Thursday, January 27, 2011

Majlis Yassin, Tahlil Dan Doa Selamat


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Lagi entri dalam kategori tertunggak jugak sebab majlis ini dah dilangsungkan pada hari Sabtu lepas. Cuma hari ini saja saya sempat nak bercerita. Ini pun curi2 masa terluang selepas Adik ke sekolah agama.

Hari Sabtu lepas (22hb Januari, 2011), satu majlis yassin, tahlil dan doa selamat telah pun selamat diadakan di rumah saya. Majlis itu adalah aktiviti bulanan bagi Kumpulan Yassin penduduk di Jalan Selayang 10, 12 dan 13. Majlis ini memang diadakan pada setiap bulan dan kebiasaannya pada hari Sabtu malam Ahad.


Surah2 Yassin yang telah disediakan...


kali ini saya tidak memasak sendiri. Sebaliknya saya membuat pesanan sahaja. Kali ini saya mencuba set nasi beriyani daripada Beriyani Idaman. Rasanya ramai yang dah tahu pasal Beriyani Idaman ni. Kedainya ada di Kebayan Taman Pasir Putih tu. Tuan punya Beriyani Idaman ni tinggal dekat aje dengan rumah saya.

Kalau ada aktiviti masak-memasak, ramai kawan2 yang akan datang menghulurkan bantuan. Orang Johor kata "rewang". Tapi kalau orang Perak, "rewang" tu bermaksud berjalan2 tanpa hala tuju ataupun melilau ke sana sini...

Rakan2 datang menolong apa yang patut pada sebelah petang. Kebiasaannya, waktu2 begini kami akan memotong dan menyusun kuih-muih, mengatur meja hidangan, membentang tikar2 serta menyediakan minuman. Tak lupa juga membungkuskan makanan untuk Pak Imam...


Pada malam tersebut, yassin dan tahlil telah sama2 kami sedekahkan kepada mereka2 yang telah pergi meninggalkan kami. Juga tidak lupa juga kepada semua saudara2 seIslam yang telah meninggal dunia. Moga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah...
Siapakah mereka di dalam senarai di atas???
1. Mohd Zain bin Chu - arwah ayah kesayangan saya
2. Haji Zakaria bin Itam Kassim - arwah atok saya sebelah emak
3. Chu in Kulop Abu Bakar - arwah atok saya sebelah arwah abah
4. Ahmad Rejo bin Jasoro - arwah atok suami sebelah abah
5. Haji Siraj bin Abdullah - arwah atok suami sebelah emak
6. Zamiri bin Ramli - arwah bapa saudara saya yang meninggal di HUKM hujung tahun lepas
7. Saaniah binti Sardi - arwah opah saya sebelah emak (isteri kepada arwah Hj. Zakaria)
8. Hajjah Khatijah binti Hj. Abd. Rahim - arwah nenek suami
9. Hajjah Sawinah binti Mustawi - arwah nenek suami


Tetamu sedang mendirikan solat Isyak...

Kat dalam rumah dah dipenuhi oleh jemaah, yang tak muat kat dalam terpaksalah bersolah di luar sahaja. Alhamdulillah...ramai jemaah malam tu. Anak2 pun turut menjemput rakan2 sekolah mereka.


Menu yang disediakan pada majlis tersebut ialah set nasi beriyani - ada nasi beriyani, ayam masak merah, dalca, jelatah dan juga papadom. Saya pulak masak Puding Roti (1 loyang), Kuih Bakar (1 loyang), Agar Karamel (4 loyang) dan buah2an 2 bakul...


Ini pulak ialah kuih-muih sumbangan rakan2 setaman. terima kasih untuk semua...!

Tetamu2 perempuan semuanya berkumpul di bahagian dalam rumah untuk menjamu selera...

No comments: