Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts

Tuesday, July 28, 2020

Kembali Ke Sekolah

 

14.07.2020 | SELASA

Kembali ke sekolah setelah bercuti sekian lama akibat pandemik Covid-19. Esok, Rabu - 15.07.2020 - akan mula semula sesi persekolahan di seluruh negara.

Kembali ke sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tingkatan 4 ditetapkan dari jam 1400 hingga 1500. Sebelum jam 1400 kami dah sampai. Alhamdulillah.
Disebabkan MyKanda dan ABangNgah kerja, maka Ayong yang menjadi peneman hari ini. Ayong bekerja dari rumah dan dia ambil "time-off" sekejap.

Monday, August 5, 2019

Hari Koperasi Dan Keusahawanan SMKA Bandar Penawar

03.08.2019 | SABTU

Seawal jam 0930 dah bergerak menyeberang Jambatan A. Alhamdulillah. Cuaca terang. Ada juga kelompok2 awan di langit. Adik dah banyak kali menelefon sepanjang minggu ini. Dia ajak mak dia datang ke sekolah sempena Hari Koperasi dan Keusahawanan. Ada gerai2 menjual berbagai2 jenis makanan. Tapi Form 3 tidak terlibat. Tingkatan yang tiada peperiksaan utama sahaja yang terlibat. 

Saya pergi berdua dengan MyKanda. Sebelum sampai ke sekolah, kami singgah membeli sedikit alat tulis dan jajan yang dipesannya. Sampai je dalam kawasan sekolah, Adik yang sedia menanti di tepi kawasan pakir tu. Alahai Adik.....!

Melangkah ke kawasan jualan, terserempak dengan Ustazah Zainab, guru kelas Adik masa di Form 2. Ustazah Zainab sempat buat promosi soto di gerainya, Gerai 2 Aisyah. Dia siap suruh Adik bawa kami ke gerainya. Kami beli 2 bekas soto.
Selepas itu kami ke gerai Form Lower 6. Ada menjual air cendol, nasi ayam danlain2 lagi. Kami beli cendol 3 cawan. Lepas tu ke gerai Ustaz Shaari pla, guru kelas Adik sekarang. Beliau dan dua orang anaknya menjual jambu batu dan epal hijau asam boi. Kami beli 2 cawan. Di gerai lain, Adik juga membeli brownies dan kek hokkaido.
Kami terus ke kantin sekolah. Menjamu selera di situ sambil berbual2. Ramai juga ibubapa yang hadir pagi tu. Masing2 menjamu selera dengan juadah yang dibeli di gerai2 yang ada. 

Sunday, January 8, 2017

Tragedi Lencana


7hb Januari 2017. Sabtu.

Malam tadi nak menjahit lencana pada baju sekolah. Sebelum mula menjahit, saya tengok dulu dalam blog sekolah. Lencana berada di bahagian bawah tanda nama dan kedua2nya terletak di bahagian atas poket, bukan pada poket.
Dalam masa yang sama saya juga bertanya kepada suami. Katanya macam terbalik kedudukan lencana dan tanda nama tu tapi dia sendiri tak pasti. Saya pun mula la menjahit lencana. Dah siap menjahit satu lencana, saya berWhatsApp dengan kawan yang anaknya juga sama2 bersekolah di sana. Sementara nak tunggu dia membalas, saya teruskan dengan menjahit lencana kedua. Dah siap menjahit 3/4 pusingan jahitan, dapat  balasan WhatsApp daripada dia. Dia hantar gambar yang diperolehi daripada Sync application.

Menangis mak nak oiiii...! Rupa2nya susunannya salah. Sepatutnya kocek, tanda nama dan lencana. Alahai...terpaksa buka semula jahitan. Dah le saya jahit tangan je, sakit jari-jemariku. Akhirnya, buka juga semula jahitan, tolak tepi lencana, baju, alatan menjahit dan cermin mata...dah jom tidur! 

Pagi ni sambung semula menjahit lencana. Tinggalkan ruang untuk tanda nama di bahagian atas kocek. Dalam masa yang sama, bagi arahan kepada Abang Ngah untuk pergi membeli sampul buku tulis. Bagi arahan kepada Ayong untuk tolong siapkan menyampul buku2 teks. Adik masih menyiapkan kerja sekolahnya. Lepas tu suruh Abang Ngah tolong gosokkan baju2 sekolah Adik pulak. Alhamdulillah. Selesai semuanya. Petang nanti nak hantar Adik balik semula ke asrama. 

Saturday, January 7, 2017

Projek Menyampul Buku Teks Dan Buku Tulis

5hb Januari 2017. Khamis.
 Malam tu Adik buat kerja sekolah. Boleh tahan juga banyaknya kerja sekolah dia. Sains, Sejarah dan TMK. Penat2 buat kerja sekolah, dia rehat kejap. Tengok TV. Lepas tu sambung semula. Dalam masa yang sama, saya menampal nama pada buku2. Esok la baru nak sampul. Nama yang dah dipirint pun tak cukup. Mata dah mengantuk. Adik masih membaca buku teks Sainsnya. Sambil tu dia menerangkan apa yang dia baca. Saya dah dengar tak dengar je dah sebab dah berulang kali menguap. Ajak dia tidur, dia tak ngantuk lagi katanya. Alahai Adik...sambung esok je la ye!

6hb Januari 2017. Jumaat.
Pagi Jumaat dah mula sibuk mengadap desktop. Printkan nama Adik. Buatkan jadual waktu sekolah. Ini memang kerja saya pada setiap awal tahun persekolahan. Sejak dari zaman Ayong mula sekolah dulu lagi. Samalah juga dengan kerja2 menyampul buku2 teks. Ada je jual sampul buku teks yg dah siap tu tapi selalunya ada je yang tak kena. Tak cukup lebar la...kecik la...susah nak dapat yang betul2 sama saiz dengan buku teks. Itu sebab saya sampul sendiri je. Beli plastik yang jenis emboss tu. Masa anak2 semua sekolah dulu, jenuh jugak la nak menghabiskan proses menyampul. Buku teks banyak pulak tu.

Tahun ni ingatkan Adik dah boleh menyampul sendiri. Rupa2nya dia bawak semua buku teks dan buku tulis balik untuk disampul dan ditampal nama. Dah print nama tu, kena gunting plak dulu. Lepas tu baru ditampal pada buku2 teks dan buku2 tulis. Selepas tu barulah disampul. Adik pulak sibuk dengan kerja sekolahnya.
Jadual ni print 3 salinan. 1 untuk dia, 2 lagi utk kawan dia.

Friday, May 27, 2016

Kejutan Jamuan Hari Guru 5 Hurairah SDAR (23 Mei 2016)

Alhamdulillah. Selesai sudah kejutan jamuan sambutan hari guru untuk Kelas 5 Hurairah SDAR. Orang lain sambut hari guru pada 16hb Mei tapi SDAR buat lewat sebab mereka ada peperiksaan pertengan tahun selama 2 minggu. Hari Jumaat, 20hb Mei baru habis exam. Sambutan di peringkat sekolah pun dibuat pada hari Sabtu, 21hb Mei. Ikutkan hari Sabtu tu ialah cuti umum sempena Hari Wesak. 
Berbalik kepada sambutan untuk Kelas 5H. Pada mulanya saya cuma nak buat sambutan kecil-kecilan sahaja. Sama seperti yang saya buat untuk sambut belated birthday guru kelas mereka pada awal bulan Mac aritu. Tapi ada seorang parent anak 5H bertanya kepada saya samada saya ada perancangan tak untuk sambut hari guru kelas 5H. Bila saya kata ada, dia juga ingin turut sama. Akhirnya saya buat satu grup WhatsApp yang lain, yang melibatkan hanya parents sahaja. Bila saya nyatakan perancangan untuk mengadakan sambutan hari guru tersebut, semua ibubapa bersetuju. Kata putus pun dibuat. Dan masing2 memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan maupun hadiah, banner, idea dan sebagainya. Alhamdulillah. Ada parents yang sudi menyumbangkan hadiah untuk setiap guru matapelajaran, ada parents yang sudi menyumbangkan hadiah utk HM dan Penolong Kanan dan ada parents yang menyumbangkan banner gambar anak2 5H bersama guru kelas. 
Banner sumbangan Puan Hamiza
 Hadiah untuk Guru Kelas...
 Hadiah untuk guru2 matapelajaran
Hadiah2 untuk guru kelas dan guru2 matapelajaran adalah sumbangan Puan Balqis. Manakala Puan Fariza menyumbangkan hadiah2 untuk Pengetua dan Penolong Kanan (3 orang). Terima kasih Puan2.

Kemudian kami memutuskan pula makanan apa yang nak disediakan. Pizza, sate, buah2an, air minuman tanpa gas akhirnya menjadi pilihan kami. Lalu saya hubungi kawan saya (Ani) yang tinggal di Bandar Senawang Selatan. Beliau sebenarnya ialah seorang caterer. Sebenarnya pada hari kejadian, beliau ada catering yang perlu disiapkan. Tetapi demi memenuhi hasrat kami, beliau dengan rela hati sudi untuk membantu menguruskan segala pembelian dan penghantaran makanan2 tersebut. Alhamdulillah. 

Saya pula memang lama dah teringin nak makan tat mangga hasil tangan seorang kawan baker (Lia) di Melaka. Tiap kali dia upload gambar tat mangga yang seumpama ros kuning gergasi tu, terliur je saya ni. Nak makan sendiri tak dapat, maka saya orderkan untuk jamuan hari guru ni. Biar mereka yang rasa dulu. Lain kali saya pulak. In shaa Allah. Dan juga saya orderkan carrot cupcakes.
Kan! Ros kuning gergasi kan! Bayangkan kesedapannya...

Hari kejadian...Isnin, 23hb Mei 2016
Hari ini mereka ada kelas sehingga jam 4:00 petang. Pagi ni mereka memberikan kad2 jemputan kepada Pengetua, Penolong Kanan serta guru2 mata pelajaran. Kad undangan ke majlis petang nanti. Entah rupa mana kad hasil kreativiti mereka. Dan saya pula berurusan dengan Ani dan Lia berkenaan tempahan makanan. Alhamdulillah. Semuanya dah disediakan. Cuma tunggu masa untuk penghantaran sahaja.
Lia sampai ke SDAR awal sikit dari masa yang dijanjikan. Hahaha...sampai tak berhenti lunch katanya sebab takut lambat sampai. Saya bagitau Azrai untuk pergi ambil tat dan cupcake tersebut. Entah berapa orang kawan dibawanya bersama. Lia kata dia jadi gabra bila diserbu ramai2 oleh pelajar lelaki. Dalam hati siap bertanya, "Mana budak2 perempuan? Kenapa budak2 lelaki yang datang?". Hahahaha...dah tentu sekolah tu sekolah lelaki Lia oiii! Kalau budak2 perempuan yang datang, memang satu kejutan dan kehairanan.
Dalam jam 3:30 petang, Ani pula sampai di SDAR untuk hantar makanan. Kali ini memang ramai le Azrai bawak geng sebab banyak yang nak diangkat. Pizza 12 kotak, sate and the gang, pinggan, cawan, sudu, garfu, air botol, ais dan sebagainya. Sempat juga Ani snap gambar anakanda untuk tatapan saya. Hilang sikit rindu pada dia. Thanks Ani kerana memahami...
Mereka meyusunatur meja dan makanan. Menyusunatur tempat duduk guru dan tempat duduk mereka. YaAllah...kreatifnya mereka. Makanan juga diasingkan antara guru2 dan pelajar2 sendiri. Banner tu mereka gantung di papanputih tetapi digulung dan diikat. Belon tak jadi digantung bersama sebab banyak belon yang pecah. Siap mereka buat kad gergasi yang ditampal gambar HM, PK dan guru2 mereka dengan kata2 puitis mereka. So sweet and touching kata guru2 mereka. Kata guru kelas mereka (Ticer R), diorang siap tutup pintu kelas. Ticer R disuruh keluar kelas sebab tak mau bagi Ticer R tolong apa, tak nak Ticer R tengok apa surprise mereka. Bila Ticer R keluar kelas, guru2 lain dah siap menanti di luar. Tapi walaupun pintu ditutup, bau sate kuat sampai keluar juga...hahaha!

Jom layan gambar2 mereka...
Persiapan dalam kelas :
 Makanan :
 Majlis bermula :
 Pengerusi Majlis, Ketua Kelas dan Tuan Pengetua memberikan sepatah dua kata... 
 Gimik perasmian...
 Tadaaaaa....!
10 jari melambangkan 10A+ dalam SPM 2016
(kanan sekali ialah En Khairudin, wakil ibubapa 5H)
Makan-makan pun bermula : 
 Ini yang membuatkan guru2 touching ni :
 Ok. Selesai dah satu kejutan untuk guru2 5H. Terima kasih kepada semua ibubapa 5H yang sporting menyokong rancangan saya. Terima kasih Ticer R yang sporting pura2 tak tau pasal majlis ni. Terima kasih kepada anak2 5H yang memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan rancangan ini. Terima ksih kepada Ani dan Lia...tanpa mereka berdua tak ada la makanan yang nak dimakan.

TERIMA KASIH SEMUA. TERIMA KASIH CIKGU!

Monday, January 4, 2016

Kembali Ke SDAR Sebagai Pelajar Paling Senior

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama terbiar bersawang, akhirnya ku kunjungi juga ke sini. Nak kembali aktif kot. Kot le. Time rajin. Time malasnya nanti...bersawang semula kot.
Ok. Entri pertama untuk tahun 2016 ialah pasal pendaftaran anakanda Azrai ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) di Senawang, Negeri Sembilan, sebagai pelajar Tingkatan 5. Tahun akhir untuk dia berada di SDAR.

Kami memulakan perjalanan seawal jam 7 pagi. Perancangan awal nak bertolak jam 6 pagi tapi si Azrai liat sangat nak bangun. Dah bangun, liat pulak nak mandi dan berkemas. Adoiiii...kalau pergi lewat2 sangat nanti, kelam kabut pulak. Pendaftaran memang le bermula jam 2:30 petang. Tapi kami nak ke Bangi juga. Nak jumpa Ayong. Nak hantar telefon. Dah janji dengan dia. Tak boleh tidak kena pergi juga.
Jam 7:40 pagi kami dah melepasi Tol Skudai. Alhamdulillah, lebuhraya tiada kesesakan. Hari Ahad kan...masing2 masih dalam selimut kot. Si Azrai lena di seat belakang. Saya pulak terlelap sekali sekala. Malam sebelum tu sempat tidur tak sampai 2 jam je pun. Melayankan kerenah Azrai yang tak habis2 lagi berkemas. Ini la dia gara2 berkemas di saat2 akhir. Kejap tu la mintak tolong emak jahitkan nama, jahitkan butang yang tertanggal, panjangkan kaki seluar yang dah singkat... In shaa Allah, pengalaman yang akan menjadi kenangan sepanjang usia.

Dalam perjalanan, kami singgah sarapan di R&R Machap. Pilihan kami ialah di Kaya Kopitiam. Dan selalunya kami akan memilih menu yang sama setiap kali bersarapan di sini. Dah banyak kali kami bersarapan di sini.

Jam 10:40 pagi kami dah sampai ke SDAR. Mula2 kami ke dorm dulu. Tahun lepas Azrai di Blok C, Blok Temenggung (Merah). Tahun ini dia di Blok A, Blok Bendahara (Kuning) pula. Alhamdulillah, bilik kali ini amat selesa. Single bed. Loker baru. Ada 6 katil sahaja, bermakna 6 orang sahaja dalam bilik dia. Dalam Dorm A7 ini penghuninya semua daripada Rumah Temenggung. Loker pun masih berbalut plastik lagi.

Selesai di dorm, kami ke kelas pulak. Kelas 5 Hurairah. Satu2nya kelas untuk mereka yang ambil subjek Akaun sebagai subjek tambahan. Kelas masih belum tersusun. Meja kerusi semuanya diketepikan. 
 Pelajar2 yang dah sampai terlebih awal, mereka dah "cup" meja dan kerusi. Siap ada nota ditinggalkan di atas meja. Azrai pun buat benda yang sama. Sama juga dengan loker di belakang kelas tu. Siapa yang dah "cup", mereka tinggalkan nota dan buku2 di dalamnya.
Tengok, Ayam pun bersekolah tau!

Memandangkan urusan pendaftaran dan pembayaran hanya akan bermula jam 2:30 petang, kami terus ke UKM Bangi dulu. Dari SDAR ke UKM Bangi hanya memakan masa 45 minit sahaja kalau tiada kesesakan lalulintas. Lepas ambil Ayong, kami pergi makan dulu. Tempat paling hampir ialah di Bangi Gateway. Macam2 ada kat situ. Pertama kali kami sampai ke situ (kecuali Ayong la...) walaupun dah banyak kali kami ke Bangi tu. Wah...macam2 ada kat situ! Lain kali boleh singgah lagi di situ. Kami makan tengah hari di sini :
Alhamdulillah. Selesai makan, hantar Ayong balik ke UKM semula. Dan kami meneruskan perjalanan kembali ke SDAR semula. Selamat tinggal Ayong. Semoga berjaya dalam final exam ni ya. **Ayong tengah final exam untuk semester 4**
Kami sampai semula ke SDAR dalam pukul 3:50 petang. Kenderaan masih banyak di sepanjang jalan dalam kawasan SDAR tu. Tapi dalam dewan dah agak lengang. Mungkin diawal2 waktu pendaftaran tadi dah sesak kot. Kami cari barisan 5 Hurairah. Rupa2nya guru kelasnya masih sama dengan 4 Hurairah tahun lepas. Cikgu Yusliana (tudung hijau). Alhamdulillah....
Tak lama pun menunggu sebab di depan kami hanya ada 2 orang yang masih menanti giliran dan seorang yang sedang berurusan dengan cikgu. Sampai giliran kami, bayar RM750 untuk duit makan selama setahun dan duit koperasi sebanyak RM350. Pokpek2 kejap...siap! Lepas tu terus ke koperasi mengambil buku2 tulis. Lepas tu Azrai naik ke Bilik SPBT pulak, ambil buku2 teks. Hantar semua barang2 ke kelas dan kembali ke kereta. Abahnya dah sakit kaki, jadinya duduk dalam kereta je.

Tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Tak ada sedih2 dah. Dah beso...dah paling senior. Cium kiri, cium kanan, peluk2...dan babai! Jam 5 petang kami meninggalkan SDAR.
Good luck Abang Yang. Belajar rajin2 ya. Tahun ni dah nak SPM. SPM penentu hala tuju masa depan. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Abang Yang.

Terima kasih Cikgu! Terima kasih kepada semua warga SDAR dan PIBG yang telah menambahbaikkan kemudahan asrama. Semoga anak2 akan lebih menghargai dan mensyukuri segala kemudahan yang disediakan.

Monday, April 27, 2015

Perkhemahan Perdana SKTPP 2015 - Hari Terakhir

Hari terakhir perkemahan. Hari ketiga. Sekejap je 3 hari 2 malam. Tak terasa apa2 pun. Anak2 yang menyertai perkhemahan ini tentunya seronok. Dapat pengalaman. Ada yang dah biasa...ada yang pertama kali. Bagi anak2 yang dah biasa tu, mungkin ada pengalaman baru yang mereka timba.
Hari ketiga ni tak banyak program dah. Selepas sarapan, mereka dikerahkan untuk mengemakan khemah masing. Membersihkan kawasan perkhemahan dan kawasan sekitar. Mengutip sampah yang bertaburan dan mengemaskan segala yang perlu. Dah siap semuanya, mereka dikumpulkan di Dewan Warisan sebelum bergerak untuk minum pagi. Selepas itu berkumpul semula di Dewan Warisan.
Hadiah2 berupa hamper dah tersedia untuk kumpulan yang berjaya di dalam aktiviti yang diadakan. Juga ada hadiah untuk peserta terbaik lelaki dan perempuan. Hamper yang berbungkus tu sebenarnya setiap unit berunifom dapat. Yang dalam bakul tu untuk pemenang permainan2 yang disediakan.
Ini adalah anak2 dari SK Perigi Acheh yang turut serta dalam perkhemahan ini. 6 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki. Semuanya dari unit berunifom TKRS.
Selesai penyampaian sijil dan hadiah, hamper yang mereka dapat tu terus dibuka dan dikongsi bersama. Dapat le merasa sikit sorang.
Habis makan jajan. bersiap sedia untuk balik. Ibubapa dah menanti di luar perkarangan sekolah.
Sebelum balik, mereka dibekalkan dengan makan tengah hari.