Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Pengkalan Nelayan Kampung Pasir Gudang Baru

Dah lebih 20 tahun menetap di Pasir Gudang ni. Ni pertama kali ke Pengkalan Nelayan Kampung Pasir Gudang Baru. Tak tau pun kewujudan pengkalan ini. Nasib baik ada kawan yang perkenalkan.
Proses pembersihan dan pembungkusan kupang dilakukan secara gotong-royong oleh ahli2 kumpulan. Ada juga ikan2 sejukbeku. Kebetulan pada hari itu, ikan segar tidak berapa banyak. Jadinya kami saja2 menikmati pemandangan di sekitar pengkalan tu.
Tempat ini diperkenalkan oleh Sam. 

Thursday, March 7, 2013

Udang Goreng Kunyit Daun Kari



Aikkk...menu udang lagi? Hehehe...aritu di lemakkan, kali ini digorengkan aje pulak. Macam2 kita boleh buat dengan udang ni. Nak digulai ke, dikukus ke, dipanggang ke, digoreng ke, disaladkan ke...macam2 lagilah! Tepuk dada tanya selera nak makan apa...

Kali ini udang goreng kunyit dengan daun kari aje. Senang dan ringkas aje. Perap dalam 10 minit je, lepas tu terus goreng. Menggoreng pun tak sampai 5 minit dah siap. Janji diorang makan sampai habis. Yang paling suka makan udang ialah Adik. Abang Ngah tak boleh makan udang...gatal katanya. Hubby pun tak boleh makan sebab ada gout. So...memang rezeki Adiklah ni! Saya pulak...kalau ada saya makan, kalau tak ada tidaklah menjadi masalah... Makan pun setakat 3,4 ekor aje.


UDANG GORENG KUNYIT DAUN KARI

Bahan-bahan :

  • 500gm udang - dapat yang besar lagi best
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
  1. Gaul semua bahan, kecuali daun kari dan minyak masak, bersama dengan udang dan perap sekejap - dalam 10 minit.
  2. Panaskan kuali. Masukkan minyak masak.
  3. Bila minyak dah panas, masukkan udang tadi dan goreng hingga warna udang bertukar ke warna kemerah-merahan sambil dikacau.
  4. Masukkan daun kari dan kacau rata. Matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Senang, ringkas dan sedap. Tak sampai 10 minit dah terhidang di atas meja makan. Selamat mencuba!

Wednesday, March 6, 2013

Udang Masak Lemak Cekur Dan Cili Kering



Sedap wooo udang masak lemak cili kering ni! Dengan kuahnya yang pekat dan memang secukup rasa!!! Perghhh...tak nampak dah kalau suami lalu kat belakang! Kena pulak dapat udang yang besar-besar...

Saya suka menggukan cili kering yang ditumbuk sendiri untuk membuat masak lemak begini. Resepi ini boleh kita pelbagaikan selain daripada untuk memasak udang. Ianya boleh juga digunakan untuk memasak kacang panjang ataupun kacang buncis dan dicampur dengan kerang ataupun udang. Emak saya kata, kuahnya ni "embe-embe" aje. Maksudnya, kuahnya pekat dan sedikit sahaja dan secukup rasa. Paling penting ialah penggunaan santan segar. Gerenti menjilat mangkuk ataupun pinggan!


UDANG MASAK LEMAK CEKUR DAN CILI KERING

Bahan-bahan :
  • 15 ekor udang yang agak besar - 
  • 7 batang cili kering - potong kecil2 dan rendam
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 1/2 inci isi cekur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji kelapa parut - campurkan dengan 1 cawan air dan dikisar, perah untuk dapatkan santannya
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - dicarik2kan
  • Perisa secukupnya
Cara-caranya :
  1. Tumbuk cili kering yang telah direndam bersama dengan garam hingga lumat.
  2. Masukkan bawang yang telah dihiris dan isi cekur dan tumbuk lagi. 
  3. Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk ini ke dalam periuk. 
  4. Masukkan semua bahan2 lain kecuali udang dan masak di atas api yang sederhana hingga mendidih. Pastikan hingga tidak sampai pecah minyak. 
  5. Masaklah sehingga kuahnya memekat sambil dikacau. Perasakan masin manisnya secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan udang dan kacau rata2. Selepas dimasukkan udang, jangan masak terlalu lama. Cukup sekadar dalam 2-3 minit sahaja.

Wednesday, January 18, 2012

Sotong Oriental



Assalamualaikum semua...! Selamat pagi...! Salam sejahtera...! 
Masih awal pagi lagi ni. Curi2 masa mengadap komputer jap. Lepas ni dah sibuk dengan urusan negara. Tak terkejar rasanya masa yang berlari2 meninggalkan saya jauh ke belakang. Tapi kadang2 tu saya pecut juga 200km/j...hehehe.

Kali ini nak buat tayangan perdana Sotong Oriental pulak. Ini bukannya juadah untuk hari ini. Sotong Oriental ni jadi sejarah. Lauk semalam semalam semalam punya...(berapa punya banyak semalam daaa....!). Selalu tu sotong asyik rebus manis je. Adik suka yang macam gitu. Paling tidak pun digoreng kunyit je. Kali ini saya buat sedikit kelainan. Selalu dah nampak orang lain buat Sotong Oriental ni tapi inilah kali pertama saya mencubanya.

Sedap...! Ada rasa masam2 pes tomyam dan pedas2 rempah kari...

Lain kali boleh buat lagi..!

Friday, May 27, 2011

Ketam Masak Sambal Telur



Korang nampak tak sepit ketam tu tengah ternganga luas?? Agak2nya...sama tak dengan ngangaan si Domo-kun tu...?? Mana yang menganga lebih luas...Domo-kun ataupun sepit ketam ni????


Masa makan di Senibong hari Sabtu lepas, Adik tak dapat nak menikmati keenakan ketam yang terhidang sebab rasanya yang agak pedas. So semalam saya masakkan ketam ni dengan menu Ketam Masak Sambal Telur yang tidak pedas. Mula2 bercadang nak masak Sotong Oriental. Tak jadi masak sotong...masak ketam pulak.


Untuk dapatkan resepinya, silalah ke SINI ya...