Inilah juadah minum petang kami semalam. Saya beroperasi di dapur bersama dengan Abang Ngah. Saya bakar roti gunakan dapur gas aje. Letakkan jaring atas tungku, sapu roti dengan marjerin sikit, letak atas jaring tu dan bakar. Saya bakar 3 keping roti. Lepas tu saya sapu dengan seri kaya je. Abang Ngah pulak tak bakar tapi goreng (goreng ke bakar ya?) menggunakan non-stick pan. Dia lapiskan 2 keping roti dan letak slice cheese diantara 2 keping roti tu dan goreng atas kuali tadi. Dia buat 2 set (4 keping roti). Lepas tu saya buat air oren laici sebagai minuman instead of air teh ke air kopi ke... Apa2 je la asalkan boleh mengalas perut. Jom!
Roti bakar seri kaya...
Roti bakar berkeju...
Air oren laici...
No comments:
Post a Comment