Wednesday, June 16, 2010

Majlis Yassin, Tahlil Dan Doa Selamat Di Kampung


Assalamualaikum dan salam  sejahtera untuk semua. Hari Jumaat malam Sabtu lepas, kami bertolak balik ke Chemor, Perak. Bertolak pun dah agak lewat sebab hubby balik lewat dari kerja. Sebenarnya hubby keberatan untuk balik malam tu sebab ada masalah mesin di kilang. Tapi saya desak juga sebab emak nak buat kenduri tahlil untuk arwah abah. Lagipun dah lama sangat kami tak balik kampung. Kali terakhir saya balik dengan Adik je, naik bas, bulan Disember lepas. Hubby dan anak2 lain rasanya kali terakhir balik ialah pada bulan Oktober.

Kami bertolak jam 10:30 malam. Alhamdulillah, jalan tak sesak. Jam 1:15 pagi berhenti di R&R Pagoh, hubby singgah makan. Yang lain2 semua tidur.


2 gambar lampu ni saya snap masa berhenti kat mana entah...Adik nak ke bilik air...!


Dari R&R Pagoh saya ambil alih tugas memandu, hinggalah ke R&R Dengkil. Masa ni hubby mengantuk, so sempat jugaklah hubby melelapkan mata sepanjang saya memandu tu. Berhenti sekejap di situ untuk ke bilik air dan hubby pulak meneruskan tugas pemanduan. Sepanjang perjalanan tu saya tak tidur sebab temankan hubby. Risau jugak kalau2 dia mengantuk. Alhamdulillah...kami selamat sampai ke kampung pada jam 5:00 pagi.


Aktiviti pertama di pagi hari ialah pergi ke pekan Chemor untuk membeli barang keperluan untuk majlis petang dan malamnya. Emak bercadang untuk masak Rendang Rebung, Ayam Goreng Berempah, Kari Ikan dan Urap Silom + Kacang Botol. Sajian makan tengahari kami ringkas je. Sekadar nasi putih, taugeh + kucai goreng, asam rebus ikan tongkol, ikan masin bulu ayam, sambal belacan dan ulam2. Semuanya disediakan oleh SIL, Wanie.


Majlis Yassin dan doa selamat (perempuan) bermula selepas Asar diketuai oleh Yang Mazwin. Adalah dalam 20 orang. Alhamdulillah. Kami sama2 berdoa untuk Pak Chu Zamri (adik ipar emak) yang kini terlantar di Hospital Serdang. Moga Pak Chu akan segera sembuh dari penyakit yang dihadapinya.


Antara jemaah muslimah yang hadir untuk majlis tersebut...

Jemaah muslimah sedang menjamu selera...

Apa hidangan unutk majlis tersebut? Sekadar meehon goreng, brownies, blueberry muffin, tapai pulut dan juga baulu ikan...

Brownies...


Selesai sudah majlis Yassin dan Doa Selamat. Sebelah malam pulak ada majlis tahlil pulak. Emak jemput jemaah dari surau. Pagi tu kami dah beli rebung segar di pasar.

Inilah rupa rebung tu. Belum dibersihkan lagi... Memang fresh!

Emak sedang membersihkan rebung tersebut. Rebung segar ni RM2.50 sekilo. Yang dalam kotak tu, emak dah bersihkan sikit...

Inilah rupa rebung tu selepas dibuang segala kulitnya. Macam bentuk belalai gajah pun ada...


Yang ini pulak dah siap dicincang untuk dimasak...


Majlis ni tidaklah besar sangat. Emak sekadar menjemput orang2 surau dan anak-beranak sekeliling je. Tukang masak pun terdiri daripada anak-menantu emak je. Ramai yang terer memasak sebab 3 orang menantu emak ada kedai makan sendiri. Dah tentulah menantu2 perempuan sebab adik-beradik saya cuma 2 orang saja perempuan (Mak Su dan saya) dan 6 orang lelaki.

Berbaju merah tu kakak ipar saya, Kak Chik, yang berlunjur tu adik ipar saya yang sedang mengandung 5 bulan dan yang berbaju biru tu ialah Mak Su...

Atas kiri : emak dan saya. Atas kanan : anak sedara saya, Ikin. Bawah kiri : adik ipar yang kat Putrajaya tu, Maziah. Bawah kanan : adik2 ipar - tudung hijau tu Yanti, adik ipar yang duduk Selayang tu dan lagi sorang tu ialah adik ipar yang duduk sebelah rumah emak, Wanie (ada kedai makan...).


Gambar masa majlis Tahlil dan Doa Selamt oleh jemaah surau tak ada la. Tak kan ler saya nak gi atas dan snap gambar mereka pulak, kan?


Masa untuk makan. Atas kiri tu ialah jemaah2 surau. Yang lain2 tu, kaum ibu dan anak2 yang menjamu selera di bawah...


Antara hidangannya ialah Rendang Rebung, Urap Silom + Kacang Panjang (kacang botol tak ada...), kuih Limas dan juga Tapai Pulut...
Menu yang lain tak sempat pulak nak snap...

Ini selepas jemaah surau dah balik, anak2 sedara yang cilik buat 'persembahan'. Yang lain2 jadi penonton...


No comments: