Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini dah hari Isnin semula. Bagi yang bekerja, biasanya hari Isnin mereka panggil Monday Blues. Bagi anak2, minggu ni mereka seronok sakan sebab sekolah bercuti selama 9 hari. Tapi dalam cuti2 ni pun, seminar dan tuisyen tetap ada.
Pagi semalam, seawal jam 8:15 pagi, kami dah keluar dari rumah. Waktu hujan turun dengan agak lebat jugak. Destinasi pertama ialah menuju ke Pusat Tuisyen Wibawa. Ayong ada Bengkel Skor A SPM 2011. Bermula dari jam 9:00 pagi hingga 6:30 petang. Merangkumi 4 matapelajaran - Kimia, B.Melayu, Sejarah dan Matematik Tambahan.
Destinasi kedua pula ialah ke Kolej Komuniti Pasir Gudang, di Taman Scientex. Abang Yang pulak ada seminar Revolusi Minda anjuran Telaga Biru Training & Consultancy Sdn Bhd bermula jam 9:00 pagi hingga 5:30 petang. Program ini merangkumi 4 topik utama :
1. Teknik Menguasai Matematik
2. Teknik Menguasai B.Inggeris
3. Teknik Menguasai Sains UPSR
4. Math Magic! Gegar Mindamu
Topik 1 ~ 3 dikendalikan oleh guru pakar bidang berkenaan, manakala topi 4 pula dikendalikan oleh Cikgu Yaser.
Suasana di dalam dewan seminar selepas pendaftaran...
Peserta2 kemudiannya telah dibahagi kepada 2 kumpulan dan ditempatkan di dewan berasingan kerana satu dewan sahaja tidak cukup untuk menampung jumlah peserta yang ramai.
Selepas selesai urusan pendaftaran dan pembayaran, kami berempat meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Cuaca pulak asyik hujan je. Hubby terus memandu menuju ke Masai...terus belok ke Today...dan akhirnya belok ke McD kat depan Tesco Seri Alam tu. Laaaa....ke situ rupanya. Hehehe...nak mengisi perut dulu. Kami singgah sarapan kat situ...berempat beranak je.
Set sarapan pagi bersama kopi. Adik dan Abang Ngah pulak menambah order dengan aiskrim oreo pagi2 hari tu...
Destinasi seterusnya ialah ke Johor Bahru...ke City Plaza. Apa ada kat City Plaza hari minggu ni??? Banyak benda ada...terutamanya Cik CT Bang...! Biasanya berurusan kat situ memakan masa sekejap je. Bergantung kepada ramai ataupun tidak orang yang beratur kat depan mesin tu. Kalau line clear, kurang 3 minit dah selesai. Selesai urusan kat situ, kami bergerak menuju ke Permas Jaya pulak. Ada satu lagi Bang yang menanti...Hang Suka Beli Cili!!! Dari sana kami terus menuju ke highway JB-Pasir Gudang untuk balik ke P.Gudang.
Dari Permas Jaya nak ke highway tu, kami ikut jalan terdekat yang merentasi sungai dan terus ke Giant tu. Kat situ pun dah sangkut sebab banjir kat bawah jalan keretapi tu. Dah masuk highway lega sikit. Tapi kelegaan kami tidak berpanjangan rupanya. Bak kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...ku sangkakan jalan clear hingga ke Pasir Gudang, rupa2nya tersangkut kat Taman Rinting...!
Disebabkan air melimpah ke lebuhraya, banyak kenderaan ringan yang tidak berani untuk melaluinya. Akibatnya, jalan jammed. Kami tesangkut di kawasan Taman Rinting, dekat dengan susur keluar ke Masai tu. Kesesakan bukanlah berpunca daripada kemalangan. Sebaliknya berpunca daripada sikap pemandu yang tidak boleh bersabar menghadapi dugaan dan cabaran. Ada pemandu yang cuba menyeberang ke jalan sebelah yang menghala ke JB. Tapi mereka tidak tahu kemampuan kenderaan mereka untuk melintas pembahagi jalan tersebut. Akibatnya, banyak kenderaan yang tersangkut kat tengah2 pembahagi jalan tu. Kereta, lori dan tanker...bukan satu atau dua tapi lebih daripada 6 ataupun 7 buah!
Ada juga kenderaan pacuan 4 roda yang cuba menarik kereta2 yang tersangkut tu tapi tak berjaya. Ada juga lori besar yang berjaya menarik lori besar yang lain. Polis pun ada datang jugak tapi apa mereka boleh buat? Tengok ajelah...!!!!
Di susur ke Tesco dan Taman Rinting tu, lebuhraya dah dipenuhi oleh air. Kereta2 yang nak ke JB tak berani nak menempuhnya. Semuanya terhenti di situ. Patutle lebuhraya menghala ke JB tadi lengang aje...rupa2nya kereta semua berhenti kat situ!!! Kuil Hindu yang berada di tepi lebuhraya menghala ke JB tu pun dipenuhi dengan air.
Akhirnya...dengan berkat kesabaran kami mengharungi kesesakan tersebut, akhirnya kami selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah....! Sempatlah berehat sekejap sebelum saya bekejar semula ke Kolej Komuniti sekitar jam 4:30 petang.
Mengikut jadual program yang diberi, ada slot Halaqah Qalbu di mana ibubapa diminta untuk menyertai anak2 mereka. Tapi sayang seribu kali sayang....ibubapa tidak dapat menyertai slot ini sebab dewan dah dipenuhi dengan anak2. Anak2 dah dikumpulkan semua di dewan utama. Tak ada ruang untuk ibubapa menyelit. Saya pun hanya dapat tengok dari muka pintu je. Itupun menyelit2... Program yang sepatutnya berakhir jam 5:30 petang, hanya berakhir sekitar jam 6:15 petang.
Inilah yang dapat saya snap dari muka pintu tu. Ni dah nak habis dah....
Dari Kolej Komuniti ini, kami teus pulak ke Pusat Tuisyen Wibawa pulak. Ayong sepatutnya habis jam 6:30 petang. Bila saya telefon ke pusat tuisyen tu, katanya mungkin akan tamat sekitar 6:45 ~ 7:00 petang. Alang2 nak balik dan datang semula, kami singgah kat restoran sebelah pusat tuisyen tu untuk menjamu selera kejap. Mmmmm....makan lagi! Hujan2 ni...asyik nak makan jer!
Jam 7:05 malam, baru mereka selasai. Aduiiii...janji dengan Ustazah Azie, nak buatkan cistat dia ari ni. Mintak maaf bebanyak ye Azie...tak sempat la hari ni! Esok ek.....! Konpom....!
Sehingga kini...turun masih belum berhenti!!!!
No comments:
Post a Comment