Thursday, May 28, 2020

Riang Ria Aidil Fitri PKP

 

1 SYAWAL 1442H | AHAD | 25.05.2020

Selesai bersarapan, kami buat keputusan untuk bersesi foto di Taman Bukit Layang-Layang. Pergi dengan dua buah kereta. Sampai di sana, keadaan lengang. Tiada siapa di situ. Hanya ada dua orang pengawal keselamat di pondok yang bertugas. Kami diarahkan untuk mencatatkan nama dan suhu dalam buku yang disediakan. 

Kami menuju ke astaka utama. Tiada makhluk lain kecuali kami. Alhamdulillah. Masa tu rintik-rintik. Tak kisahlah, asalkan boleh berposing sakan. Macam2 aksi dan gaya yang keluar. Bawak DSLR dengan tripod. Senang nak berposing ramai2. Masing2 pun dengan HP sendiri juga untuk berposing.

Tuesday, May 26, 2020

1 Syawal 1442H - Raya PKP

1 SYAWAL 1442H | AHAD | 24.05.2020

Suasana Syawal yang sangat2 berbeza daripada yang sebelum2 ini. Sambutan 1 Syawal dalam suasana PKP. Terkurung sejak 18.03.2020. Segala2nya dilakukan dalan suasana PKP. Sekolah2 semua ditutup. IPTA, IPTS pun sama. Sektor swasta banyak yang mengamalkan kerja-dari-rumah. Tak kurang juga yang mengurangkan bilangan pekerja. Ada juga yang memotong gaji bulanan.

Alhamdulillah. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa bersebab. Tiada solat fardhu mahupun solat sunat di masjid2 ataupun surau. Allah gantikan dengan memberi peluang berjemaah bersama ahli keluarga di rumah sendiri. Anak2 lelaki dan para suami mengambil alih tugas sebagai imam.

Alhamdulillah, kami juga melakukan perkara yang sama. Berjemaah bersama2, terutamanya sepanjang bulan Ramadhan. Tiada solat sunat terawih di masjid, kami berjemaah di rumah. Awal Ramadhan, MyKanda yang menjadi imam. Selepas itu diambil alih oleh Adik. Seterusnya AbangNgah. Selepas AbangYang dapat balik, dia pula yang ambil alih tugas. Alhamdulillah.
Solat sunat Aidil Adha kami lakukan bersama2 di rumah. MyKanda berpeluang membacakan kutbah Aidil Fitri berpandukan teks yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Sambil2 tu, tokok tambah apa yang perlu. Tapi disebabkan oleh faktor kesihatan, MyKanda tak boleh berdiri semasa membacakan khutbah. Bertongkat pun tidak. Tak wajib.
Selesai solat, kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dulu. Hahaha...macam2 pesen deme adik-beradik ni kalau dah berkumpul. Tapi sumpah...bahagianya rasa bila tengok adik-beradik bergurau, usik-mengusik begitu. Semoga mereka tidak bercakaran hingga ke hujung nyawa mereka. Aamiin...
Juadah kami di pagi Syawal. Set ketupat, kuah kacang, serunding kelapa, ayam masak kicap, kuah lodeh, rendang daging ditempah daripada Asyifa' Catering.  Nasi impit segera tu rebus sendiri. Rendang ayam pun masak sendiri.
Set yang ini pula, juadah pemberian jiran selorong, Emy. Rendang udang galah yang susah nak dapat tu. Terima kasih Emy. Selamat hari raya, maaf zahir batin.


Monday, May 25, 2020

Akhir Ramadhan Dan Hadiah Hari Raya


Alhamdulillah. Hari terakhir Ramadhan. MyKanda dan ABangNgah balik bawak hadiah Hari Raya dari Kiswire. Macam tahaun2 lepas, produk Vantage. Kali ini set periuk tak lekat 2-dalam-1. Ada sign TokTi - Dato' Sri Siti Nurhaliza. Limited edition. 
Juadah akhir Ramadhan. Alhamdulillah. 


 

Friday, May 22, 2020

Hadiah Kuiz Dan Hafazan

 

28 RAMADHAN 1441H | 21.05.2020 | KHAMIS

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang2 dan semua peserta kuiz dan hafazan anjuran Helwa SNI. Terima kasih kepada penyelaras dan para juri kuiz dan hafazan. Tahniah kepada para pemenang dan semua peserta yang memberanikan diri untuk turut serta.

Pemenang2 kuiz...

Selesai majlis penyampaian hadiah, kami terus ke satu lagi majlis. Majlis penyerahan cenderahati kepada para peserta yang menyertai program bacaan Al-Quran Ramadhan. Cenderahati kali ini sangat unik dan kreatif. Terima kasih kepada Helwa SNI. Cenderahati ini tak pernah terfikir dek akal. :) 

Mula2 ada yang kata suruh bawak besen la, bawak kereta la... Masing2 tertanya2 apakah cenderahati tersebut. Kalau dah kena bawak besen, korang agak2 apa bendanya?

Akhirnya terjawab juga segala persoalan pagi tadi. Sebiji besen kecil. Di dalamnya ada seekor ayam frozen Peladang, sekampit nasi impit segera Faiza dan sebungkus fucuk suhun. Dalam pada ada yang suruh bawak besen tu, rupa2nya dapat besen pulak.

"Maka yang mana satu darpada nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
: Surah Ar-Rahman

 
Bonet penuh dengan cenderahati. Tolong ambilkan yang kawan2 punya, yang tak dapat nak hadir sendiri.
Hadiah yang diterima sebagai johan kuiz. Hamper berisi biskut2 raya. Raya ni dah tak perlu beli atau buat biskut dah. Alhamdulillah. Dan dapat juga sebiji bekas tupperware.

Thursday, May 21, 2020

Mensyukuri Dan Meraikan

20.05.2020 | RABU | 27 Ramadhan 1441H

Alhamdulillah. Mensyukuri dan meraikannya. 
YaAllah, jadikanlah anak2ku anak2 yang menyintai KalamMu Al-Quran YaAllah. Moga mereka menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka YaAllah...

Saturday, May 16, 2020

15.05.2020 - Agihan Jajan Raya Dan Hadiah Birthday


15.05.2020 | JUMAAT | 22 Ramadhan 1441H

Alhamdulillah. Satu lagi program anjuran Kelas Tadarus Dan Tadabbur (TDT) dibawah naungan Ustazah Hajjah Siti Maisarah. Program menyantuni semua ahli TDT di bulan Ramadhan yang mulia. Sedikit buah tangan kepada semua ahli. Pengagihan jajan raya disampaikan juga bersama dengan hadiah ulangtahun kelahiran bagi bulan April dan Mei, sumbangan kepada ibu2 tunggal dan sumbangan kepada anak2 istimewa.

Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan pengagihan kami.

Ada kuih raya, hadiah ulangtahun kelahiran, sumbangan keprluan kepada ibu tunggal dan duit raya untuk anak2 istimewa kepada ahli2 TDT.



Sunday, May 10, 2020

Hari Ibu

 

Tak bercadang pun nak sambut Hari ibu sebab setiap hari pun hari ibu. Hari-hari hari ibu. Kannnnn! Tapi anak-anak buat kejutan. Memang perasan hari Jumaat tu Ayong ada terima satu bungkusan. Dapat2 je bungkusan tu, dia terus bawak masuk ke dalam bilik bawah tu. SImpan dalam petiais kecik tu. Saya buat tak tau je sebab ingatkan dia order kek ataupun makanan yang perlu disimpan segera dalam petiais.

Selepas solat Isyak & terawih berjemaah dengan MyKanda dan anak2, duduk2 je depan tv tu. Telekung masih dibadan. Masa tu la anak2 bawak cistat ni keluar daripada bilik bawah tu. Kali ini kami cukup berenam. Cukup korum. Senang hati bila anak2 ada depan mata.

Alhamdulillah. Anak2 pun dah besar. Seorang perempuan dan 3 orang lelaki. Si bongsu pun dah Tingkatan 4. Emak pun dah semakin berusia. Tahun ni masuk 53 tahun dah umur mak. Kalau ikutkan, umur umat Nabi Muhammad saw ni, paling lama pun 63 tahun je. 

YaAllah, Engkau kasihanilah anak2ku YaAllah. Engkau lindungilah dan peliharalah mereka daripada segala kesesatan, musibah  dan bala bencana serta wabak yang sedang melanda YaAllah. Engkau ampunilah segala dosa mereka YaAllah. Jadikanlah mereka anak2 yang mendirikan solat YaAllah, jadikanlah mereka anak2 yang mencintai Al-Quran YaAllah. Jadikanlah mereka anak2 yang berjaya di dunia dan di akhirat YaAllah. Semoga mereka sentiasa bersyukur kepadaMu YaAllah. Engkau terimalah segala amalan solat mereka, puasa mereka, bacaan Al-Quran mereka, sedeqah jariah mereka dan segala amal ibadah yang telah mereka lakukan YaAllah. Andai kata ada kekurangan di dalam solat mereka, puasa mereka, bacaan Al-Quran mereka dan segala amalan mereka, Engkau tutupilah dengan rahmat dan kasih sayangMu YaAllah. YaAllah, Engkaulah yang Maha Pengasih, MAha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat YaAllah. Aamiin Allaumma Aamiin...

Juadah2 Berbuka Puasa Versi PKP

 
Juadah 2 Ramadhan

Juadah 3 Ramadhan


Juadah berbuka puasa paling istimewa pada 1hb Mei 2020, 8 Ramadhan 1441H. Special delivery by foods runner. 
Ada foods runner depan pagar. Hantar makanan katanya. Tanya Ayong, tak ada order apa2 katanya. Tanya AbangNgah pun sama juga. Tapi bila dia sebut nama dan alamat, memang nama saya dan alamat rumah kami. Saya pun terimalah seadanya.
Bila bukak bungkusannya, YaAllah...! Siap ada "nota cinta" lagi tu. Alhamdulillah. Rezeki berbuka puasa kami petang tu.

Jemput2 pisang & spagheti goreng - juadah berbuka 14 Ramadhan.

Time malas memasak atau kadang2 tak tau nak masak apa untuk berbuka, order je. Kali ini order KFC.  Satu set setiap orang. Tak perlu nak rebut2. :)  Masih berlima lagi...huhuhu. Juadah berbuka hari ke-15. Alhamdulillah.