Saturday, January 30, 2010

Cerita Pasal Makan Lagi...

Salam petang Sabtu. Kejap je dah sampai hari Sabtu. Hari Sabtu pun dah tinggal 1/4 jer lagi. Esok dah hari Ahad. Esok ada jemputan ke rumah kawan Ayong, ada majlis makan2 sempena kawannya dapat tawaran ke SBP. Emak kawan Ayong tu juga adalah kenalan saya, seorang pendidik. Dulu mengajar di SMK Pasir Putih tapi dah berpindah ke SMK Kota Masai.

Berbalik kepada tajuk kat atas tu. Saja jer nak cerita pasal pankek kat bawah ni. Pankek ni sebenarnya petang semalam punya. Entah mimpi apalah Abang Ngah semalam. Dia ke dapur masa saya tengah mengadap lappy. Adik pulak tidur. Saya tercium bau macam kuali panas. Tanya dia buat apa kat dapur. Katanya masak pankek. Ikut resepi dalam buku katanya. Tak lama lepas tu dia bawak keluar satu pinggan yang berisi 2 keping pankek macam kat bawah ni. Siap hias dengan nenas potong dan madu lagi! Hmmm...sedap juga! Bila tanya apa bahannya, katanya cuma tepung + susu segar + gula sikit.

OK tak pankek hias nenas ni...?


Pagi tadi awal2 lagi saya dah ke Pasar Tani dengan hubby dan Adik. Bercadang nak mencari lauk dan sayur sebab stok dah abis. Hubby pulak kena pergi kerja lepas tu sebab ada mesin paling penting kat kilang tu breakdown pulak. Ikutkan Sabtu ni turn hubby tak kerja. Tapi demi tanggungjawab, pergi jugalah. Sampai sekarang ni belum balik lagi. Esok pun hubby kena kerja juga sebab schedule untuk siapkan mesin tu ialah 4 hari. Sedangkan esok ada Family Day di Taman Bukit Layang-Layang tu.

Pasal Putu Bambu ni pulak... Dah 3 minggu saya mencari putu bambu ni pasar malam kat taman ni tapi tak jumpa2. Akak yang jual putu bambu ni bercuti panjang sangat! ALhamdulillah...kat Pasar Tani tadi saya jumpa putu ni. Apa lagi....saya belilah RM2 untuk 8 ketul. Molek2 jer putunya. Hmmm...tertunailah sudah hajat dan keinginan dihati. Macam orang mengidam je...kan?

Putu Bambu Pasar Tani...


Yang kat bawah ni pulak ialah ubikayu goreng kunyit. Goreng petang tadi untuk minum petang dikawankan dengan nescafe gold tarik. Jemput makan dan minum!!!

Ubikayu Goreng Kunyit...

Nescafe Gold Tarik...

1 comment:

mummyseri said...

kak ita..rindu kite kt putu bambu muwo tu...