Salam sejahtera untuk semua. Dah abis sekolah dah untuk semester satu ni. Anak2 dah mula bercuti. Riuh le rumah jawabnya....
Petang tadi ada Majlis Yassin dan Doa Selamat di rumah Puan Sharifah Abdullah, di Jalan Senangin 4. Beliau akan menerima menantu esok...menantu lelaki. 2 orang sekali gus!!! Tapi majlisnya tak buat di rumah tetapi akan diadakan di Dewan Taman Cendana esok.
Apam Comel ni (berintikan blueberry, orange dan strawberry) saya bawa semasa Majlis Yassin dan Doa Selamat petang tadi. Tak sedap rasanya bila pergi dengan melenggang-kangkung sahaja.
Tapi tadi segan le pulak rasanya nak jadi mamarazzi macam biasa sebab ramai orang2 yang tidak saya kenali di majlis tu. Lagipun saya tak berapa sihat, berbekalkan saputangan jer. Sambil membaca Yassin pun sebelah tangan menekap hidung dengan saputangan. Gara2 malam semalamlah tu...berjaga sampai larut malam nak menyiapkan cistat! Alhamdulillah...!!!
3 comments:
wah.., cunnya blossom ita..! mlm tadi pun am buat blossom order last minit nasib baik x de ordr lain kalau x trpaksa cancel aje sbb nak 400pcs keesokan paginya. smpai 3 pagi am brsengkang mata.., apa pun alhamdulillah..
box cistat tu kat kedai keklah size 12" blh muat 100pcs kalu tindih atas dia ada kecik sikit khas blh muat 50pcs. kalau pakai bekas transparent cam ita tu larap ler.. sebiji dah berapa kan..? box aje senang ita, murah sikit..! lagi pun kita x charge pun hrga box kan tapi ada org siap charge tau sebenarnya.
rupa cun, rasa msti sedap sgt ni
am :
am kan ker tokeh apam. mesti byk order...! nti nk cari box tu lah!
sari :
lembut...gebu...dan mulus!!!
Post a Comment