Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, October 29, 2008

Petua Dapur

Petikan dari majalah Mingguan Wanita...

Tauhu tidak masam
Untuk mengelakkan tauhu daripada menjadi masam semasa disimpan, cuci tauhu dan lumurkan garam diseluruh permukaan tauhu. Simpan dalam peti sejuk.

Hilangkan gatal keladi
Masukkan sedikit kapur sirih atau buah pinang ketika masakan sedang menggelegak. Keladi juga akan mudah lembut dan lazat.

Lembutkan daging
Ambil segenggam beras pulut dan masukkan ke dalam periuk yang digunakan untuk memasak daging. Dalam masa yang singkat, daging akan menjadi lembut. Cara yang sama boleh dipraktikkan untuk melembutkan ayam kampung.

Bersihkan kulit kerang
Ambil pelepah pisang dan potong nipis2.Ramaskan bersama kerang yang berlumpur dan basuh hingga bersih.

Jantung pisang tidak hitam
Untuk mengelakkan jantung pisang daripada hitam apabila direbus, rebus jantung pisang bersama2 dengan pucuk ubi.

Friday, September 5, 2008

Petua Dapur...

Beberapa petua yang berguna sewaktu berada di dapur...

Bubur kacang tidak hancur
Goreng kacang hijau tanpa minyak terlebih dulu hingga agak garing. Kemudian basuh dan rebuslah macam biasa. Anda akan dapati bubur kacang anda tidak hancur dan berbau harum.


Hilangkan lendir ikan keli
Siang dan basuh ikan keli dengan air bersih. Gosokkan ikan keli dengan daun serai. Biarkan seketika dan basuh semula dengan air bersih.


Elakkan ikan goreng hancur
Untuk mengelakkan ikan yang kita goreng daripada hancur, seperti ikan gelama masin, gaulkan sedikit tepung gandum pada ikan tersebut dan goreng seperti biasa.