Bagi sesetengah orang yang PERCAYA...nombor 8 ni banyak ONG. Pada saya pulak, nombor mana2 pun sama. Bergantung pada situasi. Kalau dalam kelas, mesti nak dapatkan kedudukan dengan nombor2 yang KECIL. Tapi markah pulak, mesti nak nombor2 yang BESAR. Kalau yang bekerja, gaji pun nak yang BESAR jugak. Ada ke orang nak gaji KECIL? Tambah2 kalau dapat gaji 8 angka..jutawan den!!
Tapi saya sendiri pun SUKA nombor 8 ni sebab...
1. Adik-beradik saya semuanya 8 orang...6 lelaki dan 2 perempuan.
2. Nombor pendaftaran kereta saya dan hubby berakhir dengan nombor 8.
3. Hubby pun dilahirkan pada dua puluh 8 haribulan
TAPI...hari Selasa lepas...nombor 8 ni dah membuatkan saya hilang semangat. Membuatkan saya rasa teramat kecewa... YaAllah...kenapa la dapat 8..!!!
Kisahnya begini.......
Masa Adik masuk Tahun 1 ari tu, Adik ditempatkan di kelas 1A3. Penempatan ni mengikut turutan dalam senarai pendaftaran. Siapa yang daftar awal, dapatlah duduk di kelas paling atas. Selepas seminggu persekolahan, ada ujian diagnostik untuk pelajar2 Tahun 1 ni. Dah pesan dengan Adik supaya buat elok2, hati2 dan buat betul2.
Hari Selasa lepas, sebaik saja balik dari sekolah kebangsaan, Adik terus kata yang dia kena tukar kelas. Kena tukar ke kelas 1A8. Mula2 tu tak percaya jugak. Tapi lepas tengok buku pekelilingnya, ada tertampal jadual waktu untuk kelas 1A8. Maknanya memang betullah Adik akan ditempatkan di kelas tersebut. MasyaAllah....! Tengok aje jadual tu, saya terus termenung. Rasa down sangat...! Terfikir2...kenapa Adik boleh masuk kelas bawah? Apa yang dah Adik buat? Tak mungkin pulak Adik tak pandai 3M - menulis, membaca dan mengira! Impossible...! Tak mungkin! Kenapa???
Kebiasaannya, kelas atas2 tu yang bagus...1A1, 1A2, 1A3... Kalau dah masuk kelas 1A8, dah dekat nak kelas terakhir dah! Semuanya ada 9 kelas untuk Tahun 1.
Keesokan harinya, saya pun telefon GKP Petang, Puan Masrawati. Setelah dapat penerangan serba ringkas, lega sikit hati saya. Apa2pun, petang ini ada perjumpaan dengan ibubapa murid2 Tahun 1. Ada taklimat pasal KSSR. Nak dapatkan penjelasan lanjut nanti. Tungguuuu....!
8 comments:
ita pon suke no 8..
tak semestinya budak tu kat kelas 2nd last resut test die tak bagus...
sebabnyer cam kat skolah anak buah ita, die dah tak asingkan student pandai dan student tak pandai...
sebabnyer ade cikgu yang ngajar kelas ujung malas ngajar...
just concentrate kat kelas yg awal...
tak aci la kan...
sian budak² yg kelas ujung² tu...
Salam...alahai Ita...akak ada satu cerita...Anak akak yg sulung pernah berada di kelas paling akhir ketika darjah satu. Ditakdirkan Allah cikgu di kelas terakhir itu adalah cikgu yg terbaik yg sehingga kini akak rasa sangat disayangi oleh anak akak tadi.Sehingga hari ini setiap kejayaan anak akak akan akak kongsi bersama guru pertamanya itu...Dia menyayangi anak akak macam anak seniri kerana ditakdirkan Allah dia tak ada anak kandung...cuma anak2 tiri yg dibelanya kerana mereka kematian ibu. Hidup ni kena tenang2 aje...adik baru memulakan hidup..bukan begitu.Allah akan sentiasa beri yg terbaik mengikut aturannya.Insya Allah.
Dah tengok rahsian tarikh lahir..entah-entah no 8 juga....cubalaaa...mungkin dapat sesuatu yang bermanfaat...
dont worry ita..sebab anak akak dulu pun camtu..dia pulun habis-habisan dan akhirnya masuk ke kelas pertama.
ItaCute :
mmg cute...suka budak cute yg tersenyum bertudung tu!
betul kata ita tu. bermula tahun 2011 ni, semua sekolah gunakan KSSR. bila guna KSSR ni, pencapaian murid diukur dengan kaedah BAND. tiap muris ada fail peribadi sendiri. satu fail untuk Tahun 1 hingga Tahun 6. 40% akan ambil dr result BAND tu dan 60% drpd exam UPSR tu sendiri. so...kat kelas mana pun mereka, dh tak kisah. TAPI murid2 yg lemah, masih akan diasingkan dan akan ditempatkan ke LINUS ataupun PEMULIHAN...
panjangnya ya.....
Kak Izan :
betul tu. lepas dengar penerangan guru tadi, barulah lega rasanya. terungkai sudah segala kekusutan dihati. alhamdulillah...
Roslaini :
hehehe...mcm nujum mak belalang pulak.
Kak Ina :
alhamdulillah...kerisauan yg melanda dah pun reda dek penerangan oleh guru2. apa2pun, kelas 1A8 tu adalah salah satu kelas terbaik. alhamdulillah.
Post a Comment