Sunday, June 6, 2010

Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP)



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam, hari Sabtu, 05-06-2010, selain daripada menghadiri Seminar IQ Pintar separuh hari, saya juga menghadirkan diri ke Majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat di rumah Kak Jah di Jalan Selayang 12.

Balik dari Seminar IQ Pintar dah 1:30 tengahari. Tak sempat nak makan tengahari pun. Singgah rumah sekejap, ambil buah tangan ini :

Puding Pelangi...

Sempat juga buat puding ni selepas balik dari majlis yassin di rumah pengantin di Jalan Senangin 4 petang Jumaat tu. Lepas siap aje puding ni, saya terus telan ubat 2 biji dan lelap hingga ke pagi.


Diantara muslimah yang hadir. Kedatangan agak tidak memberangsangkan sebab banyak majlis walimatul urus pada hari itu. Tapi orang2 kuat tetap ada...!

Yang tengah nak minum tu ialah Kak Pah, yang mengetuai majlis....

Diantara makanan2 yang dihidangkan di majlis tersebut ialah :

Rendang ayam, serunding kelapa + daging, sayur goreng, sambal sotong kering + kacang...

Nasi impit, pulut kuning, kari daging, lopes pulut...

Kek cokelat, murtabak lapis, kuih dangai, cheese tart...

Cupcake, karipap pusing, agar2 sagu, puding marble...

Tuan rumah cuma sediakan main course sahaja, yang lain2 tu semua sumbangan dari muslimah2  setempat...


Ini yang saya makan. Masa tu memang lapar sangat. Tu yang makan lebih sikit tu...!


No comments: