Tengahari tadi saya pergi menjemput 2 orang hero saya balik dari sekolah. Abang Yang abis jam 1:00 tengahari dan Abang Ngah pulak jam 1:05 tengahari. Jam 1:00 tengahari saya dah sampai kat depan sekolah tu. Sebenarnya memang bukan rutin saya untuk menjemput mereka. Selalunya mereka balik berjalan kaki sahaja sebab jarak antara rumah dan sekolah tidaklah sejauh mana...dekat je. Tapi memandangkan hari ni cuaca agak terik tadi, saya pun pergilah menjemput mereka. Biasalah anak2 ni, bukannya mereka terus menaiki van ataupun kenderaan ibubapa mereka yang menanti, sebaliknya entah ke mana2 dulu. Sementara menunggu mereka menampakkan batang hidung, mata ni melilau ke sekeliling memerhatikan gelagat2 murid2, ibubapa dan juga pemandu2 van.
Dalam lagut2 melihat sekeliling, terpandangkan bangunan Tadika Kemas ni. Keseluruhan dinding luar telah dilukis dengan karektor2 kartun dan dicat dengan berbagai warna. Bangunannya jadi berseri2 dari jauh. Yalah...nak bagi murid2 ceria bila ke tadika. Persoalannya sekarang ialah.... KALAULAH rumah kita, kita cat dan lukiskan dengan sedemikian rupa, adakah orang akan mengatakan bahawa rumah kita itu merupakan sebuah tadika juga????
Bangunan Tadika Kemas
Diantara aksi2 dan gelagat2 murid yang sempat saya rakamkan dengan menggunakan telefon bimbit saya (sebab tak bawak DC...) :
Ada Sang Kancil sedang terbuka bonetnya sambil mempamerkan isi perutnya (hehehe...akak tu buat part time berniaga jajan untuk budak2 tu...).
Satu lagi Sang Kancil..... (yang pakai baju pengakap yang tak bertopi tu ialah anak saya...issshhhh... dia pun melanggan jugak rupanya!).
Dan ini seekor lagi Sang Kancil.....
Ini pulak situasi di pintu keluar sekolah menengah bersebelahan...
Pening kepala memerhati setiap murid yang keluar...mana satu Muhammad Azhari ni?
5 comments:
Seronok juge tengok budak² sek duk hurung kancil tu...Pssttt..Ank akak perasan tak tu akak duk terjah dia?
yg berniaga part time aka kecil2an tu sume dok pakai kancil je erk...pandai cari peluang dan rezeki...bagus tu...
Sue :
Dia tak perasan akak ada kat situ sbb slalu tu tak pergi jemput dia. Hari ni pulak "terbuka hati" nak gi jemput dia...
Fiza :
Lepas ni boleh le Fiza ikut style mereka tu. uat kuih, kek, tart, dll byk2, lepas tu gi tunggu depan2 sekolah ke, kilang2 ker....hehehe
Salam azita..dulu kamu belajar kat mana? tentu best kan gi jejauh..dapat jejalan.
kak ina,
saya dulu ikut "look east policy"...saya ke korea selatan, ke seoul. best? mmg best! pengalaman baru...
Post a Comment