Showing posts with label Hadiah Award Dan Tag. Show all posts
Showing posts with label Hadiah Award Dan Tag. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

AJK PIBG Sesi 2013/2014 Dan Cabutan Bertuah



Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua. Entry sebelum ini adalah pasal mesyuarat agung PIBG SKTPP untuk kali yang ke-11. Bila tiba mesyuarat agung, biasalah...ada pembentangan lapuran aktiviti, lapuran kewangan, pengesahan minit mesyuarat yang lepas, pembubaran AJK semasa dan juga pemilihan AJK yang baru.

Semasa pemilihan AJK Sesi 2013/2014 dibuat, kami, AJK Ibubapa bagi Sesi 2012/2013 telah dilantik semula sebagai AJK Ibubapa bagi Sesi 2013/2014 dengan penambahan seramai 3 orang AJK baru iaitu En Adam bin Basri, Puan Safizi binti Ghafar dan Puan Shamsiah binti Samad. Manakala YDP pula telah disandang oleh En. Harun. En. Jasman kekal sebagai Naib YDP setelah menang dengan undian sebanyak 67 berbanding dengan saya yang hanya emndapat 20 undian. Sebenarnya saya terkejut bila dicalonkan untuk menjawat jawatan Naib YDP. Belum pernah ada seorang wanita pun yang tercalon sebelum ini untuk jawatan YDP dan Naib YDP...

Majlis pagi itu dimulakan dengan Anugerah Cemerlang kepada pelajar2 cemerlang UPSR 2012. Diikuti dengan majlis penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada AJK-AJK PIBG Sesi 2012/2013. Alhamdulillah, kami telah diberi sebuah buku Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru.



Semasa pendaftaran kehadiran, setiap ibubapa diberikan buku lapuran beserta nombor cabutan bertuah masing2 yang telah ditulis di sudut kanan buku tersebut. Alhamdulillah...nombor 8 turut tercabut untuk menerima hadiah cabutan tersebut. Dan hadiahnya ialah sebuah jam dinding dengan rekabentuk dalaman yang melambangkan logo sekolah dan PIBG SKTPP.
  

Alhamdulillah...!

Sunday, October 31, 2010

Giliran Saya Pula...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Kalau Adik baru dapat basikal sebagai hadiah kecemerlangannya, kali ini giliran saya pulak dapat hadiah. Alhamdulillah...!


Blog NJ ada buat satu pertandingan tapi bukanlah pertandingan lumba lari ataupun pertandingan memanjat tangga. NJ mengadakan pertandingan bersempena ulangtahun kelahirannya pada 01-10-2010 yang lepas. Pertandingannya senang sahaja...siapa yang menjadi pelawat yang ke 011068, dialah pemenangnya! Kebetulan waktu saya bersiar2 ke blog kengkawan, saya ternampak contest ni lalu saya pun mencuba. Alhamdulillah...2x masuk jer dah dapat nombor bertuah tu. Apa lagi...terus print screen dan hantar sebagai bukti.
Dan semalam (Sabtu, 30hb Oktober), NJ datang menghantar hadiah ini. Terima kasih NJ! Tapi masa NJ datang tu, saya baru je keluar dari bilik air. Jadi tak sempat nak berjumpa dengan NJ.



Hadiah dihantar dalam kotak ni. Masa tu anak2 semua ada di ruang tamu. Bila nampak kotak KARI BERAPI ni, masing2 teruja nak makan mee segera!!!! Hubby dan saya buat muka seposen je sambil mengiya2kan aje. Abang Ngah yang paling teruja...
Anak2 : Mak, mak dapat mee kari berapi ye?
Hubby : Ya la...tengok la kotak ni!!!
Abang Yang : Dia hantar dari Melaka ke? (tengok alamat kat kotak tu...)
Abang Ngah : Alaaaaa....Ayi baru jer goreng telur! Nak pegi masak air la...
Emak : Haaa...gi masak cepat2! (Abang Ngah pun berlalu ke dapur dan masak air...)
Adik : Adik pun nak makan mee jugak!
Emak : Ya la...tunggu Abang Ngah masak air dulu...

Sambil2 tu saya saja lengah2kan masa untuk membuka kotak tu. Anak2 dah berkumpul keliling. Hubby dan saya tersenyum2 jer menyimpan rahsia.

Dan akhirnya...apabila kotak dah terbuka dan melihat isi kandungannya...

Abang Ngah : Penat jer Ayi masak air...ingatkan betul2 kari berapi tadi.
Hubby : Kari berapi tak ada...hati berapi adalah!
Abang Ngah : Tak apa...Allah makbulkan doa orang2 yang teraniaya! (konon2nya dia dah teraniaya la tu...lepas tu semua pakat gelak!)
Adik : Mak kata tadi mee kari berapi...ini bukannnn!
Hubby : Mana ada emak kata isinya mee kari berapi. Abang Ngah yang kata....


Inilah yang saya dapat...tea set! Terima kasih kepada NJ...

Monday, August 16, 2010

Perjalanan Ku Disekat Oleh Sebuah Van

Jam 12:45 tengahari, sedang saya menyidai kain (3rd round...), telefon rumah tiba2 berdering. Berlari saya mendapatkannya. Rupa2nya panggilan daripada Ayong. Minta datang jemput dia di sekolah kerana ketinggalan van sekolah. Setelah selesai menyidai kain, kembali duduk di depan PC yang ditinggalkan sekejap tadi. Masa tu tengah berbual dengan teman lama. Hampir jam 1:00 baru saya keluar rumah. Sempat tinggalkan pesanan kepada Abang Yang (Tahun 5) supaya mengunci pintu sambil menanti kepulangan Abang Ngah. Masa tu Abang Ngah masih belum balik lagi.

Macam biasa, saya buka pagar utama, kemudian jenguk sekejap dalam peti surat. Hmmm...ada 2 pucuk surat. Satu untuk saya dan satu lagi untuk Abang Yang. Amboi...Abang Yang pun dapat surat! Selepas undurkan kereta, saya turun semula untuk menutup pagar. Semasa saya masuk semula ke dalam kereta, tiba2 sebuah van berhenti betul2 di belakang kereta saya. Masa tu saya belum sempat mengunci pintu kereta lagi. Van tersebut membunyikan hon beberapa kali. Dengan senang hati saya pun keluar dari kereta dan menuju ke arah van tersebut. Dari van tersebut, turunlah seorang jejaka tampan berjangut sejemput. Manis jer mukanya... 

Kak Azita ke? tanyanya..
Ya? tanya saya semula...
Kak Azita? sambil menunjukkan Parcel Consignment Note...
Ya! jawab saya...
Akak tulis nama, IC dan sign kat sini, katanya lagi sambil menunjukkan ruang2 yang perlu diisi...

Sambil saya menulis dan menyain, jejaka janggut sejemput tu kembali menuju ke van dan mengeluarkan sebuah kotak. Sempat juga dia bersuara...

Lepas ni boleh la mula buat kuih raya ya...
Tuan-tuan dan puan-puan...jangan risau! Van tersebut ialah van Pos Laju.....! Ada bungkusan untuk saya. Issshhh...sapa pulak yang bagi saya bungkusan ni? Rasanya saya tak ada menempah barang apa2 pun. Siapa yang hantar?


Siapa lagi kalau bukan adikku yang sorang ni...jauh dari Penang...!


Meh kita tengok pulak apa isi parcel tu...

Ini dua barangnya... Yang satu tu memang saya kenal sesangat barangnya tapi yang satu lagi tu saya cuma dapat agak yang barang tu bersaiz L...ye ke?

Inilah double-boiler pan...akan menyenangkan kerja2ku untuk men'double-boil'....

Yang ini pulak acuan apa ya? 

Muka sendiri pun boleh nampak dalam pan ni...

Thursday, July 1, 2010

Sumber Inspirasi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Nak tayang award yang saya dapat dari Mys Kitchen Theraphy...


Kata si pemberi award ini :
" Award ni saya hadiahkan untuk otai-otai yang memang terror dalam cooking dan baking. :D mana-mana resepi yang saya copy n paste tu dan mungkin ada antaranya saya dah try dan akan try..harap halalkan kan yer :)

So sudi-sudilah terima penghargaan ini...sebab anda semua adalah inspirasi saya, maka terciptalah blog yang tak sepertinya ini..  "

Dan nama saya termasuk dalam senarai penerima2 award tesebut. Jutaan terima kasih unutk award ini. Berbangga dan berterima kasih kerana menjadikan blog saya ini sebagai salah satu daripada blog rujukan untuk masak2....


Friday, May 7, 2010

Kad Hari Ibu Dari Azie



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Terima kasih untuk Azie yang sudi memberikan kad di atas dan bunga mawar putih di bawah tu untuk K.Ita. Selamat Hari Ibu juga untuk Azie dan semua ibu2, emak2, ummi2, mummy2, mama2 dan apa sahaja panggilan2 untuk ibu yang berkunjung di sini.



Monday, May 3, 2010

Award Dan Tag Dari SariYusa


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hmmm...award lagi!!!! Tak tau le...sekarang ni musim orang bagi anugerah dan tag dah kembali. Apa2 pun, terima kasihlah kepada SariYusa yang memberikan anugerah dan tag ini.


1. Thank and link the person that give you the award ni syarat nak ambil award
- Terima kasih SariYusa untuk anugerah dan tag ini...

2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover


- Kepada teman2 di atas, sudilah apa kiranya teman2 menerima anugerah dan juga tag ini ya..!

3. Contact said blogs and let them know they've won this award
- dah siap entry nanti baru inform kepada yg berkenaan...

4. State 7 things about yourself
- seorang ibu kepada 4 orang cahayamata
- seorang surirumah sepenuh masa
- suka memasak dan mencuba resepi2 baru
- suka dengan bunga2 terutamanya bunga ros
- suka menambah kenalan
- suka pada keindahan alam
- suka membaca - buku2 ilmiah, novel2 cinta, dll

Dah siap pun. Aduiii...penat ler nak buat tag ni. Kepada kawan2 yg saya bagi award dan tag ni, terpulanglah samada nak buat tag tu ataupun tidak. Bergantung kepada kesanggupan dan kelapangan masing2...


Sunday, May 2, 2010

Anugerah Blog Mesra Mata Dari Yatie


Salam sejahtera untuk semua. Aduiii...dapat tag lagi dari budak Yatie ni. Alahai Yatie sayangggg ooiiii....kenapa asyik bagi K.Ita tag aje! Bagi ajelah award saja, tak payahlah main tag2...! Dua tiga hari dah dia bagi tapi baru hari ni sempat nak buat. Maaflah ya Yatie...lambat sikit membuatnya. Tag kali ini berkenaan dengan Kawan Baik Saya.






1) Siapakah kawan baik anda?
- Ramai...tak perlulah nak sebut satu2 ya...! 

2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
KENANGAN MANIS
- Sentiasa bersama samada di masa senang ataupun di masa susah
- Masih berhubung walaupun setelah lama terpisah
- Bila berjumpa bersama keluarga masing2

KENANGAN PAHIT
- Berpisah selepas masing2 menamatkan pengajian
- Bila undangan sering tidak dipenuhi
- Asyik dengan kerja sahaja hingga tiada masa terluang untuk bersama dengan kawan2 yang lain

3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda, apakah yang anda akan katakan padanya??
- Moga persahabatan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Rindukan kengan lama....

4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
- NJ

Kepada penerima2 tag ini, jangan tak buat tag tau! Tak aci ar.....!



Tuesday, April 27, 2010

Tag Dan Award Dari Yatie


Salam sejahtera semua. Adui...ni entry yang ke berapa untuk hari ni? Apahal le dengan mak budak sorang ni ya. Mabuk entry ke apa ni...?

Itulah dia...nak dijadikan cerita. Kengkadang tu, masa tak cukup masa, satu enty dalam tiga empat hari pun susah nak nampak. Tapi bila banyak cerita dan curi2 masa, haaa....berderet2 sekali entry keluar.



Kali ini pulak ialah pasal Friendship Award kat atas tu ha... Saya dapat bear tu daripada Yatie (http://yatiememories.blogspot.com/) yang tinggal kat obersee nuuunnn....!  Terima kasih banyak2 sebab ingatkan K.Ita ya Yatie...! Tapi ada le pulak syarat2nya yang kena ikut....

1) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....
- Ok dah buat seperti yg di minta...

2) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....
- Dari kenalan maya yang jauh di sana...Nor Hayati Ramlan.

3) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH?

KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....
- InsyaAllah, akan cuba menjawab sebaik dan seikhlas yang mungkin...

1) FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU....
- Ita : kebanyakan kenalan memanggil saya dengan nama ringkas ini
- Kak Ita : bagi yang muda, menambahkan "KAK" sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua (tua???)
- Kak Ngah : panggilan oleh teman2 semasa belajar kat Korea dulu ( saya rindu dengan panggilan ini...)
- Ros : ada sorang je yang panggil saya dengan nama ini. Janggal bebeno rasanya. Teman sepengajian semasa di UiTM Shah Alam sekitar 1986 - 1988 dulu.
- Emak : dah tentunya panggilan oleh anak2 tersayang

2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....
Banyak tarikh yang penting tapi nak 5 aje kan...
- June 17 : tarikh saya dilahirkan 42 tahun yang lampau!
- June 28 : birthday hubby
- August 22 : our anniversary
- Birthday anak2 : Jun 9th (Ayong), Apr 11th (Abg Ngah), Jan 3rd (Abg Yang), Dec 14th (Adik) 
- Biasalah...birthday emak, arwah abah dan adik-beradik yg lain. Birthday kengkawan kekadang lupa...hehehe
3) FIVE THING YOU DONE YESTERDAY....
- Masak nasi lemak untuk sarapan
- Membasuh & ampai kain-baju
- Menghantar Abang Yang ke sekolah agama
- Pergi kelas memasak
- Menanti kepulangan hubby dan dua heroku dari kampung

4) FIVE WAYS TO BE HAPPY....
- Jalan2 dengan family
- Dapat jumpa kawan2 lama
- Dapat meluangkan diri untuk majlis2 ilmu dan majlis2 setempat...InsyaAllah
- Memasak makanan yang menjadi kegemaran semua orang
- Layan internet...cari resepi baru, layan kawan2 kt alam maya

5) FIVE FAVOURITE MOVIES...
- Maaf le sebab tak suka tengok movie (wayang)...sekadar layan cerita2 yang ada di TV sahaja...

6) FIVE FAVOURITE HOBBIES....
- Memasak
- Berblogging
- Mencuba resepi baru
- Suka baca novel2 cinta & buku2 ilmiah
- Suka tangkap gambar...anything!

7) FIVE FAVOURITE PEOPLE....
- Suami dan anak2
- Emak, arwah abah, emak dan abah mertua
- Adik-beradik yang "tidak banyak songel"...
- Jiran2, teman2 yang ikhlas
- Dan ramai lagi...

8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION....
Kalaulah saya dapat bercuti...! Tapi kalau dapat bercuti, saya nak ke :
- Tempat2 yang boleh menenangkan fikiran
- Tempat2 yang indah pemandangannya - tepi laut, atas bukit, dll
- Tak ada tempat tertentu sebab lum pernah sampai...

9)  FIVE REASON YOU ANSWER THE SURVEY....
- Sebab dah kena tag dengan Yatie...
- Suka juga sebab terasa dihargai
- Sedikit sebanyak membantu memperkenalkan diri pada kawan2
- Untuk memeriahkan dunia blog
- Lepas ni boleh "kenakan" kawan2 yg lain...hahaha

10) FIVE PERSON TO TAG....PASTINYA AKAN ADA PENYAMBUNGNYEEE...hihi...


Aduiii...berjam2 jugak nak menyiapkan benda alah ni. Penat otak. Dah siap dah. Nak tidur lak. Kepada yang kena tag tu, jangan buat2 tak nampak tau!!!!!!

Friday, January 1, 2010

Ole2 Tahun Baru


Ole2 dari Ros sempena majlis perasmian rumah barunya. Hmmmmm....puding tu memang menggiurkan tapi mana sudunya? Macam tak kasi makan jer??? Apa2 pun...Selamat Tahun Baru 2010 untuk semua....!!!

Monday, May 4, 2009

Award dari Hazila

Award ini saya terima daripada Hazila. Hazila dah bagi lama pada saya tapi baru hari ini saya sempat gi ambil kat rumah dia. Maaf ya Hazila...lambat sikit! Walau bagaimanapun, jutaan terima kasih untuk Hazila... Kepada sesiapa yang berkunjung ke sini, sudi-sudikanlah mengambil award ini.

Sunday, April 5, 2009

Hadiah dari CikMin

I got these pink roses and pink diamond brooch (I hope so...) from Cik Min house. And the rest...I just C&P from her's. Sorry ye Cik Min...malas lak nak reka ayat2 baru! Anyway, billion thanks for the presents!




Hello, Special Lady!
You have been pinked. You are one of my top ten all-time special lady friends with a kind, warm and loving heart. Once you have been hit, you have to hit 10 more special ladies with kind, warm and loving hearts. If you get hit again you know you're really special and kind.

SEND THIS TO OTHER SPECIAL LADIES, TO BRIGHTEN THEIR DAY! REMIND LADIES TO BE INFORMED, AWARE AND BE CHECKED FOR THEIR HEALTH'S SAKE. TELL THEM THAT NO ONE WANTS TO LOSE THEM - AFTER ALL, THEY ARE SPECIAL LADIES WITH KIND, WARM LOVING HEARTS....

All you are asked to do is keep this circulating (even if to one person).

p/s pada sume teman2 tersayang...amik la bwk balik ni ye.

Wednesday, February 25, 2009

Award Dari Mimi



Dapat award daripada Mimi - kenalan baru kat alam siber ni... Thank you very much for these nice cute awards....

Tuesday, February 24, 2009

Dari Puncak Jakarta


Bestnya dapat hadiah dari Cik Min. Ingat jugak Cik Min dengan Kak Ita ya! Ingatan Cik Min dari Puncak Jakarta.... Saaaayyyyyaaaannnngggg Cik Min!!! Terima kasih ya!

Hadiah Gunung Fuji...


Thank you.... thank you... thank you... thank you... thank you... thank you... thank you... to Ros aka Onigiri. Dah lama Ros suruh ambik kat umah dia tapi susah sikit nak masuk rumah Ros tu... Pintu Ros ni made in Japan and made from salji putih tu kot. Nak bukak je, kena tunggu lama sesangat. Tapi itupun belum confirm boleh bukak lagi. Dengan erti kata lain...mesti bukak dengan hati2 sebab salji kan ker mudah pecah @ cair...hehehe... Jangan marah ya Ros! Apa2 pun scenery gunung tu memang cantik!!! Thanks for the hadiah tu.....

Tuesday, February 17, 2009

Tag Dari Ela, Doha - Kenapa 6??

Tag yang Ela bagi ni ringkas dan senang jer... Ela bagi hari Sabtu lepas tapi baru hari ni saya gi ambik. Sorrylah Ela, lambat sikit. Sikittttt jer!!!

::Rules::
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged


Inilah gambar yang duduk kat folder no. 6 dalam senarai dan gambar yang ke-6. Gambar Adik yang tengah beriya2 nak pakai stokin. Gambar tu diambil pada 8hb. Januari 2009 lepas, hari ke-5 pertadikaan dia. Tengah excited sesangat tu....tak bagi orang lain tolong!
Nak kena tag kat orang lain pulak ni. Sapa yang belum kena yer? Kalu tak panjangkan tak leh ker??? Jap, nak kena jalan2 dulu baru tau sapa yang belum kena lagi....

Wednesday, February 11, 2009

Award N Tag Dari Cik Min

Dapat award aka tag ni dah lama daripada Cik Min tapi baru hari ni berkesempatan nak buat. Jangan marah ya Cik Min!!!

Betul ker blog ni paling gila?? Takut dengar....!

Nak bagi kat sapa pulak ni? Ramai yang dah dapat kot?? Ataupun dolu2 dah pernah dapat... Cik Min, tak bagi @ panjang2kan pada yang lain2 leh tak?? Stop kat sini jer ya!!! Ampun!!! Cayanggggggggg Cik Min...!!!

Wednesday, February 4, 2009

Kena Tag Lagi...!

Alamak!! Kena tag lagi la... Kali ni dari Cik Min. Dan macam tag2 yang lepas, ada rules and regulations yang perlu dipatuhi dan diikuti... Saya C&P dari rumah Cik Min jer...

**RULES***

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.

***END***

What were you doing 5 years ago?
5 tahun lepas.... hmmm... jap nak ingat! Kalau 5 tahun lepas, maknanya tahun 2004 le, betul kan? 2004 saya masih bekerja di satu syarikat Korea kat Pasir Gudang ni yang terletak di Jalan Keluli 2. Dan tahun 2004 jugak saya melahirkan seorang putera tapi masa tu dah akhir tahun 2004...14th December. Sekarang ni putera bongsu ni dah masuk tadika pun...!

What were the 5 things on your list today?
1) Nak buat Choc Chip Muffin (belum buat lagi)
2) Nak hantar hubby gi servis kereta (done!)
3) Nak update entry untuk tea-time dan dinner semalam (done!)
4) Nak lipat kain yang menimbun kat dalam bakul tu..(not yet)
5) Nak beli beli stokin Adik sepasang lagi - ada 2 pasang tapi 1 pasang entah ke mana menghilangnya...kena cari ganti (not yet...malam nanti kot ngan hubby)

What are 5 snacks that you enjoy?
1) Kuih-muih tradisional
2) Maruku
3) Masakan ibu - apa2 ajer...
4) Cheese cake - kalu makan pun sepotong jer, tak leh bebanyak...diet!!! kahkahkah...
5) Mee rebus, mee hailam, mee bandung, mee/meehon sup

What are 5 jobs you've had?
Kerja??? Yang ni kerja bergaji dan apa potongan EPF & PCB ke? Atau apa2 jer kerja termasuk kerja rumah???
Kalau kerja yang ada potongan PCB dan EPF :
1) Selama hidup saya...(amboiii!!!...), saya cuma pernah jadi employee kepada satu employer jer. Saya joint company ni lepas gradute dari Korea tahun 1992 lalu. Kerja kat Korean company kat Pasir Gudang ni la. Mula bekerja dengan jawatan Executive dan meninggalkan employer tu dengan jawatan Manager...kat bahagian IT. Kalau saya tak resign ari tu, mungkin dah jadi Senior Manager sebab rakan2 yang sama level dah dapat title tu. Rugi ke???? Tak lah... seronok jadi surirumah ni...!

Kerja lain yang pernah saya buat :
1) Pernah jadi guru sementara kat Sekolah Rendah St. Gabriel, KL - ni masa lepas gradute UiTM dan sebelum dapat offer ke Korea.
2) Pernah jugak jadi guru tuisyen untuk anak2 kat kampung saya - buat kelas kat dewan orangramai - ni selepas saya balik dari Korea sementara nak tunggu tawaran kerja
3) Menjadi penjual kacang tanah rebus, kuih-muih dan jagung rebus dari rumah ke rumah dengan berbasikal - ni masa saya zaman kanak2 dulu...membantu emak abah mencari rezeki!!!

5 people you want to tag...
Nak tena tag orang lain la pulak!!! Sapa yang nak kena ya....
1) Fiza Nordin
2) Ustazah Azie
3) Anawahid
4) Gee
5) Nina Cupcake



Wednesday, January 7, 2009

Tag Lagi

Dapat tag dari Cik Min. Dah lama gak tapi tak sempat nak buat. Baru hari ni dapat duduk depan PC ni dan menyudahkan tag ni. Harap Cik Min puas hati ekk...!

"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."

1. Next year i'm....almost 1/2 century oiiiiiii.....

2. I really want to go... Insyaallah akan sampai gak satu hari nanti!

3. My favourite place....

lepak kat bilik beradu ngan...

tengok pantai nan indah sambil dibelai hembusan bayu.... (bila nak gi ekkk?)

4. My favourite thing...
Vaio laptop (ni lah laptop aku yg kena rompak ari tu.... skrg guna pc jek..)

PDA phone (multimedia messenger)... ni pun kena rompak ari tu gak...

5. My favourite drink
sedap minum panas2....

sedap diminum sejuk2...

6. My favourite food

7. My favourite colour



8. I live in...
bukan le kat circuit pulak....
9. I was born in
zoom dekat2 kalau tak nampak...
10. My nickname i had

11) My College Major


12) My Bad Habit


kengkadang merajuk gak......ngan hubby!!
13) My Hobby


14) I Wish





Jenuh gak nak menyiapkannya. Nak bagi kat sapa pulak ni. Masa ronda2 tadi nampak dah ramai yang dapat. Tapi nak bagi gak kat dema2 ni.....
1) Lemongrass : Salam Dua Benua
2) Aie Bahri : Renung, Fikir, Tindak
3) Ummi & Papa : My Complicated Journey
4) Nina : Sweetlilly's Kitchen
5) Ustazah Azie : "A" Family

Sudi2kan ler ye....!