Showing posts with label Surau Nur Iman. Show all posts
Showing posts with label Surau Nur Iman. Show all posts

Sunday, November 3, 2019

Khatam Al-Quran Kelas TDT SNI

 01.11.2019 | JUMAAT

Alhamdulillah. Selesai majlis khatam Al-Quran Kelas Tadarus Dan Tadabbur (TDT) Surau Nur Iman (SNI). Majlis diketua oleh Ustazah Hajjah Siti Maisarah. Ramai yang mengambil bahagian. 
 Setiap kumpulan kecil terdiri daripada maksima 3 orang. Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar.
 Di akhir majlis, Ustazah Maisarah menyampaikan tazkirah berkaitan Maulidur Rasul. Alhamdulillah.

Friday, July 12, 2019

Majlis Tahlil, Doa Selamat Dan Penyampaian Cenderahati

28.06.2019 | JUMAAT

Alhamdulillah. Di pagi Jumaat yang penuh barokah, kami mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bersama sahabat-sahabat helwa SNI.  Tahlil ringkas dipimpin oleh Ustazah Hajjah Maisarah, manakala doa selamat pula dipimpin oleh Ibu Hajjah Zaiton.
 Selesai bacaan doa selamat, diadakan pula majlis penyampaian cenderahati kepada sahabat-sahabat helwa yang berjaya khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah. Saya termasuk salah seorang daripada 15 orang yang khatam Al-Quran.
 Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berjaya khatam Al-Quran. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang cenderahati tersebut.
 Sahabat-sahabat yang khatam Al-Quran :
1. Ustazah Hajjah Maisarah
2. Rossita Mhd Zain - saya la tu
3. Hajjah Rahimah @ Hajjah Im
4. Kak Foziah @ Kak Gee
5. Hajjah Zaiton @ Ibu Eton
6. Jalinah 
7. Siti Khatijah @ Ijah - diwakili oleh Kak Pisah
8. Ustazah Zalina
9. Kak Zarina
10. Ustazah Nor Afizah - diwakili oleh Ina
11. Sharifah @ Pah 
12. Kak Hajjah Senah - diwakili oleh Ani
13. Hajjah Aisyah @ Hajjah Peah - diwakili oleh Rai
14. Kak Zai - diwakili oleh Kak Sal
15. Kalsom @ Chom
Cenderahati yang kami terima merupakan senaskah Al-Quran serta sebiji bekas Tupperware yang berisi biskut dan jajan.

Thursday, July 11, 2019

Sambutan Hari Lahir Bulan Jun 2019

 28.06.2019 | JUMAAT

Alhamdulillah. Pagi Jumaat yang penuh barokah, kami diraikan dalam majlis yang ringkas tapi meriah. Bulan Jun, cuma kami bertiga yang diraikan. Bulan ini, dua kali saya diraikan sempena ulangtahun kelahiran. Haritu, MyKanda dan anak-anak dah buat kejutan.
Kek ulangtahun kelahiran untuk bulan ini ditaja oleh orang lain. Biasanya, setiap bulan saya yang taja kek birthday tu. Tapi sebab bulan ni saya yang diraikan, maka kek ini ditaja oleh orang lain. Terima kasih kepada yang menaja kek kami.
 Kami bertiga yang diraikan!