Wednesday, January 26, 2011

Taklimat KSSR di SKTPP


Salam sejahtera untuk semua. Macam yang saya kata pada entri sebelum ini, ada taklimat pasal KSSR di SKTPP pada petang Jumaat lepas (21hb. Januari, 2011). Ibubapa2 dan penjaga2 pelajar Tahun 1 dijemput hadir ke taklimat tersebut. Taklimat tersebut menerangkan dan merungkaikan apakah yang dikatakan KSSR ini. Juga menerangkan tentang perincian bagaimana pentaksiran murid dibuat.

Apakah KSSR? KSSR ialah singkatan bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pada tahun 1983, ianya diperkenalkan sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Manakala pada tahun2 sebelumnya ianya lebih dikenali sebagai KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah). Pada tahun 1993, ianya dikenali pula sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR juga...). Pada tahun 2003, KSBR telah dibuat semakan. Dan pada tahun ini, tahun 2011, KSSR pula diperkenalkan.


Kenapa dikenali sebagai Standard?
1. Untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan
2. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
3. Mengenalpasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
4. Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran
5. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Menurut kata guru yang bertanggungjawab, setiap subjek akan ditaksirkan oleh guru2 subjek tersebut. Pentaksiran guru2 tersebut akan direkodkan dan segala bukti akan disimpan di dalam satu fail khas untuk setiap pelajar. Kalau pelajar tersebut berpindah ke sekolah lain, fail tersebut akan dibawa bersama ke penempatan baru. Taksiran2 tersebut akan digunakan untuk penilaian terakhir semasa UPSR nanti. Pada Tahun 6, 40% daripada markah penilaian akan diambil daripada pentaksiran sekolah ini dan 60% pula ialah daripada peperiksaan UPSR itu sendiri.

Itu adalah kefahaman saya. Sebenarnya banyak lagi yang guru tersebut terangkan tapi tak larat nak menulis panjang2. Kalau nak dapatkan maklumat lanjut, hubungilah guru2 kelas anak kita ataupun guru2 yang bertanggungjawab di sekolah masing2.




Semasa menghadiri taklimat tersebut, saya duduk di barisan kedua daripada depan. Senang nampak apa slide yang ditayangkan. Kalau nak salin satu persatu memang payah, itu sebab saya snap semua slide yang ditunjukkan. Salah satunya ialah yang di atas tu...

Meruju kepada gambar di atas, menurut kata guru bertugas, sekiranya seorang murid Tahun 6 yang tidak melepasi standard minimum yang ditetapkan, seseorang itu kena mengulang Tahun 6 sekali lagi. Bermaksud...2 tahun berada di Tahun 6.


Dan bermula tahun ini, murid2 Tahun 1 akan ditaksirkan berpandukan BAND. Untuk Tahap 1 (murid Tahun1,2 dan 3), ditaksirkan dari Band 1 hingga Band 4. Dan Tahap 2 (murid Tahun 4,5 dan 6) pula ditaksirkan dari Band 5 hingga Band 6. Seboleh2nya, dapatkan Band tertinggi pada setiap tahun. Dengan ini, di akhir Tahun 6 nanti akan dapatlah markah 40% tadi tu.



Pada sesi soal-jawab di akhir taklimat tu, saya turut bertanya kepada guru bertugas...
"Apa akan terjadi sekiranya anak kita tidak sampai kepada Band 4 (untuk kes Tahap 1) pada satu2 tahun tersebut?"

Menurut kata guru tersebut, tiada apa2 akan berlaku. Cumanya, bermakna anak kita cuma capai tahap itu sahajalah. Dan dah tentunya anak kita perlu berusaha lebih lagi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Dan guru2 juga akan turut berusaha untuk menaikkan Band murid tersebut. Tapi bukan sebarang2 boleh diubah2 band tersebut! Ianya perlu disertakan dengan instrumen2 dan bukti2 yang nyata...
Wallahhualam...

2 comments:

Ummi Hajjah said...

Macam tu ibu bapa tak boleh serah semua tugas mendidik pada cikgu aje...Kenalah kita rajin2 menapak ke sekolah yang jauhnya agak dekat tu ye Ta....Akak sendiri dgn rendah hatinya minta cikgu Tadika Ikhwan ajar akak kaedah AlBarqy bila buku tu diperolehi..(tunggu taklimat bulan 2)..... Baru 2 minggu aje Ikhwan dah mula boleh membaca..dan mengenal huruf berbaris....Seronok rasanya kerana dia bermula dgn Alquran. Alhamdulillah...

Azita Zain said...

K.Izan :
tugas mendidik mmg bukan tugas 100%. yg pentingnya bermula dari rumah. kat sekolah tu cuma secara formalnya saja dan untuk memenuhi tuntutan dunia skrg yg perlukan kepandaian sebelum berjaya. kat rumah, pembelajaran lg menyeluruh.
adik pun alhamdulillah sebab dah boleh baca muqaddam, jawi pun dh lancar...