Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Penantian Satu Penyiksaan


Macam menanti buah yang gerenti tak akan gugur sebab tangkainya dah kena ikat kat dahannya. Macam mana buah tu nak gugur...kan? Samalah kes penantian saya ni. Katanya nak datang petang semalam. Tunggu punya tunggu tidak juga muncul2. Telefon pun tidak. SMS yang dihantar pun tidak berbalas. Ke manalah dia pergi agaknya. Tak apalah...ada halangan yang mendatang agaknya. Saya maafkan dia kerana membuatkan saya ternanti2...


 Kek Karamel Alunan Kasih ini sempat saya siapkan sebelum petang menjelang...

 Sepotong kek untuk dijamah...memang sedap! Lembab2...gebu2 gitu...tapi kena kurangkan kuantiti gula sikit sebab pada saya ianya agak manis.

Baru hilang 2 potong jer...

Juga ada muffin bluberi...siap melimpah-ruah filliingnya....

Tuesday, July 20, 2010

Tempahan Jumaat


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Ya Allah...dah lama rupanya saya tidak mengemaskinikan blog saya ni! Hampir seminggu lamanya. Allah huakbar! Nasib baiblah tidak bersawang rumah saya ni!

Alhamdulillah...kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk bersiaran. Kebelakangan ini agak sibuk sedikit dengan anak2 yang ada bermacam2 aktiviti sekolah, dengan hubby yang dah 2 minggu berterusan bekerja - tak kira hari Sabtu mahupun Ahad. Semuanya kerana ada projek "major overhaul" di kilang tempat hubby bekerja. Jadinya semua aktiviti anak2 terpaksa saya yang kelolakan selain daripada kesibukan di dapur dan menyiapkan tempahan2 yang diterima. Alhamdulillah...

Ini adalah tempahan2 yang saya siapkan untuk order hari Jumaat lepas. Tak menang tangan jugak sebab banyak order untuk hari itu. Walaupun kuantitinya tak berapa banyak tapi disebabkan saya ni belum pro lagi, makanya mengambil masa untuk menyiapkannya. Kalau yang dah pro tu, kacang jer.....!


Blueberry cheese tart sebanyak 50pcs, tempahan daripada Zairani. Hubby tolong bawakkan selepas solat Jumaat...


Chocolate chip muffin sebanyak 100pcs, tempahan dari Kak Nyah (Puan Mariam) untuk majlis pertunangan adik ipar anaknya. Muffin ni dipacking secara individu.

Hehehe...terbeli bekas yang besar sikit, tu yang tenggelam sikit muffin tu...


Yang di bawah ini pula ialah tempahan yang saya terima daripada Siti di Taman Rinting. Saya tak tahulah pulak siapa nama penuh Siti ni. Katanya semua tu nak dibawa balik ke Kota Tinggi, ada kenduri. Siti datang ke rumah saya pada sebelah malam sebab terpaksa tunggu suaminya balik dari outstation di Muar. Pagi Sabtu tu baru mereka bertolak balik ke Kota Tinggi.

Apam comel inti kaya. Kata Siti sebab nak dijamu pada orang2 tua yang berpankat nenek dan atok, itu yang dia minta buatkan inti kaya. Nak buat inti bluberi, takut nenek2 dan atok2 tu tak lalu nak makan pulak!

Kulit tart sebanyak 100pcs. Nak buat tat telur kata Siti...

Cream puff inti kastad jagung...

Blueberry cheese tart...

Pagi Isnin, 19/07/2010, saya terima SMS daripada Siti :
"Salam kak. Nak bgtau ni. Apam comel tu kejap je setel. Suma puji. Kesimpulannya tak sempat hidang kenduri dah dikendurikan dulu he2. Cistat pun sedap. Sayang nak makan. Tq akak."

Alhamdulillah!!!

Tuesday, June 15, 2010

Cheese Cake Dan Ole2 Balik Kampung



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Baru sempat nak kemaskini blog ini hari ini. Dan 4,5 hari tak mengemaskini rasanya. Sibuk sikit disamping kami pun baru balik dari kampung.

Hari Khamis lepas, saya buat Oreo Cheese Cake lagi tapi kali ini dengan sedikit kelainan. Kali ini saya buat Mix Berries Oreo Cheese Cake. Saya gunakan yougurt Mix Berries, itu yang namanya pun ada terselit mix berries jugak. Kali ini tak ada deco2. Loyang pun saya guna 7" je, itu yang tinggi sikit jadinya.


Blueberry Muffin...

Blueberry muffin  yang siap dimasukkan ke dalam bekas kedap udara, lebih kurang 60 biji... untuk dibawa balik ke kampung.

Dan saya juga buat 3 biji Brownies sebagai buah tangan unutk dibawa balik ke kampung. Kali ini saya pilih resepi Leen dan juga Chef Hanieliza. Cumanya, masa bawak balik ke kampung tu, saya tak letak toppingnya dulu. Senang sikit nak bawak balik. Saya bawak balik semua bahan untuk topping 3 biji brownies tu.


Tuesday, May 18, 2010

Muffin Dan Cheese Tart


Salam sejahtera untuk semua. Petang Khamis lepas saya menerima panggilan daripada bekas rakan sekerja. Beliau ingin membuat tempahan muffin sebanyak 100 biji. Tujuannya untuk disedekahkan ke masjid. Sebenarnya beliau telah berniat...sekiranya adik ipar beliau boleh melepasi tahap kritikal, beliau ingin bersedekah ke masjid. Ada cerita sedih yang beliau ceritakan kepada saya. Adik ipar beliau telah koma selepas melahirkan seorang puteri melalui kaedah pembedahan di sebuah hospital pakar di Alor Setar, Kedah. Setelah hospital pakar tersebut gagal untuk menangani masalah tersebut, adik ipar beliau telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Alhamdulillah, sekarang ini adik ipar beliau telah bertambah sihat, telah melepasi tahap kritikal dan sekarang telah dipindahkan ke wad biasa.


Muffin Blueberry dan Muffin Chocolate Chip...

Muffin Chocolate Chip...

Muffin Blueberry...

Inipun muffin blueberry jugak tetapi versi untuk makan sendiri...!

2 biji muffin dalam satu bekas...

Total ada 50 packs + extra 4 packs...!

Blueberry Cheese Tart lagi...!

Ready to deliver...

Tempahan Hari Jumaat


Basic Cheese Cake ini ditempah oleh Tini. Tini ingin mencuba, jadinya saya syorkan untuk beliau separuh adunan sahaja. Kek ini rendah sedikit berbanding dengan ketinggian asal kerana menggunakan separuh adunan sahaja.




Blueberry Muffin dan Choc Chip Muffin...


Blueberry Cheese Tart 50 pcs. Cheese tart dan muffin ini ditempah oleh kawan Ayong sempena majlis akad nikah kakaknya pada pagi Sabtu lepas.


Ready to deliver...!