Monday, June 7, 2010

Majilis Perkahwinan Shikin Dan Shahrul


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam, Ahad, 06-06-2010, merupakan hari bahagia untuk pasangan2 pengantin baru. Salah satu pasangannya ialah Shikin dan Shahrul. Shikin ialah kakak kepada kawan baik Ayong, Izzati. Walaupun semalam Ayong menghadiri Seminar IQ Pintar, tetapi semasa lunch break, kami sama2 menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Rumah pengantin di Taman Cahaya Masai, tak berapa jauh dari tempat seminar.

Masa kami sampai tu tetamu tengah agak ramai. Walau bagaimanapun, kami dapat duduk betul2 depan pelamin dan meja makan pengantin. Segala2nya serba biru. Hari tu Ayong pun sibuk2 juga nak cari baju kurung biru untuk majlis ini. Sayangnya...dia ada seminar pada tarikh yang sama.


Pelamin tempat persandingan mempelai...

Kepala pelamin dihiasi dengan bunga putih biru dan digantung dengan sangkar burung berbunga2...

Sepasu bunga dengan tema biru dan oren di tepi pelamin...

Sepasu lagi bunga di tepi pelamin...

Keliling meja makan pengantin dihias dengan kuntuman mawar putih...

Ayong, Izzati dan Adik bergaya di depan pelamin...

Peace...! Adik dengan Izzati sedondon pulak...!

Abang Ngah tumpang sekaki...!

Di tepi pelamin...ada silver globes dan lampu...

Bunga telur ada 2 pahar di depan pelamin...serba biru jugak...!

Meja makan pengantin...


Memandangkan Ayong dan Abang Ngah kena masuk semula jam 2:30 petang, kami tidak sempat untuk menanti majlis persandingan. Selepas bersalaman dengan tuan rumah, kami minta diri untuk balik. Tak jauh dari situ, pengantin lelaki dah bersedia untuk diarak ke rumah pengantin perempuan. Saya pun parking kejap kereta kat tepi tu dan jadi mamarazzi kejap...

Inilah pengantin lelakinya...segak bergaya...!

Aduiiii...cepat la! Apa tunggu2 lagi ni?? Aku dah tak sabo ni...!!!
Agaknya itulah yang cuba diperkatakan oleh si pengantin lelaki ni... Cuma ada gambar pengantin lelaki, tak sempat nak masuk rumah untuk merakamkan gambar pengantin perempuan...

Kumpulan kompang yang mengarak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan...

Promosi kejap. Nama kumpulan kompnag tersebut ialah Kumpulan Kompang G-Heart. Ada sapa2 nak tempah untuk apa2 majlis?? Jangan hubungi saya ya!!!!


No comments: