Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Ada iklan dan promosi pendek. Bukan iklan ubat gigi ataupun iklan bolasepak. Juga bukan promosi jualan murah ataupun jualan mega ataupun penghabisan stok! Bukan juga iklan ataupun promosi blueberry cheese tart, marble cheese browniesm apam comel ataupun cupcake!
Anda tahukah apakah "benda" di dalam gambar di atas ni? "Benda" ni tak ada kaitan dengan tajuk entri di atas. Jauh sekali berkaitan dengan sebarang iklan ataupun promosi. Sekadar nak melepaskan GERAM!!!!
Sekali pandang macam lantai kayu, kan? Memang diperbuat daripada kayu tapi bukanlah lantai. Tak kan le lantai seciput tu aje. Itu sebenarnya penutup lubang yang kat longkang di depan rumah tu. Kat mana2 pun mesti ada lubang kat depan rumah, di bahagian atas longkang. Betul tak? Haaa....inilah cerita GERAMnya...!
Penutup asal (aka original, asli) diperbuat daripada besi. Kami dah menetap di rumah ni sejak Abang Ngah berusia setahun. Maknanya dah 13 tahun. Awal2 dulu (lupa dah bila...), penutup besi tu dah kena KEBAS dek orang2 yang tidak bertanggungjawab. Hubby terpaksa tempah khas untuk menggantikannya. Buat besar sikit supaya ketat dan susah untuk diumpil.
Hari Sabtu lepas (19hb Jun), kami ada majlis yaasin dan tahlil di rumah jiran yan berhampiran. Selang 9 buah rumah rasanya. Saya pergi ke majlis tu dalam jam 9:00 malam (kaum muslimah pergi untuk makan jer...). Dalam jam 10:00 malam, saya dah balik. Huuby dan anak2 dah balik dulu sebab mereka pergi selepas Maghrib untuk turut sama dalam majlis yaasin dan tahlil tu. Sampai aje depan pagar, hubby tunjukkan LUBANG tu. DAH TERLOPONG!!!!! Penutupnya dah kena rembat dek malaun mana entah. GERAMMMMMMM!!!!!! Bukan setakat depan rumah saya, jiran sebelah rumah kiri, kanan dan hujung pun kena jugak.
Pagi Ahad tu hubby berikhtiar untuk menutup lubang tu. Risau kalau anak2 main kat situ, terjatuh pulak ke dalam longkang. Kat belakang rumah adalah sikit saki-baki kayu. Itu yang hubby bertukang sikit tu. Dan jadilah penutup longkang yang UNIK!!! Nak ganti dengan besi, takut pulak kena kebas lagi...
Semalam, kawan saya yang tinggal berdekatan dengan sekolah rendah dan sekolah menengah tu pun mengadu penutup longkang dia hilang jugak. Issshhh...memang penyangak2 tu buat operasi besar2an pada malam tu agaknya! Kalaulah dapat cekup..hentak2 kepala mereka dengan penutup longkang tu!!! Lepas tu sumbatkan dalam longkang tu je... GERAMMMMMMM!!!!
Habis kisah GERAM, baru timbul kisah promosi dan iklan. Hehehehe.... Iklan dan promosi ini adalah percuma. Pihak penyiar (sayalah tu...) tidak menerima sebarang bayaran dan imbuhan daripada pihak penganjur tau!!
Hari Lanskap Negeri Johor di Taman Bandar, Pasor Gudang pada 1hb Julai nanti...
Ada majlis pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada tengah malam 30hb Jun di hadapan Menara Aqabah...
Hari Terbuka Iskandar Malaysia anjuran IRDA (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar) pada 3hb dan 4hb Julai di Atrium Kompleks Pusat Bandar.
5 comments:
Nampaknya kegeraman cik ita telah menjadikan entri tentang simalaun pencuri besi jadi panjang....perasan tak, bila kita marah dan geram...banyak perkataan yg telah kita luahkan. Jangan lupa TA...baca innalillahhiwainna illai hirajiun. Insya Allah segalanya akan berakhir dgn baik. Anyway rumah Ani dan cikgu syikin kena jugalah...kesian akak dengar.
emm...padan muka diarang lepas ni ek..rasakan..
Sabar kak...relek...mungkin diorang pinjam kejap je (bersangka baik..haha). Sape tau kan..huhu
salam kak izan.
marah cuma masa tu je. skrg dh reda....
tp org yg buat kerja tu mmg berani. umah kwn saya di selayang 3 tu, kt umah dia ramai org sbb emak abah dan adik-beradik dia dtg. masa tu org tu buat kerja...
thanks kak izan...
yan :
kita serahkan saja kepadaNya...
kaito :
ye la...rasanya dia pinjam kejap je. sok pagi mesti dia pulangkan semula tu... hehehe
Baru semalam baca cerita penutup longkang besi yang dicuri tu, petang tadi balik dari tadika kami dikejutkan dengan peristiwa yang sama walhal anak-anak dan c.tamizi baru aje keluar jam 4 petang dan kami balik rumah dalam jam 6 ptg. tak menyangka jugak sebab seharian ni hari hujan. Mereka pun sanggup buat projek tu, asalkan mendapat habuan.
ADA PERMINTAAN ADALAH GANJARANNYA
Post a Comment