Showing posts with label Kelas Masakan. Show all posts
Showing posts with label Kelas Masakan. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Kelas Cream Puff Dan Eclair



Hehehe...walaupun dah "pandai" buat cream puff tapi masih pergi ke kelas lagi. Bukannya apa...selalu tu buat sejenis cream puff aje. Kali ini diajar beberapa jenis puff dengan adunan, filling dan teknik yang berbeza. Alhamdulillah. Bertambah ilmu tentang puff ni. In shaa Allah akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Hmmm...dah pergi ke kelas ni barulah tau "rahsia-rahsia" di sebalik cream puff dan eclair ni. Memang tak rugi pergi ke kelas tu walaupun pada asasnya memang dah tau buat cream puff tu. 

Selalu ni saya tau buat cream puff yang asas tu saja. Tapi bila dah pergi ke kelas ni barulah tau cara2 untuk membuat versi lain untuk cream puff ini. Hasilnya amat ringan dan dengan rongga2 yang lebih banyak. Lepas tu belajar juga english version cream puff. Dari segi rupa memang kurang sikit tapi bila dah masuk ke dalam mulut...subhanallah...sedapnya!!! Rasanya memang lain sangat dengan cream puff biasa tu.

Macam biasa, saya menghadiri kelas di Nina Bake House pada hari Ahad, 6hb Januari 2013 yang lepas. Kalas kali ini kami bertiga aje - Bani dan Aida.

 Bani tengah mengacau filling untuk cream puff sementara Aida pulak dah macam mandur...siap becekak pinggang lagi tu. Tak mengelabah ke si Bani tu? Hahaha...

 Inilah hasil yang baru keluar dari oven...fresh!!!

 Ini pulak eclair...selepas diisi dengan filling, barulah dicelup dengan milk chocolate.

 Bermacam2 bentuk cream puff sebab kami gunakan nozel yang berlainan dengan kreativiti masing2 yang berbeza2...

Apa-apapun, alhamdulillah. Terima kasih untuk sifu Nina di atas ilmu yang diturunkan kepada kami. Tapi lepas ni susah dah nak berguru dengan Nina sebab dia dah pindah ke KL pulak. Moga bisnes Nina akan terus maju di sana.



Wednesday, September 26, 2012

Baking Class Lagi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Inilah hasil kelas kek dalam botol yang saya ikuti pada bulan Julai lepas. Huh...dah nak abis bulan September baru nak citer!!! Empat jenis kek dalam botol dan satu fruiti tutti. Kecoh kelas aritu sebab students-nya semua mulut becok. Aritu ada seramai sepuluh orang student. Itulah kelas pertama saya yang ada ramai student. Selalu tu setakat empat orang je. Agaknya masing2 berebut nak ke kelas tu sebab dah nak masuk bulan puasa. Bulan puasa pulak, kelas semua dibatalkan sebab tokey nak buat biskut raya. Hahaha...!

Kali ini kami dibahagikan kepada dua kumpulan...lima orang setiap kumpulan. Jadinya kami bahagi2 dan kongsi2 tugas untuk mempercepat dan mempermudahkan kerja2 membaking. Tapi sebelum tu kami berkenal2an dulu. Yang bestnya tu...muka saya ni sekali lagi di cop sebagai GURU. Alhamdulillah...moga ianya menjadi pendorong saya untuk menjadi seorang GURU dalam erti kata yang berbeza. Guru tidak semestinya mnegajar di sekolah...kan?

 Ini nak buat Punch Cocktail In A Jar...

Ini pulak Strawberry Moouse Cake In A Jar...

Untuk peminat marsjmellow pulak, ini dia Melty Marsh In A jar...

 Yang bertudung hitam ini ialah tokey talam...Siti Fatimah. Yang disebelah tu pulak ialah tenaga pendidik di SK Johor Jaya...

 Bergambar beramai2 sebelum bersurai. Dah produk di atas meja dan di dalam kotak itu ialah produk saya yang saya bawa balik. Berbaloi...!

Ini ialah Bunny...hihihi...tokey talam gak ni.

 Pelanggan cilik pertama saya! Dia beli fruitti tutti tu...


Monday, November 21, 2011

Kelas Kek Continental Dan Kisah Pulut Kuning


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam, Ahad, 20hb November 2011, saya telah mengikuti kelas membuat kek continental di Bake House kepunyaan Nina. Dah lama nak mengikuti kelas ini tapi ada saja aralnya. Alhamdulillah, semalam saya dah berjaya mengikuti kelas ini. Kelas sepatutnya bermula jam 11:30 pagi (ikut pada jadual lah...) tapi terpaksa bermula agak lewat atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Saya sampai di kedai sekitar jam 11:30 pagi tu la. Masa tu pun Nina baru sampai dari rumahnya. Dia bawak bersama pulut kuning yang belum siap dihias. Dia ada menerima tempahan pulut kuning bersama dengan kek perkahwinan. Pelanggan nak combine pulut kuning dan kek. Nak 3 tingkat. Yang paling bawah ialah pulut kuning dan yang dua tingkat lagi tu barulah kek...dengan temanya putih kuning. Since kami dah ada di situ, jadinya kami sama2lah menyumbang idea yang tak berapa nak bernas (kot...) kepada Nina. Dan inilah hasil sentuhan kami berempat...Nina, Zarina, Zira dan saya. Hehehe...cantik kan???

 Pulut kuning dilapis dengan serunding daging dan dihias dengan telur puyuh, buah anggur & strawberi juga sedikit cili merah sebagai penyeri...

 Ini untuk tingkat paling atas...penuh dengan buah2an segar!

 Ini untuk tingkat tengah...dilayer dengan mango filling dan dikelilingi dengan buah2an segar!

 Inilah rupanya bila dah ditingkatkan. Cantik...!!!

Selepas dah siap, hubby Nina bersama pembantunya pun pergilah menghantar kek2 tersebut kepada pelanggannya di Kg. Kopok Baru. Tapi...dalam perjalanan ke sana, buah2an segar di atas kek2 tersebut semuanya jatuh bertaburan. Tak tau kat mana silapnya. Then hubby Nina terpaksa berpatah semula ke kedai dan bagai lipas kudung, Nina pun mengolah semula kek tersebut. Kagum dengan Nina sebab dia boleh menghias semula 2 biji kek tersebut dengan pantas. Bayangkan...semua icing terpaksa dibuang dari kek2 tu, lepas tu kena buat icing baru, then baru dilepa semula. Tapi designnya dah tak sama macam gambar kat atas tu walaupun temanya masih sama. Alhamdulillah...kek tersebut selamat dihantar semula sebelum majlis bermula. Lega sunggu si Nina...!!! Lepas tu barulah kami memulakan kelas....

Kelas kami ni dihadiri oleh 3 orang pelajar aje (kami budah baru belajar...!). Dalam kelas ini kami diajar membuat 4 jenis kek - Kek Rainbow (aka Kek Pelangi...), Kek Chocolate Indulgance, Kek Black Forest dan juga Kek Caramel Hazelnut. Riuh rendah kelas dengan gelak ketawa dan berbagai2 ragam. Ada yang tangan keras, ada yang tangan lembut, ada yang buat lawak antarabangsa dan macam2 lagi. Memang ceria betul kelas kami...! Disebabkan terlebih cerialah, kami tidak sempat nak menyipkan hiasan untuk Kek Caramel Hazelnut. Akhirnya kek itu kami bawak balik "bogel" aje...tanpa sebarang hiasan. Kelas kami pun berakhir agak lewat, sekitar jam 8:30 malam. Jom tengok hasil kerjatangan kami bertiga...


Barisan kiri, saya punya. Yang beratur 3 biji ditengah2 tu Zarina yang punya dan barisan kanan pulak Zira yang punya...

Kat kedai tak sempat nak posing cantik2, setakat alal kadar je. Gambar dengan rakan pelajar yang lain pun tak sempat nak snap...dengan cikgu pun tak ada! Masing2 dah kepenatan dan tak sabar2 nak balik. Si Zarina pulak, anaknya menyambut harijadi semalam. So Kek Rainbow tu dia hias terus untuk birthday anak perempuannya yang ke-9 tahun. Happy Birthday Balqis...!!!

Inilah hasil kerja tangan saya semalam. Ni snap kat rumah pagi tadi. Pagi tadi baru sempat potong dan berposing. Malam tadi sampai aje kat rumah terus mandi dan telan ubat selesema dan ubat sakit kepala. Lepas tu terus zzzzzzzzzzz.....!

 Kek Black Forest. Hasilnya tak berapa kemas. Kena cuba lagi ni...

 Dilapisi dengan chocolate fresh cream dan pitted prune...

 Kek Rainbow...

 Dengan 6 lapisan kek berwarna-warni dan dilapisi dengan Malaysian buttercream...

 Kek Chocolate Indulgance...

Memang kaya dengan cokelat. Setiap lapisan dilapisi dengan white mouse dan chocolate mouse serta diselaputi dengan chocolate ganache. All about chocolate...!!!

Berminat untuk menempah? Hubungilah saya....!!!

Monday, April 26, 2010

Kelas Aneka Tat

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Alhamdulillah...selesai sudah lagi satu kelas masakan yang saya hadiri. Tapi ini sebenarnya ialah cerita semalam...cerita hari Ahad. Hari ini dah hari Isnin. Dah terlewat sehari. Tapi tak apa, nak cerita jugak!

Cerita pasal kelas aneka tat yang saya hadiri semalam. Siapa lagi gurunya kalau bukan si Nina comel tu! Masuk kali ini dah tiga kali saya berguru dengan dia. Kelas sepatutnya bermula jam 12:00 tengahari tapi jam 12:00 tengahari, saya baru bertolak ke rumah Nina. Memandangkan saya dah tahu rumahnya di mana, tidaklah menjadi satu kepayahan untuk saya mencari rumahnya. Cumanya...nak parking kereta kat area tu payah sikit sebab jalannya sempit. Terpaksa curi2 parking kat depan rumah orang.

Masa saya sampai tu, Nina baru selesai kelas steam buttercream bersama dua orang pelajarnya. Masa tu mereka tengah adakan sesi bergambar. Habis merah2 tangan mereka kerana bermain dengan pewarna.

Apa yang kami pelajari dalam kelas aneka tat semalam? Macam-macam...! Bertambah ilmu pengetahuan saya tentang selok belok tat ni. Sebelum ni pernah juga mencuba sendiri, ikut resepi kat internet tu. Tapi hasilnya kurang memberangsangkan sebab main cuba2 jer. Dah belajar sendiri ni, dengan hands-on lagi, rasanya macam kacang jer...! Empat jenis tat yang kami buat semalam. Dan sudah tentulah kami pun belajar membuat crustnya sekali.



Ini ialah Tart Crust. Yang besar tu untuk Tat Telur dan yang kecil2 tu untuk tat yang lain2 (Cheese Tart, Choc Tart ataupun Fruit Tartlet). Untuk Tat Telur, kulitnya kena tebal sikit, kalau tak...bancuhan telurnya nanti akan meresap hingga ke luar kulit. Untuk tat lain, nak buat nipis sikit pun tak apa. Ada 2 kaedah untuk membuat kulit tat ini, samada menggunakan kaedah gaul dan ramas ataupun dengan cara pukul (samada guna mixer, whisk ataupun senduk kayu). Kalau guna kaedah gaul dan ramas, kulitnya akan menjadi sedikit rapuh...senang pecah. Selepas doh dah siap, ambil sedikit dan tekankan ke dalam acuan. Masa ini kena ikut naluri masing2 untuk menentukan ketebalan kulit tat tu. Kalau rajin...bolehlah dicanai doh tersebut mengikut ketebalan yang diingini dan dipotong dengan acuan berbentuk bulat sebelum dimasukkan ke dalam acuan tar. Selepas tu bolehlah dibakar sehingga masak & kekuning2an. Dah masak, sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuannya. Kulit tat ni boleh dibuat "in advanced"...simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam petiais. Nak guna nanti barulah dikeluarkan semula.


Ini ialah Blueberry Cheese Tart. Tengok tu...Cik Adik tu tengah mencorakkan tat tersebut. Bahan yang digunakan untuk mencorakkan tat ini pun ada rahsia tersendiri juga yang tidak saya ketahui sebelum ini.


Adik2 sedang mencedukkan adunan telur untuk Tat Telur. Cuba tengok Cikgu Nina tu...berdiri pun dah tak berapa nak larat, kena berpaut pada petiais...!

Yang bertudung hitam berbaju merah tu ialah Shima. Asal dari Johor, orang Permas Jaya je tapi menetap di Kulim, Kedah. Dia sedang bercuti, kira balik kampung laaaa...! Esok (Selasa) dah nak balik semula ke Kulim, Kedah. Jaaaaauuuuuuhhhhh ttttuuuuuu....! Dan hari ini (Isnin) dia belajar buat cupcake pulak dengan Nina. Rajinnya dia...!

Yang bertudung hijau tu pulak ialah Norsaadah, orang Kempas jer... Masih solo. Tinggal dengan keluarga. Ada sapa2 nak berkenalan? Dia dah pandai buat macam2 jenis tat, nanti boleh rasa air tangan dia...hehehe!


Tat Telur yang dah siap untuk dibakar...!


Dah masukkan Tat Telur ke dalam oven, buat Tat Buah pulak.

Ini buah2an yang kami gunakan. Strawberi, kiwi dan anggur hitam rangup...!


Saadah tengah mengacau adunan kastad untuk dikawankan dengan Tat Buah nanti. Kacau rata2 tau! Jangan sampai berketul2 pulak kastad tu nanti...!


Bila dah masukkan kastad ke dalam kulit tat, susun ler buah2 tadi mengikut kreativiti sendiri. Lepas tu dah boleh terus di-ngap...!


Akhir sekali ialah Tat Cokelat. Kepada penggemar cokelat, mesti akan menyukai tat ini sebab memang dipenuhi dengan adunan cokelat sahaja...


Kelas Nina sekarang ada CLASS gitu...sebab dah ada sijil. Kami bersama hasil tangan dan sijil masing2. Segan pulak saya sebab saya sorang je yang MUDA kat sini...hehehe! 


Abis sememeh Tat Cokelat saya. Cokelatnya belum berapa elok keras...tu yang mengalir keluar tu. Tempat letaknya masa dalam kereta tu tak rata pulak. Abis terkeluar cokelatnya...

Saya dah terror buat tat ni. Ada sapa2 nak order? Atau nak rasa air tangan saya??