Wednesday, January 27, 2010

Dah Pindah!!!!

Salam sejahtera untuk semua. Tak ada cerita yang menarik sangat untuk dikongsi. Sekadar nak cerita pasal pergi membayar bil2 tadi. Tengahari tadi hubby balik rumah, ajak saya pergi membayar bil2 yang belum berbayar - bil elekterik, air, telefon, streamyx dan juga cukai harta. Mula2 kami ke TMPoint untuk bayar bil elektrik, air, telefon dan streamyx. Dah tertunggak bil2 tu sebab bulan lepas tak pergi bayar. Berapa jumlah 4 bil tertunggak tadi? RM592.65.

Selepas tu kami ke Pusat Bandar pulak untuk ke PBT bagi membayar cukai harta. Kereta kami parking kat tingkat bawah berhampiran dengan UO tu. Kami pun menapak le ke tingkat paling atas, tingkat 4 rasanya, dan terus menuju ke pejabat PBT tu. Nampak gelap je. Bila kami menghampiri pintu masuk yang jenis berpusing tu, kami nampak satu notis ditampal disitu.

"MULAI 25HB JANUARI, SEMUA URUSAN BERKAITAN DENGAN PEMBAYARAN DI KAUNTER TELAH DIPINDAHKAN KE ARAS SATU, MENARA AQABAH"

Lebih kurang macam gitulah bunyi notis tu. Aduiiiii....penat memanjat tangga belum habis, kenu turun semula!!! Nak buat macamana...kami ke Menara Aqabah juga akhirnya. Nasib baik kaunter2 tu cuma di tingkat paling bawah. Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, sempat juga saya snap gambar kat area kaunter tu menggunakan telefon bimbit je. Takut2 juga nak snap, takut kena marah...



Kaunter 1 hingga 3...


Kaunter 4 hingga 7...


Kerusi2 di ruang menunggu...empuk!!!!


2 comments:

Azie said...

kak ita....baru2 mmg kusi empuk hiihihhiihhii...besttnyer dlm rileks kat situ empokk looo...nyaman jer hihihihihi

ita cutevirus said...

salam kak ita...

eheheheh... name kite same la kak. saya Azyta.. akak, Azita.. huhuhuhu... 1st time terjah blog akak nie...

jom terjah blog saya plak