Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Baru sempat nak kemaskini blog ini hari ini. Dan 4,5 hari tak mengemaskini rasanya. Sibuk sikit disamping kami pun baru balik dari kampung.
Hari Khamis lepas, saya buat Oreo Cheese Cake lagi tapi kali ini dengan sedikit kelainan. Kali ini saya buat Mix Berries Oreo Cheese Cake. Saya gunakan yougurt Mix Berries, itu yang namanya pun ada terselit mix berries jugak. Kali ini tak ada deco2. Loyang pun saya guna 7" je, itu yang tinggi sikit jadinya.
Blueberry Muffin...
Blueberry muffin yang siap dimasukkan ke dalam bekas kedap udara, lebih kurang 60 biji... untuk dibawa balik ke kampung.
Dan saya juga buat 3 biji Brownies sebagai buah tangan unutk dibawa balik ke kampung. Kali ini saya pilih resepi Leen dan juga Chef Hanieliza. Cumanya, masa bawak balik ke kampung tu, saya tak letak toppingnya dulu. Senang sikit nak bawak balik. Saya bawak balik semua bahan untuk topping 3 biji brownies tu.
6 comments:
Banyaknya bawak ole2 balik kg..ada kenduri ke?
Salam yan,
Mmg afa kenduri...kenduri tahlil, yassin dan doa selamat. Tu yg bwk ole2 lebih tu. Tp yg bestnya semua org suka sgt dgn brownies tu. Siap tinggalkan resepi pd anak2 sedara fan ipar duai....
Salam yan,
Mmg afa kenduri...kenduri tahlil, yassin dan doa selamat. Tu yg bwk ole2 lebih tu. Tp yg bestnya semua org suka sgt dgn brownies tu. Siap tinggalkan resepi pd anak2 sedara fan ipar duai....
Samalah kita..kalau ada kenduri ke, makan2 ke, suka bawak makanan..dah tu bila org suka, siap mintak2 resepi.. Yelah biar ilmu tu dipanjang2kan...
yan :
ya lah yan, tak baik kedekut ilmu, kan? tu pun ada anak sedara yg nak dtg ke sini, nak belajar dgn mak ngahnya...
Best tu..Azita duk kat mane? Mana tau boleh buat kelas utk kita ke
Post a Comment