Tuesday, June 22, 2010

Roti Dan Cistat


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada orang tergoda tengok gambar2 cistat saya. Akhirnya dia membuat pesanan. Nak 50 biji tapi kulit tat cuma ada kurang dari 30 biji. Selepas Maghrib, saya meneruskan projek membuat blueberry cistat. Bakar tart crust dulu. Buat sikit je adunan tapi dapat banyak jugak tart crust.

Dah siap dibakar...

Lain sikit pesen lorekan kali ini...


Sebelum memulakan projek cistat tu, saya dah perintahkan si BM untuk buat kerja sikit. Tak kan ler saya nak buat semua, kan? Penat ler...! Saya berikan si BM tu bahan2 yang diperlukan dan saya biarkan dia bekerja tanpa gangguan. Alhamdulillah, dia pun tidak mengganggu kerja2 saya.

Selepas isyak, hubby pergi bermain badminton di kilang. Saja2 nak memanaskan badan. Ahad ni ada pertandingan. Selepas balik dan membersihkan diri, hubby bancuh kopi se-mug. Dalam masa yang sama, saya memeriksa hasil kerja si BM. Isshhh, lain macam ajeeee...! Apa yang tak kena ni? Saya jenguk2 banyak kali tapi masih dalam keadaan dan paras rupa yang sama. 

"Issshhh...tak menjadi roti aku kali ini", kata saya dalam hati. Tak apalah...esok pagi makan roti perancis je. Bila BM dah bagi isyarat kerja2 dia dah selesai, saya bukak covernya. Memang macam tak jadi roti tu. Sepatutnya penuh tapi kenapa separuh tinggi je? Bila dah sejuk, saya angkat keluar loyangnya tu. Tunjuk pada hubby. Hubby picit2. "Eh, ok la ni. Mana ada keras. Elok lembut je...", kata hubby. Biar betul! Rasa pun rasa dan picit2 jugak. Betullah...memang lembut je! Maknanya roti tu memang menjadi!
Dalam pada saya masih sibuk dengan cistat tu, hubby cubit roti tu sikit demi sikit. Roti tu masih dalam loyangnya lagi. Selamba jer hubby mencubit sampai jadi macam ni......:-

My dear hubby punya kerja. Tangan leka mencubit roti, mata leka tengok bola...

Terkejut saya bila tengok baki roti tu. Cepat2 saya ambil dan keluarkan dari loyangnya. Tak sempat nak berposing dalam keadaan yang sempurna...!

Tinggal separuh. Memang lembut dan gebu...

Makan panas2 dengan air kopi memang sedap. Itulah yang hubby buat...!

6 comments:

yan said...

Kak Ita, crust tu akak pakai tangan je ke buat nya..Abis tu kalau ada order sampai beratus bijik, cam ne..

Pasal kitarang pun ada buat cookies yg gunakan crust macam cistat akak ni...

Azita Zain said...

yan :
ha'ah, crust tu buat sendiri, pakai tgn je. tekan satu2. crust tu boleh buat awal2. lps tu simpan dlm bekas kedap udara dan simpan dlm petiais.

yan said...

adoiii...mcm tak de cara lain ye kak...jenuh nak buatnya...

Azita Zain said...

yan : cara lain, wallahhualam...
tp kalu yan malas nk buat kulit tu, order jer ngan k.ita...hehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cictat tu makin mngancam nmpknya dari kelmarin.. tapi roti tu dah terancam.. kesiannnn... haha

Azita Zain said...

sari :
hehehe...mmg terancam!