Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini dah masuk hari kedua persekolah bagi tahun 2011. Tahun ini Adik dah masuk Tahun 1. Walaupun umur Adik baru sahaja menjangkau 6 tahun 21 hari, tapi Adik dah masuk Tahun 1. Tunggu hujung tahun nanti barulah umur Adik genap 7 tahun.
Malam sebelum persekolahan bermula tu, masing2 sibuk memeriksa beg sekolah. Tengok2 alat2 tulis cukup ke tidak, buku dah habis disampul ke tidak, jadual dah ikut ke tidak (sekolah menengah dah dapat jadual semasa mendaftar ari tu...). Adik pun sama...sibuk dengan beg baru, kasut baru, baju baru...boleh dikatakan semuanya baru untuk dia. Memang teruja Adik nak ke sekolah.
Jom tengok keletah Adik dan anak2 yang baru memasuki alam persekolahan...
Hensem tak Adik???
Adik memulakan persekolah di sekolah agama pada sesi pagi. Kelasnya bermula jam 8:45 pagi dan berakhir pada 10:15 pagi. Hari pertama saya pergi hantar dia ke sekolah. Allahhuakbar...susahnya nak cari parking sebab masing2 menghantar anak2 ke sekolah. Maklumlah...hari pertama!!! Turun saja dari kereta, terus Adik pegang tangan saya. Agaknay sebab tengok persekitaran yang baru, jadinya dia rasa agak kurang selesa. Kami sama2 berjalan masuk ke kawasan sekolah. Masa tu dah ramai ibubapa yang hadir menghantar anak masing2.
Murid2 sedang diaturkan oleh guru2 bertugas untuk beratur mengikut kelas masing2...
Adik berada dalam Kelas 1 Ibn Khatir. Nasib baik ada rakan2 setadika dia dulu berada dalam kelas yang sama. Kiranya adalah geng nanti. Masa beratur tu, nampak ketara sangat saiz Adik yang agak besar berbanding dengan murid2 yang lain. Adalah 3,4 orang lain yang saiz lebih kurang Adik gak.
Keadaan dalam kelas...
Hari pertama ni bolehlah ibubapa ikut anak2 naik ke kelas tapi setakat di koridor sajalah. Adik duduk kat depan sekali. Guru kelas Adik ialah Ustazah Norli binti Ismail. Mula2 ustazah suruh murid2 bangun sebab ustazah nak check nama dulu. Manalah tau...kot2 ada yang tersalah kelas...!!! Bila semua dah beres, ibubapa yang teruja melihat anak masing2 pun bersurailah....
Habis cerita pasal sekolah agama, sekarang ni nak cerita pasal sekolah kebangsaan pulak... Jom layan...!
Adik ready to school...!!!
Setiap kali bergambar, tak tinggal peace sign tu...siap kenyit2 mata lagi!
Seronok tengok gelagat Adik nak ke sekolah. Tak sabar2 lagi dah...
Kami sampai ke sekolah sekitar jam 12:30 tengahari. Dah penuh gak parking. Nasib baiklah si Kancil tu sebijak tuannya. Menyelit kat celah2 ruang yang kecil pun tak ada masalah.
Hari pertama persekolah, ibubapa dibenarkan untuk menghatar anak2 sehingga ke dalam kawasan sekolah. Maka...penuhlah Anjung Warisan tu dengan murid2, ibubapa2 dan juga guru2. Murid2 di asingkan mengikut kelas yang dah ditentukan mengikut turutan semasa mendaftar dulu. Adik berada dalam Kelas 1A3. Semuanya ada 9 kelas untuk Tahun 1.
Adik semasa berada dalam barisan kelasnya dan semasa beratur untuk naik ke kelas...
Murid2 berhimpun di Anjung Warisan mengikut kelas masing2...
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat. Selepas tu ada penerangan ringkas mengenai disiplin di sekolah (untuk murid dan ibubapa) oleh Guru Disiplin. Dan juga ucapan alu2an daripada Puan Masrawati selaku Penyelia Petang dan juga oleh Encik Sa'ado Jufrin selaku Pengetua sekolah. Puan Masawati ni sebenarnya dulu ialah guru kelas Ayong semasa di Tingkatan 1 di SMK PG1. Beliau telah dinaikkan pangkat dan sekarang bertugas di SKTPP.
Berbagai2 gelagat murid Tahun 1 yang sempat dirakamkan. Ada yang mengantuk tersengguk2, ada yang asyik mengusik kawan, ada yang menumpukan penuh perhatian pada guru yang bercakap kat depan, ada yang menongkat dagu (sambil berkata di dalam hati...bilalah cikgu ni nak abis membebel...)...
Bergerak dalam barisan menuju ke pagar utama selepas menamatkan hari pertama di sekolah kebangsaan...
Murid2 diiringi oleh guru2 bertugas hingga ke pagar utama sebelum dilepaskan kepada ibubapa yang teruja menanti kepulangan anak masing2 (termasuklah saya....hehehe).
Sempat juga Adik bersiar2 di taman kat luar pagar tu. Akhirnya mengadu kepenatan dan mencari tempat untuk duduk. Tengok muka dia pun kesian rasanya. Memang muka kepenatan. Saya naikkan Adik ke van sebelum saya bertolak balik. Saya tunggu je Adik kat depan pagar rumah. Sampai2 jer terus terbaring....penat.
Sambil baring2 tu mulutnya tak henti2 menceritakan kisah di sekolah. Itu lah...ini lah... Tapi memang seonok dengar Adik pok pek tu...rasa terhibur pulak!
No comments:
Post a Comment