Showing posts with label Alam Flora Fauna. Show all posts
Showing posts with label Alam Flora Fauna. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Kiriman Dari Terengganu

Allahhuakbar. Memang terharu sangat bila menerima kiriman dari seorang teman di Terengganu. Elok tersusun rapi benih2 tersebut. Dimasukkan ke dalam plastik kecil molek setiap satu. Siap dengan label. Senang nak pilih nak semai yang mana dulu. Banyak benih yang dikirimkan. In shaa Allah akan dimanfaatkan sepenuhnya. Walaupun tiada ruang tanah untuk berkebun, tanam dalam pasu pun boleh...
Terima kasih daun keladi kepada pengirim biji benih ini. Anda tahu siapa anda...hihihi.

Thursday, January 8, 2015

Hobi Baru

 28-09-2014 segalanya bermula...
Pergi ke nursery. Bercadang nak membeli tanah sahaja. Tapi ternampak la pulak bunga2 yang cantik. Di rumah cuma ada bunga2 kertas / bougenvilla je. Apa salahnya menambah koleksi bunga untuk menyerikan lagi halaman yang sekangkang kera...kan? Maka  terbelilah bunga Ros Jepun (RJ) berlapis dan juga Teronia ni. RJ saya beli 3 pasu kecil dengan warna2 yang berlainan. Manakala teronia saya beli 2 pasu, juga dengan warna yang berlainan.
Yang merah ni ialah bunga keembong. Rajin keembong ni berbunga. Lebat pulak tu bunganya.
RJ berlapis ada kaler pink, oren dan purple.
Nak panggil kaler apa ya teronia ni? Yang belakang tu warnya gelap...macam warna biji kundang. Yang depan ni kaler pink purple kot...hehehe...rabun warna.

Thursday, March 27, 2014

Hasil Tragedi Keembong

 Inilah hasil tragedi keembong dulu. Keembong ni dah berbunga. Cantik. Kaler merah. Keembong yang ini adalah keembong yang hubby beli di nursery depan Kipmart Masai tu. Yang dah "hidup segan mati tak mahu" tu. ALhamdulillah. Gemuk pokoknya sekarang.
 Kudup bunga keembong...
 Sedahan yang penuh dengan kudup yang bakal mekar tak lama lagi.
Manakala yang bawah ni ialah anak2 pokok bunga keembong yang kami ambil biji benihnya di rumah mertua adik di Felda Penggeli Timur tu. Alhamdulillah. Subur tumbuhnya. Tak tahu yang ni bunganya warna apa. Kalau tak silap hari tu ada 2 atau 3 warna yang berbeza. Tunggu dan lihat ajelah dulu. Dah berbunga nanti baru tahu bunganya warna apa.

Wednesday, May 18, 2011

Bunga Kari


Tengahari semalam, semasa nak mengangkat kain-baju daripada ampaian, tertoleh ke arah pokok kari yang di tanam di dalam pasu di bahagian depan rumah. Hari tu dah nampak benda-alah ni. Ingatkan nak keluar tunas2 baru. Tadi baru perasan yang benda-alah itu adalah bunganya. Pokok kari berbunga ke???





Ini jambak yang masih dalam bentuk kudup...



Ini yang dah kembang...



Bunganya berwarna putih dan pecah lima...



Tengahari semalam cuaca elok panas. Awan putih bergumpal2 di langit biru...



Sedikit maklumat tentang daun kari yang saya ambil dari sini :

Nama Tempatan : Kari
Nama Saintifik : Murraya Koenigii
Nama Lain : Karipulei, curry leaves
Famili : Rutaceae
Lokasi dijumpai : Diperkarangan rumah 

Keterangan :
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.
Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi : 
66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Kegunaan :
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu. 

Wednesday, October 20, 2010

Fenomena Apakah Ini???


Assalamualaikum untuk semua. Pagi tadi, semasa menghantar hubby ke pintu pagar untuk ke tempat kerja, hubby terlihat kewujudan sang mentari yang berwarna merah ini. SUBHANALLAH...!!! Cepat2 saya berlari mengambil si DC.


Warnanya yang kemerah2an mungkin disebakan oleh cuaca yang agak berjerubu atau berkabus. Tapi mustahil disebabkan oleh kabus kerana kalau dilindungi oleh kabus, cahayanya masih seperti asal dan bukannya kemerah2an. Pastinya disebabkan oleh jerubu yang rasanya terhasil daripada jerubu yang ditiup angin dari Indonesia yang mana perkara yang sama turut dilapurkan berlaku di Singapura. Pasir Gudang ni bukannya jauh sangat dari Singapura...berjiran je!




Hehehe...yang ini pulak tak ada kaitan dengan cuaca berjerubu ya! Sang Siput ni asyik sangat "mengulit" bunga kertas tu...



Tuesday, July 13, 2010

Kehijauan Juadah Berbuka


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Dah penat2 ni, nak layan minda dengan tumbuh2an hijau pulak. Sejukkkk sikit mata memandangnya...


Bunga rumput apa ntah kat depan rumah...

Ini bukan tumbuh2an hijau tapi juadah berbuka puasa semalam. Nasi goreng pattaya...

Bunga rumput yang dah kering...

Ni pulak bunga apa ya? Bulat2, gumuks2, gebus2.....!
Hehehe...juga juadah berbuka semalam...

Bunga rumput jugak...

Tuesday, July 6, 2010

Bila Bunga2 Berkembang...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari tu saya dah paparkan gambar2 bunga orkid yang terdapat di Bukit Layang2 sempena Karnival Hari Lanskap Negeri Johor. Kali ini pulak saya nak paparkan bunga2 lain yang terdapat di karnival tersebut. Jom kita layan jer gambar2 bunga di bawah ni....