Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Monday, September 21, 2015

Asam Pedas Ikan Kembong

Ini menu tertunggak. Lupa dah pun bila buatnya. Tapi tak le lama sangat dah. Dua minggu lepas kot. Asam pedas memang kegemaran anak-beranak. Sebelum ni saya tak suka asam pedas dan saya macam tak teringin pun nak mencubanya. Bukan tak boleh makan tapi tidaklah nak dan nak lagi rasanya. Tapi selepas saya makan asam pedas di mana entah...lupa dah...rasa macam sedap je asam pedas ni. Balik rumah, selak buku resepi Chef Hanieliza. Salin dalam sehelai kertas dan sediakan bahan2nya. Tapi sebelum tu kenalah pergi membeli mana2 bahan yang tak ada di rumah. Yang penting ialah bunga kantan dan daun kesum (orang utara panggil daun cendehom ataupun cenehom). Tapi ada juga bahan2 di dalam resepi tu yang saya tidak gunakan.
Jom kita tengok resepinya yang telah saya oleh mengikut citarasa dan bahan2 yang saya ada.

Bahan-bahannya :
4 ekor ikan kembong
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2 atau 4
3 tangkai daun kesum
5 biji bendi
1 sudu kecil pati asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
3 cawan air
Minyak untuk menumis

Bahan2 untuk dikisar :
20 batang cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 batang serai - dihiris halus

Cara-caranya :
Panaskan minyak untuk menumis di dalam periuk.
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan bendi, daun kesum dan bunga kantan.
Perasakan masin, masam dan manisnya.
Masak hingga bendi separuh masak.
Masukkan ikan dan biarkan mendidih selama 5 minit.
Tutup air dan sedia untuk dihidangkan.

p/s : Jangan masak lama sangat selepas masukkan ikan sebab ikan cepat masak. Kalau lama sangat nanti ikan hancur.

Wednesday, January 14, 2015

Ikan Selar Masak Lemak Cili Padi

Ikan selar masak lemak cili padi kurang pedas campak2 ini bukan menu hari ini tapi menu minggu lepas. Hehehe...! Apa pun resepinya, rasanya akan berbeza mengikut tangan yang memasaknya. Contoh...saya letak 2 biji cili api merah yang dititik sikit. Jadi rasanya akan sedikit pedas. Kalau anda letak 2 biji cili api juga tetapi versi yang lebih pedas, makanya akan terasa lebih kepedasannya. Kan? Ok...jom tengok resepi masak lemak cili api kurang pedas main campak2 ni.
 Bahan-bahan :
  • 2 ekor ikan selar - dipotong dua
  • Sedikit garam dn serbuk kunyit
  • 1 sudu besar bawang merah + bawang putih yang telah dikisar halus
  • 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam keping
  • 3 biji cili padi merah - dititik
  • 1 helai daun kunyit - dicarik2
  • 3 helai daun cekur - dihirs halus
Cara-cara :
  1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang2 kisar dan cili kering kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan serai dan santan. Masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, daun kunyit, cili padi, asam keping dan daun cekur. Kacau rata.
  5. Biarkan mendidih sekejap. Perasakan manis masinnya. Siap!
Dah boleh makan dengan nasi putih panas2...
Nota :
Saya memang sediakan stok bawang putih + bawang merah dan juga cili kering kisar yang disimpan dalam bekas kedap udara secara berasingan di dalam petiais. Senang nak masak. Main kaut2 je. Tak perlu nak blender lagi.

Thursday, January 8, 2015

Kari Sardin Dan Kentang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah menu tertunggak. Lama dah. Sekarang ni saya tak makan dah sardin dalam tin. Kalau dulu saya suka simpan stok ikan sardin. Saya masak kalau tak ada lauk2 lain di rumah. Ataupun kadang2 nak tukar selera. Tapi sekarang ni, sardin dalam tin dah tak termasuk dalam senarai pembelian barang2 dapur.


Bahan-bahan :

  • 1 tin besar ikan sardin - saya gunakan jenama Botan
  • 2 biji kentang - kupas dan potong dadu
  • 2 ulas bawang merah **
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus - hiris halus **
  • 1 inci halia - mayang halus **
  • Daun kari secukupnya **
  • 2 sudu besar rempah ikan 
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 cawan santan

Cara-caranya :

  1. Campurkan serbuk rempah dengan sos cili dan sos ikan sardin. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan tumiskan bahan2 yang bertanda ** hingga kekuningan.
  3. Masukkan pes rempah dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang separuh masak.
  5. Masukkan sardin dan kacau perlahan. 
  6. Masukkan santan. Masak hingga santan mendidih sambil dikacau supaya santan tak pecah minyak.
  7. Masukkan perisa secukupnya.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Friday, February 24, 2012

Ikan Bawal 2 Rasa



Ikan Bawal 2 Rasa??? Aiiikkk...selalunya bukan ke 3 rasa? Haaa...kali ini ada kelainan sikit dengan masakan saya ni. Instead of 3 rasa (speaking kejap...), cuma tinggal 2 rasa je. Lagi 1 rasa dah lari. Kejar kejar...tak dapat....hihihi!


Adik asyik request masak ikan 3 rasa ni. Ok la tu...tak dapat 3 rasa, 2 rasa pun jadilah. Alhamdulillah.



Friday, January 14, 2011

Main Bakar2 Je...


Main bakar2 jer kali ni...tapi bakar bukan sebarang bakar. Bakar yang ini ialah bakar yang berkhasiat. Bakar apa ye...??? Hehehe...gempak jer lebih....! Sebenarnya ini ialah menu hari Rabu lepas. Baru hari ni sempat nak upload. Menu hari ini pulak...tungguuuuuu.....!!!





Ikan Bakar Daun Kunyit...

4 ekor ikan kembong dah terbakar di dalam oven. Kali ini Ikan Bakar Daun Kunyit. Lebih kurang macam ikan bakar yang lepas2 cumanya bahan2 perap dan sambalnya tu saya tokok-tambah bahan2nya. Rasanya pun lebih uummpphhh....! Ada rasa pedas2...ada rasa masam2...ada rasa manis2 sikit. Balik dari sekolah, anak2 makan dengan nasi putih...seekor sorang! Yang seekor lagi tu simpan untuk hubby...


Roti Bakar Mentega Kaya...

Dah petang2 tu, rasa macam lapar pulak perut ni. Nasib baik roti sandwich ada stok. Sapu dengan mentega di kedua2 belah permukaan dan letak atas non-stick pan jer. Masak garing2 kat kedua2 belah mukanya. Angkat dan sapu dengan kaya. Lepas tu....makan la!!!!!


Friday, July 23, 2010

Ikan Bawal 3 Rasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masa pergi ke pasar pagi Rabu ari tu, saya beli 5 ekor ikan cencaru, 3 ekor ikan bawal yang sedang2 dan juga udang sekilo. Ikan cencaru dah dibakar pada tengahari Rabu tu tapi tak sempat nak berposing ikan2 tu. Tinggal tulang dan jaketnya aje...

Tengahari semalam saya masak Ikan Bawal 3 Rasa ni pulak. Disebabkan saiznya yang sedang2 gitu, anak2 pakat makan seekor sorang. Yang menaikkan selera mereka ialah kuahnya yang 3 rasa tu. Memang masak lebih kuahnya tapi tak cukuplah pulak... Masa hubby makan, dapat makan ikan sahaja tanpa kuah.


Tuesday, June 1, 2010

Menjamu Selera


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Selamat melangkah ke bulan Jun 2010. Dah 1hb. Jun hari ini. Dah masuk bulan ke6 kita di tahun 2010. Semakin mengakhiri setengah tahun pertama untuk tahun 2010. Bulan Jun ni ada beberapa tarikh penting yang HARUS saya ingati. Yang pertama ialah Seminar IQ Pintar untuk Ayong dan Abang Ngah pada 5hb dan 6hb Jun nanti, di TS Hotel, Taman Scientex. Lepas tu diikuti pula oleh hari ulangtahun kelahiran Ayong, hubby dan juga saya. Ketiga2 kami menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan Jun. Lepas tu ada 5 undangan ke majlis perkahwinan pada hujung minggu sepanjang cuti sekolah. Dan perancangan awal juga, kami nak balik ke Perak dalam cuti sekolah ni tapi tak tau lagi bila tarikhnya.

Ini pulak cerita makan yang lepas2. Tak sempat nak update. Sibuk dan tak sihat...


Udang Butter...juadah makan tengahari hari Sabtu lepas.

Kari Kepala Ikan Tongkol...juga juadah makan tengahari Sabtu lepas...

Mee Limpah Udang...teringin nak makan mee segera tapi saya tidak gunakan perencah yang disediakan. Buat resepi sendiri...melimpah-ruah dengan udang...! Mee ini saya makan malam Khamis lepas...


Masalodeh ataupun Vadei ni pun tiba2 rasa teringin nak makan. Ada sepekat kacang dal, rendam sejam, keringkan dan kisar. Campurkan dengan bahan2 lain. Kepal2 dan terus goreng. Sedap dimakan panas2...! Juadah minum petang hari Jumaat lepas...

Thursday, May 27, 2010

Menu Tengahari Yang Ringkas


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Ini pulak menu hari Selasa lepas. Ringkas je. Sayur kangkung tumis dan Acar Ikan Tongkol (Tongkol Tumis Taucu).


Kangkung tumis ringkas je. Sekadar tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dansedikit ikan bilis sebagai perencah. Dah layu dan garing, masukkan sayur bersama sedikit air. Rasakan masin manisnya....siap! Sedap makan cam gitu jer....



Ini pulak Acar Ikan Tongkol, atau dukenali juga dengan Tongkol Tumis Taucu. Hirisan bawang merah, bawang putih dan halia ditumishingga garing. Masukkan taucu 2 sudu besar. Tumis lagi. Masukkan air dan ikan tongkol yang telah digoreng. Biarkan hingga mendidih, biar kuah2 tu meresap ke dalam daging ikan tu. Tambah perasa jika perlu. Masukkan potongan cili merah dan bawang besar yang dibelah 4. Kacau kejap. Siap!!!!


Ikan Tiga Rasa


Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat tengahari. Dah makan tengahari semua? Belum? Kenapa tak makan lagi? Dah pukul berapa ni...

Ini bukannya lauk makan tengahari kami hari ini. Tapi ini ialah lauk dua tiga hari lepas. Baru hari ni nak kemaskini cerita makan2. Sabtu lepas hubby pergi dinner dengan kawan2 sekerja di tengah laut. Bukan le betul2 tengah laut tapi nak ke sana, kena naik bot berenjin tu. Yang bawaknya ialah budak kecik jer kata hubby. Mula2 tu masing2 gerun jugak. Orang2 Korea yang pergi sama2 mereka tu siap mintak jaket keselematan. Tapi masa balik, jaket entak ke mana dah.

Selepas makan2, hubby bungkus Nasi Goreng 4 pek bersama2 dengan ikan kerapu seekor dan ikan siakap 2 ekor. Dan untuk menjamu selera anak2, saya masakkan Ikan Tiga Rasa. Memang menjadi kegemaran anak2. Adik pun bukan main banyak lagi makan ikan tu. Yalah...tak pedas, masam2 ada, manis2 ada...


Ini ikan kerapu yang baru digoreng...

Ini kerapu yang yang dicurahkan dengan sosnya...



Yang ini pulak 2 ekor siakap...