Monday, June 21, 2010

Cheese Brownies Dan Hari Bapa


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Entry Hari Bapa yang terlewat satu hari bersama dengan hasil pertama Marble Cheese Brownies.



Sebenarnya...konon2lah kan...sempena Hari Bapa semalam, saya bercadang nak masak sesuatu yang agak lain dari biasa. Sama kes macam nak sambut ulangtahun kelahiran saya Khamis lepas. Konon2nya malas nak ber-kek2. Plan A : bercadang nak buat cistat tetapi bukan blueberry. Saya dah bakar kulit tat dalam 2 saiz - kecil dan sederhana besar. Konon2nya la...nak buat tat cokelat ganache. Lepas tu atas cokelat tu nak tulis2 sikit. Tu yang buat kulit tat lebih besar daripada yang biasa tu. Boleh tulis banyak sikit...konon2nya!!!

Bila kulit tat dah siap dibakar, belek2 helaian resepi yang selalu menjadi rujukan. Ternampaklah pulak resepi Marble Cheese Brownies. Selepas di"+", di"-", di"/" dan di"x", akhirnya saya ambil keputusan untuk buat brownies ini. Saya pun ikutlah satu persatu bahan2 dan cara2 membuatnya. Cumanya saya tidak berpuashati dengan dekorasi di atas brownies tu. Dah tentulah dalam resepi asal tidak suruh tulis "HAPPY FATHER'S DAY" tu! Resepi suruh buat corak marble saja!

Tulisan dan corak atas adunan krim cis tu ialah dari adunan brownies tu sendiri. Jadinya, bila dah sampai masa untuk saya mencorakkan brownies tu, adunan cokelat tu dah jadi sedikit kental. Jadinya, agak sukar sikit untuk menulis dan mencorak (tak pandai menari...tapi kata lantai tu pulak yang jongkang jongkit...hehehe).



Sebenarnya terfikir juga untuk menggunakan adunan cream cheese tu instead of gunakan adunan brownies tu sendiri untuk mencorak. Tapi disebabkan ini percubaan pertama, saya ikut ajelah kata resepi tu...! Akhirnya, main hentam keromo je masa buat tulisan dan corak tu. Dan itulah hasilnya...!!!


Ini versi yang hubby dah potong. Tinggal HAPPY FAT je yang jelas kelihatan...!


Sedia untuk dijamah...!

Hasil kerja tangan hero2 kami! Ada ke mereka bagi abah mereka bunga sempena Hari Bapa!!! Siap ada kad, lengkap dengan nama lagi! Gelak besar hubby bila Adik yang bagikan jambangan tu... Tak apalah, sekurang2nya mereka ikhlas dalam memberi...


No comments: