Monday, January 4, 2010

Puzzle Lagi!



Sekarang ni macam dah addict dengan puzzle pulak. Ari tu beli lagi puzzle 1000 keping ni. Tapi kali ini Ayong dan Abang Ngah tak berminat sebab kualiti puzzle kali ni tak berapa bagus berbanding dengan puzzle yang lepas. Kertasnya nipis sikit so susah nak cantumkan. Kali ini hubby, Abang Yang dan saya yang terpaksa berusaha gigih nak menyiapkannya. Pagi semalam (Ahad), kami bekerjasama untuk menyudahkannya. Nasib baik kat rumah ada satu meja kopi kaca. So susunan abjad dibelakang puzzle tu dapat dilihat jelas. Terpaksalah Abang Yang berbaring di bawah meja untuk melihat susunan puzzle yang hubby dan saya buat samada betul ataupun tidak. Akhirnya, kami berjaya menyiapkan puzzle tu pagi semalam. Puzzle yang sebelum ni hubby dan hantar gi frame dan dah gantung pun kat dinding. Yang ni pulak tunggu turn bila nak hantar ke kedai untuk diframekan... Apa yang penting??? Kerjasama....!!!!


No comments: