Monday, June 7, 2010

Seminar IQ Pintar Di TS Hotel (2)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah...seminar IQ Pintar kali kedua di Pasir Gudang ini dah pun tamat semalam. Sebenarnya saya tidak turut serta sepenuhnya di seminar ini kali ini. Saya cuma turut sama pada hari pertama (Sabtu) untuk Modul 1 sahaja (separuh hari). Semalam pun (Ahad), saya cuma menghadirkan diri pada jam 5:30 petang saja. Sempat juga turut sama dalam aktiviti akhir yang mereka lakukan. Macam yang saya kata sebelum ini, sebab saya dah pernag menghadiri seminar ini sebelum ni, jadinya saya dah tau selok-belok seminar ini dan aktivit2 yang mereka lakukan.

Tak payah cerita panjnag2 ler. Jom kita tengok gambar2 di bawah yang saya rakamkan semalam. Untuk melihat gambar2 yang lain, silalah ke sini...

Ini Puan Suria Mohd...coach seminar ini...

Aktiviti terakhir ialah mempersembahakan satu karangan / fakta pendek ke dalam 4 teknik yang telah diajar - Kamera, Jadual, Visual Map dan Rangka. Keempat2 teknik ini mesti disiapkan dalam masa 15 minit. Semua kerja2 ini dibuat di dalam kumpulan2 yang telah dibahagikan sejak hari pertama lagi.

Bila semua dah siap, tiap kumpulan akan ada kumpulan pemberita dan kumpulan saintisnya sendiri. Mula2 tu, pemberita akan bertanya macam2 soalan berpandukan carta 4-teknik tersebut kepada saintis2. Lepas tu kumpulan pemberita tersebut akan pergi kepada kumpulan yang lain dan bertanyakan soalan2 berkaitan carta mereka. Begitulah seterusnya hinggalah kumpulan pemberita tersebut kembali kepada kumpulan asal. Lepas tu pemberita akan bertukar menjadi saintis dan sebaliknya dan aktiviti yang sama dilakukan hingga kembali kepada kumpulan asal.
Tujuan aktiviti adalah untuk mengimas kembali segala teknik yang telah diajar sebelum ini.


Ini ialah Ima (Mawar Merah) bersama suami dan 3 orang anaknya yang turur sama dalam seminar ini. Tengah kusyuk mengisi borang maklum balas di akhir sesi...

Ini pulak ialah Ayong dan Abang Ngah. Gambar sebelah atas tu tengah mengisi borang maklumbalas, manakala yang bawah tu pulak tengah baca ikrar IQ Pintar. Tu yang masing2 memegang dada tu...!

Akhir sekali, sharing dari 2 orang wakil ibubapa dan volunteer dari 2 orang pelajar. 2 orang ibu tu saya tak tau siapa tapi 2 orang pelajar ni, yang berkacamata tu ialah Abang Ngah dan yang sorang lagi tu ialah anak Ima...

Sesi penyampaian sijil dari Puan Suria kepada ibubapa dan ibubapa pulak sampaikan kepada anak2 sendiri... Mana yang ibubapa tidak hadir, sijil disampaikan sendiri olah Puan Suria..

Ima dan anak2nya...

Diantara pelajar2 yang menerima sijil...

Ini pulak sudah semestinyalah saya dan anak2 saya...!

Bergambar beramai2 sebelum berpisah. Sebelah atas ialah gambar pelajar2 dan sebelah bawah pulak bersama2 dengan ibubapa dan penjaga masing2...
Ruang yang terhad, tak boleh nak snap gambar penuh...

Sebahagian daripada pelajar2 dan ibubapa masing2...dan bersama Puan Suria juga...!


No comments: