Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Juadah Hari Ini...Pankek, Ayam Dan Udang


Alhamdulillah...hari ini mood untuk memasak seakan membara pulak. Walaupun dengan menu yang ringkas tapi berjaya menarik perhatian keluarga, terutamanya anak2, untuk makan.


 Pankek Gebu untuk sarapan pagi...dimakan bersama dengan madu. Ada juga yang disapu dengan mentega kacang. Kalau saya...cicah dengan Teh-0. Ikut selera masing...

 Ayam Goreng Berempah pulak salah satu daripada menu hidangan tengahari hari ini. Ayam diperap bersama dengan bahan2 kisar (bawang merah, bawang putih, halia), garam, serbuk kunyit dan serbuk kari ayam/daging selama 1 jam sebelum digoreng...

Satu lagi menu ialah Udang Pepper Kacang Panjang...


Tuesday, March 1, 2011

Menu Terkumpul...Boleh Ke?


Malam ni saya nak update sikit pasal makan2 ni. Ini semua adalah sebahagian daripada menu2 saya yang tertunggak untuk ditayangkan. Malam ni baru ada kelapangan sikit. So...jom kita tengok. Tengok aje tau...sekadar untuk menjamu mata. Jangan mintak2...dah tak ada benda2 ni semua...!


 Butterred Prawn...

Potato Salad...
18-02-2011


Ini sebenarnya saya ikut resepi Apam Snow White. Sepatutnya ianya berwarna putih jer...maklumlah...saljilah katakan! Tapi sebab nak menaikkan "seri"nya...buat warna-warni macam lampu isyarat ni. Berselera anak2 nak menjamahnya...
19-02-2011


Udang Masak Lemak...
21-02-2011

Fruit Tartlets
27-02-2011

Friday, July 23, 2010

Udang Black Pepper


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Makan...makan...makan! Anak2 saya memang suka makan terutama Abang Yang. Antara 4 beradik tu, dialah yang paling kuat makan. Kuat makan ke...? Eh...bukan kuat makan tapi asyik2 nak makan je. Makannya bukannya banyak mana pun tapi suka makan banyak2 kali. Lepas tu, dialah yang paling lambat habis makan. Kalau makan kat luar, orang lain dah basuh tangan, dah habis minuman tapi dia masih terkial2 lagi. Lagi satu...bila tanya nak makan apa, dia susah sangat nak buat keputusan.


Kat rumah pun sama juga. Kadang2 benda yang kita tak masak itulah yang dia nak. Anak2 yang lain, sebelah malam jarang dah nak makan. Tapi tidak untuk Abang Yang! Dia mesti nak makan jugak. Kadang2 cukup sekadar nasi + kicap + telur dadar. Telur tu dia goreng sendirik. Issshhh...macam2 pe'el anak2 ni. Nasib baiklah anak cuma 4 orang....


Udang memang kegemaran Ayong, Abang Yang dan Adik. Udang Black Pepper ni saya masak untuk makan tengahari tadi. Abang Ngah dan hubby tak makan udang. Tapi...tadi Abang Yang tak makan nasi pulak! Udang ni pun dia belum makan. Ayong aje yang banyak makan udang ni tadi. Adik belum lagi sebab belum balik dari sekolah. Kalau Adik makan udang ni, mesti ada orang kena tolong kopekkan kulitnya. Tunggulah dia balik nanti. Siapa yang akan jadi mangsa Adik kali ini.....

Tuesday, June 1, 2010

Menjamu Selera


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Selamat melangkah ke bulan Jun 2010. Dah 1hb. Jun hari ini. Dah masuk bulan ke6 kita di tahun 2010. Semakin mengakhiri setengah tahun pertama untuk tahun 2010. Bulan Jun ni ada beberapa tarikh penting yang HARUS saya ingati. Yang pertama ialah Seminar IQ Pintar untuk Ayong dan Abang Ngah pada 5hb dan 6hb Jun nanti, di TS Hotel, Taman Scientex. Lepas tu diikuti pula oleh hari ulangtahun kelahiran Ayong, hubby dan juga saya. Ketiga2 kami menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan Jun. Lepas tu ada 5 undangan ke majlis perkahwinan pada hujung minggu sepanjang cuti sekolah. Dan perancangan awal juga, kami nak balik ke Perak dalam cuti sekolah ni tapi tak tau lagi bila tarikhnya.

Ini pulak cerita makan yang lepas2. Tak sempat nak update. Sibuk dan tak sihat...


Udang Butter...juadah makan tengahari hari Sabtu lepas.

Kari Kepala Ikan Tongkol...juga juadah makan tengahari Sabtu lepas...

Mee Limpah Udang...teringin nak makan mee segera tapi saya tidak gunakan perencah yang disediakan. Buat resepi sendiri...melimpah-ruah dengan udang...! Mee ini saya makan malam Khamis lepas...


Masalodeh ataupun Vadei ni pun tiba2 rasa teringin nak makan. Ada sepekat kacang dal, rendam sejam, keringkan dan kisar. Campurkan dengan bahan2 lain. Kepal2 dan terus goreng. Sedap dimakan panas2...! Juadah minum petang hari Jumaat lepas...