Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Lama dah tak mengemaskini rumah ni. Agak sibuk sikit kebelakangan ini.
Sekadar nak kongsi peristiwa hari Sabtu dan Ahad lepas. Abang Yang ada menyertai Sukan Rakyat yang diadakan di Bukit Layang-Layang tu. Sukan tu berlangsung selama 2 hari - Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu adalah acara saringan dan hari Ahad adalah acara akhir.
Abang Yang menyertai pasukan sekolah seramai 10 orang dalam 2 kumpulan (setiap kumpulan 5 orang). Sekolah dia menghanar 2 kumpulan. Kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Abang Yang masuk 2 acara akhir - bawak bola dalam sudu dan bawak bola dalam gelung. Alhamdulillah dapat tempat pertama dan ketiga. Mereka membawa pulang 4 hamper untuk dikongsi bersama2.
Saya tidak pergi melihat dia bermain pun. Sekadar singgah sekejap untuk menjemput dia pada petang Ahad tu selepas upacara penyampaian hadiah. Sementara menunggu upacara penyampaian hadiah selesai, saya pun tenang2 ler layang2 yang sedang terbang di udara. Ada juga layang2 yang tidak dapat diterbangkan sebab kekurangan tiupan angin. Jom tengok sebahagian daripada layang2 tersebut...
Layang2 harimau...
Layang2 rama2...
Layang2 apa ni ya...ikan pari ke?
Layang2 ikan pari kot...
Ni tak tau layang2 apa...
Ni Abang Yang dan kawannya yang baru selesai upacara penyampaian hadiah. Dapat le hamper...
Scrambled toast bread untuk juadah minum petang. Kebetulan pulak Atikah ikut Ayong balik petang tu selepas selesai latihan pancaragam di stadium. Sebelah malam mereka ada rehersal di depan Meanra Aqabah tu. Itu yang Atikah ikut Ayong balik tu. Sempatlah mandi manda dan minum petang dulu sebelum hubby menghantar mereka semula ke stadium sebelum Maghrib.
No comments:
Post a Comment