Showing posts with label Dalam Memori. Show all posts
Showing posts with label Dalam Memori. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Nasi Goreng Pusaka



Nasi goreng ni saya panggil Nasi Goreng Pusaka. Sebabnya??? Sebabnya ialah kerana nasi goreng inilah yang saya makan sejak zaman kanak2 dulu. Ada lebih jer nasi sejuk, mesti emak goreng cam gini. Arwah abah memang suka sangat nasi goreng ni. Pagi tadi saya goreng nasi macam ni... Senang je. Hiris sebiji bawang merah, ketuk sebiji bawang putih dan tumis bersama sedikit ikan bilis. Dah garing tu, pecahkan sebiji telur dan kacau2 supaya telur tu hancur. Masukkan nasi yang telah digaul dengan garam & serbuk perasa. Kacau rata2 dalam 5 minit. Dah siap untuk dimakan...

 Lepas tu arwah abah suka sesangat makan nasi goreng ni bersama dengan teh-o. Teh-o tu dituangkan terus ke dalam mangkuk nasi goreng tu. Jangan pulak guna piring ataupun pinggan leper. Melimpah-ruah pulak teh-o tu nanti.

Biarkan nasi goreng tu terendam sekejap supaya "mesra2" gitu...

Lepas tu bolehlah disudu dan disuapkan ke dalam mulut. Cara makannya lebih kurang macam makan sup la...sebab ianya berkuah.

Selamat menjamu selera...!!!!

Monday, May 30, 2011

Tetamu Dari Seremban


Assalamualaikum semua. Dah beberapa hari saya tidak mengemaskini. Sibuk sikit...! 

Semalam (Ahad, 29hb Mei, 2011), kami menerima tetamu yang datangnya daripada Seremban, Negeri Sembilan. Beliau yang saya maksudkan ialah Mazmir Mahazir. Dia sama2 dengan saya dalam kumpulan yang sama masa ke Korea dulu. Bezanya, dia adalah lepasan SPM dan saya pulak lepasan diploma. Saya dah belajar Bahasa Korea di Malaysia, sebelum berangkat ke sana. Dia pulak, dah sampai di sana, barulah belajar bahasa, buat sijil, diploma dan degree.

Masa kami di sana dulu, kami sama2 menjadi junior kepada hubby saya. Hahaha...tak sangka ya, boleh tersangkut dengan senior!


 Yang berbaju kuning itulah Mazmir...yang sebelahnya tu adik dia...tinggal di Tampoi Indah (kalau tak silap sayalah...)

 Ini pulak adalah anak bongsu Mazmir. Cute sangat2!!! Matanya bulat...rambutnya curly2 gitu. Suka sangat kalau diagah2. Mazmir ada 4 kids...2 boys and 2 girls. 

 This is Mazmir's soulmate...in pink blouse. The other is his in-law...

 Yang ini anak sulung Mazmir. Masuk2 kereta jer dah tidur. Sepanjang perjalan dari JB ke rumah kami...dia tidur aje. Sampai di rumah kami pun dia sambung tidur lagi. Orang bising2 pun dah tak kisah dah. Mesti dia tengah mimpi yang indah2 tu... Hingga ke waktu nak balik pun, dia tidur jugak! Masuk kereta...terus zzzzzzzzz lagi...!!! 

Antara menu yang sempat saya sediakan untuk mereka. Itupun terpaksa memasak macam lipas kudung sebab kesuntukan masa. Awal2 pagi kami dah ke Hospital Penawar...menghantar keperluan adik ipar yang kena admit pada malam sebelumnya. Then terus pulak ke City Plaza...nak jumpa dengan Cik  CTBeng... On the way balik, singgah jap di Chamek Sri Alam...mengisi perut. Sampai rumah barulah memulakan operasi memasak. By 3:30pm semuanya dah ready...Alhamdulillah.


Tuesday, August 25, 2009

Al-Fatihah Untuk Wak Sahlan


Selepas hubby dan anak2 balik dari solat subuh di masjid pagi tadi, hubby telah menyampaikan satu berita yang amat mengejutkan. Pemergian Wak Sahlan untuk selama2nya! Wak Sahlan ni ialah pemandu van sekolah di sini. Beliau cukup dikenali dan disenangi oleh semua orang sebab peribadinya yang macam kebapa2an. Beliau amat mengambil berat dan menjaga setiap anak yang menaiki vannya. Kalau sebut aje nama Wak Sahlan, semua orang mengenalinya. Bayangkan bagaimana beliau sanggup turun dari van dan mendukung seorang anak yang enggan ke sekolah dan meletakkannya di dalam van sebelum meneruskan pemanduan. Kalau ada anak2 yang terlambat, sanggup beliau menunggu sehingga anak2 tersebut menaiki vannya. Memang seorang yang amat perihatin! Kalau ada kelas tambahan atau apa2 aktiviti sekolah, beliau sanggup mengambil dan menghantar balik. Anak2 saya adalah diantara anak2 yang menaiki van beliau.


Tapi hari ini beliau telah kembali menemui PenciptaNya...untuk selama-lamanya! Al-Fatihah untuk Wak Sahlan, pemandu van T1. Moga roh beliau berada disisi orang2 yang beriman dan istimewa di sisiNya. Amin...!

Friday, May 15, 2009

Selamat Ulangtahun Ke-20


Hari ini genaplah 20 tahun penubuhan Kiswire Sdn. Bhd. (KSB) di Malaysia. Sebenarnya KSB adalah merupakan bekas majikan saya selama lebih 14 tahun. KSB merupakan majikan PERTAMA dan TERAKHIR saya. Saya menyertai KSB pada 1hb. September 1992 dan meninggalkannya pada 9hb. Mac 2007. Dan hari ini mereka meraikan ulangtahun penubuhan Kiswire yang ke 20 tahun di Malaysia. Kalau nak cerita pasal Kiswire, memang panjang. Dan sebenarnya saya memang "sayangkan" Kiswire ni tapi tekanan kerja membuatkan saya terpaksa mengundurkan diri. Rindu pada teman2 sekerja dan aktiviti2 kami yang lalu.... Tapi semuanya kini tinggal kenangan....

Produk2 Kiswire sebenarnya boleh dilihat di seluruh dunia. Diantaranya ialah Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Putrajaya dan juga Menara Berkembar Petronas. Semuanya menggunakan produk keluaran Kiswire. Walaupun sudah tidak menjadi "ahli" Kiswire tapi rasa bangga tu tetap ada bila melihat mercu2 tersebut.

Kepada semua kakitangan KISWIRE saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG KE-20. Moga teman2 akan sentiasa sukses dalam bidang masing2..... Mahani, Rafidah, Liew, Chew, Chia, Siti Nurain, Ann, Mastura, Chua, Tini, Poh, Mursyid, Yusoff, Zainuddin, Nurul, Chris, Hamlati, Zairani, Habsah, Ila, Siti, Annie, Wati, Suriati...dan ramai lagi!!!!! Anda semua tetap di hati saya....