Monday, January 25, 2010

Puding Roti Lagi...

Salam sejahtera untuk semua. Alkisahnya pasal berkabung ni. Malam semalam hubby sibuk2 suruh saya jahitkan @ letakkan kain @ reben putih pada songkok anak2. Saya tak pasti ukurannya berapa inci, jadinya saya pun bertanya pada hubby. Katanya 3". Saya pun keluarkanlah kain putih dan jahitkan pada kedua2 tepinya. Lepas tu gosokkan dan potong ikut panjang ukurlilit setiap songkok. Ada 4 biji songkok termasuk hubby punya. Dah siap temukan kedua2 hujung danjahitkan, serahkan pada hubby untuk dimasukkan ke songkok. Siap....! Pagi tadi anak2 ke sekolah memakai songkok dengan lilitan putih. Mula2 tu mereka rasa cuak juga, malu kalau2 murid2 lain tak pakai cam gitu. Tiba kat sekolah barulah masing2 senang hati sebab majoriti murid memakai songkok berlilit putih sebagai tanda berkabung di atas kemangkatan DYMM Sultan Iskandar, Sultan Johor...


Ok. Berbalik kepada tajuk entry untuk hari ini. Selepas Adik ke tadika, saya pergi ke kedai runcit berhampiran. Tujuan untuk membeli beras yang dah kehabisan stok disamping barang2 sampingan yang lain. Bawak RM60 je dalam dompet. Kira punya kira, jumlah yang kena bayar ialah RM59.00. Hmmm...adalah baki singgit lagi. Nasib baik cukup RM!!!

Sampai rumah, saya menyediakan bahan2 untuk dibuat Puding Roti. Saya suka buat Puding Roti ni sebab senang dan ringkas. Kalau ada apa2 majlis, selalu juga saya bawa Puding Roti ni...ramai peminat tau! Satu sebab saya masak Puding Roti ni hari ni ialah sebab nak memulangkan mangkuk jiran. Takkan le nak pulangkan kosong aje kan! Siap masukkan dalam oven untuk dibakar, barulah saya menyediakan menu untuk makan tengahari pulak. Sekadar nasi putih dan Daging Black Pepper je. Daging Black Pepper ni memang menjadi kegemaran anak2. Ratah macam tu je...



Puding Roti...


Daging Black Pepper...