Wednesday, January 13, 2010

Ikan Bakar Tomyam

Updated :
Sesiapa yang nak resepi ikan bakar ni, silalah ke sini ya...! Selamat mencuba!




Lauk untuk makan tengahari ini. Ikan Bakar Tomyam.... Resepinya nanti2lah dulu ya! Penyediaannya memang senang dan ringkas. Nak bungkus dengan daun pisang dulu pun boleh juga, lagi harum baunya nanti. Tapi saya cuma bungkus dengan aluminium foil je, lepas tu bakar dalam oven pada suhu 200 degree selama 30 minit. Bila bukak aje bungkusannyaa....fullamak!!!! Sedapnya bau! Saya gunakan 3 ekor ikan kerisi je sebab ikan itu je yang ada dalam petiais. Nak guna ikan apa2 pun rasanya tak ada masalah. Bergantung kepada selera dan citarasa masing2. 3 ekor ni cukup2 seekor sorang untuk anak2 yang balik dari sekolah tengahari nanti. Biarlah anak2 yang makan, emak abah tak payah tak apa. Tapi apa2 pun saya dah rasa kuahnya tadi. Memang sedap!!


4 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Ita, he he he..best gak ni sesekali ubah selera ikan bakar...Biasa klu bakar ikan saya balut ngan daun pisang then baru alum foil..

Pasal saya selalunya bakar direct kat atas dapur gas (blm ada aven)...Agak² boleh dapat hasil yang lembap² cam akak tu tak yaaa...?

Azita said...

Salam Sue,
Kalau nak sedap balut dulu dgn daun pisang. Tapi akak malas nak ke belakang ambil daun pisang. Itu yg balut dgn foil jer. Nak bakar atas dapur gas direct pun boleh, nak bakar atas kuali leper pun boleh jugak. Hasilnya tetap lembab dan basah2 sbb nanti ikan tu akan mengeluarkan air. Sedap kuahnya!!!

Yanti Arshad said...

ita,

tqvm. nak juga try satu ari nanti. ini resipi baru sebab slalunya saya buat ikan bakar biasa jer.

check kat sini. http://meethechef.blogspot.com/2010/01/ikan-kembung-bakar.html

Azita said...

Yanti,
Ikan bakar ni ada banyak versi. Buat le versi yg mana pun asalkan kena dgn selera kita, mesti sedap punya! Cuba jgn x cuba....