Saturday, January 8, 2011

Nasi Ayam Kismis


Salam sejahtera untuk semua...

Semalam hari Jumaat. Pagi2 dah hujan. Hujan rahmat di pagi Jumaat... Selepas Adik ke sekolah agama, saya memulakan projek untuk makan tengahari. Cadangnya nak masak nasi ayam bersama kawan2nya. Dalam kepala terbayangkan Nasi Ayam Kismis dan Ayam Sup Masak Madu. Sup memang dah wajib kalau makan nasi ayam...kan! Keluarkan ayam dari freezer, kena defrost dulu. Akan ambil masa lama gak ni. Sambil2 tu, sempat juga berFB dulu...hehehe.

Potong ayam kecik2 untuk dibuat sup. Yang agak besar2 sikit tu nak masak madu. Saya masak sup dulu. Saya masukkan potongan ayam yang agak besar2 tadi bersama ke dalam sup tu. Saya bubuh air lebih2 sebab nak gunakan air sup tu untuk masak nasi. Nanti rasa nasi tu lebih ummppp lagi...

10:45am Adik balik dari sekolah. Masa tu saya masih di dapur. Sup sedang mendidih. Nasi pun dah kering airnya cuma perlu dimasak dengan api yang kecil sehingga betul2 masak. Saya gunakan beras herba ponni. Sebelum ni saya masak guna rice cooker tapi bila masa nasi tu mendidih, habis terkeluar segala air didihannya tu. Setiap kali masak nasi mesti kena membersihkan periuknya. Akhirnya, saya gunakan cara tradisional jer...jerang nasi atas dapur gas (tradisional ker..???).

Since Adik dah balik, saya kena berhentikan semua tugas sebab nak hantar Adik pergi mengaji pulak. Adik mengaji ambil masa dalam 30 minit. Lama...kan??? Itu sebenarnya termasuklah masa untuk dia sembang2 dengan gurunya, sembang dengan kawannya, main2 lagi....! Satu jer peel Adik ni...kalau dia mengaji, saya tidak boleh berada di sisinya. Lagi banyaklah songehnya. Itu sebab saya tunggu dalam kereta je...

Dah balik dari mengaji, saya sambung semula projek memasak tu. Sempatlah sup dan nasi tu masak sempurna. Sedang saya memasak ayam sup masak madu tu, jam dah menunjukkan pukul 12:00 tengahari. Tibalah masa untuk saya menjemput Abang Ngah dan Abang Yang pulak. Tengahari semalam pun hujan juga. Kalau tak hujan, boleh juga anak2 saya tu balik berjalan kaki je. Bukannya jauh sangat rumah dengan sekolah tu...lebih kurang 0.5km jer.


 Nasi Ayam Kismis...

 Ayam Sup Masak Madu

Sup Ayam

Sedia untuk dimakan...!

Setelah mengharungi beberapa rintangan, akhirnya jadi juga Nasi Ayam Kismis, Ayam Sup Masak Madu dan juga Sup Ayam. Alhamdulillah....!


No comments: