Tuesday, January 12, 2010

Penatnya Badan!

Salam sejahtera untuk semua. Adui...penatnya badan ni. Sabtu lepas, kami balik kampung ke Parit Ibrahim, kampung hubby. Hari Sabtu tu Ayong ada persembahan pancaragam di Gelang Patah. Tapi jam 2:00 petang dah sampai semula ke Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Dan petang Sabtu tu juga sebenarnya ada Program Akhwatul Muslimah TPP tapi sayangnya saya tak dapat turut serta sebab kami balik kampung menziarahi keluarga mertua saya.

Semalam satu hari saya mengadap mesin basuh. Biasalah, kalau dah bali kampung, kain-baju yang kotor mesti banyak dibawak balik. Tak sempat nak membasuh masa kat kampung. Kain-baju tu pulak kena asing2kan mengikut kategori sebab kain-baju hero2 tu yang paling kotor. Mereka main lanyak je masa kat kampung. Main tak kira tempat dan waktu. Kebun main redah jer. Kawasan ampaian pun bukannya besar sangat. Kena tunggu yang diampai awal2 tu kering dan diangkat baru ampai yang lain. Tak cukup dengan ampaian, pagar pun jadi mangsa gak. Biasalahkan.....

Habis kerja menyidai, kena pulak melipat. Part ini yang paling malas ni tapi kena merajinkan diri sebab kain-baju dan berbakul2. Bukannya setakat sebakul jer! Akhirnya, dah jam 11:30 malam baru siap melipat dan menggosok. Adui...penatnya!!! Lepas tu...zzzzzzzzzzzzzz.....sampailah subuh tadi.


No comments: