berjaga nak menyiapkan tempahan ni. Sambil2 tu sempat gak layan Pesta Bola Dunia, 2 games, pukul 10:00 malam dan pukul 2:30 pagi. Aduiii...pening kepala bila tak cukup tidur ni!


Orange, blueberry dan chocolate cheese tart tempahan dari Ana, Taman Kota Masai sebanyak 30pcs. Ana sedang mengandung anak sulung, 7 bulan. Cepat2 saya buatkan. Ikutkan Ana, dia nak datang ambil esok (Ahad), itupun kalau dia sihat. Kalau tidak, dia nak suruh hubbynya yang datang ambil. Tapi saya menawarkan diri untuk hantar sendiri ke pejabat Ana di Kota Masai jugak... Terima kasih Ana!!!

Blueberry cheese tart dan chocolate cheese tart - tempahan dari Dila. 50pcs setiap jenis. Dila ni duduk di Sintok, Kedah. Dia bekerja di UUM. Dia balik bercuti ke rumah emaknya di Taman Air Biru. Pagi tadi, Dila datang mengambil cistat ni. Sempat jugalah berborak sekejap dengan dia. Dia sebenarnya nak balik ke Jasin, Melaka pulak. Ke rumah ibubapa mertuanya. Cistat ni nak dibawa ke Melaka sebagai buah tangan. ALhamdulillah...jauuh berjalannya cistat saya ni. Ari tu dah sampai ke Terengganu, hari ini ke Melaka pulak. Isnin ni akan ke Sintok, Kedah pulak sebab Dila tempah lagi 100pcs untu dibawa balik ke Kedah. Alhamdulillah...dan terima kasih untuk Dila. Comel jer orangnya...!


Blueberry cheese tart...

Chocolate cheese tart...

Orange cheese tart...


Ini pulak Apam Comel Inti Cokelat tempahan daripada Ezu, Taman Scientex. Ahad lepas Ezu dah tempah apam comel dengan cistat. Suka sangat dia. Itu yang dia tempah lagi apam ni. Suaminya yang datang mengambil tempahan ni jam 8:40 pagi tadi. Terima kasih Ezu...!!!


Dan ini pula ialah tempahan dari Kumpulan Yaasin Muslimah Selayang 10, 12 dan 13 untuk Majlis Ilmu AMTPP petang nanti. Tempahan sebanyak 100 biji tapi saya lebihkan 50 biji sebagai sumbangan peribadi. Ada inti cokelat, strawberi dan blueberi.
Moga majlis kita petang ini akan dirahmati olehNya...Aminnnn!!!!


2 comments:

Kak Am said...

ha..tu dah start bnyk order ita, oklah tu kan..? alhamdulillah..
teruskannn...

Azita Zain said...

am : alhamdulillah...!
bila start keje?