Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari Sabtu lepas, saya ada menerima jemputan untuk ke Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Yassin di Jalan Selayang 15. Ingatkan siapa yang menjemput, rupa2nya sahabat lama semasa bekerja di Kiswire dulu. Beliau bekerja di Bahagian Finance tapi dah lama dah berhenti. Rasanya ada la 10 @ 11 tahun dulu. Sekarang ni beliau bekerja di salah satu syarikat di Pasir Gudang ni jugak.
Dah sampai ke rumah dia, barulah tahu tujuan sebenar majlis tersebut. Beliau akan mengerjakan umrah ke Tanah Suci. Berangkat pada hari ini, 1hb. Jun. Alhamdulillah...! Moga saya pun akan mengikut jejak langkah beliau tak lama lagi. InsyaAllah...! Moga diperkenankan olehNya.
Inilah tuan rumah...Kak Zaharah Hj. Din...
Didoakan moga Kak Zaharah akan selamat pergi dan selamat kembali... Dan moga dipermudahkan segala urusan...Amin!
Diantara tetamu yang hadir sedang membaca surah Yassin...
Orang lain membaca surah Yassin, saya pulak sibuk tangkap gambar curi2! Masa tu tengah 'cuti'...hehehe!
Cik Naja datang bersama anak daranya (tuding hitam). Yang bertudung putih tu pulak anak dara si Nora...
Ini juadah yang saya jamah selepas usai majlis...sekadar mengalas perut.
Saya bawak sebijik Kek Cokelat Kukus Lembab sebagai buah tangan...
Ada nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan sayur goreng...
Laksam pun ada...!
Masing2 sedang menjamu selera...!
3 Mak Dara Pingitan...Kak Jah, Shidah dan Zue...!
Ni Mama Vogue...Siti Hajar...! Dia yang gelarkan diri dia macam tu...hehehe!
Sambil makan, sambil berbual2...!
Alhamdulillah...abis dah bahagian saya!
2 comments:
salam ita, kak zaharah tu cam biasa nmpklah wajahnya.. tapi x ingat lah kat mana..
salam am.
dulu2 (sekitar tahun 1992-1994) dia kerja kat kiswire. lepas tu dia resign dan kerja kt tempat lain. kt p.gudang ni jugak. tp saya pun tak pasti kilang mana. masih di bhgn finance jugak...
entah2 am pernah bekerja dgn dia jugak...
Post a Comment