Sunday, January 30, 2011

Diari Sabtu


29hb Januari 2011. Hari Sabtu. Seawal dinihari hari dah hujan. Berlanjutan hingga ke awal pagi...


MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PASIR PUTIH

Dah le malam tadi tidur lewat gara2 si Apam Comel Dot-Dot... pagi ini ada mesyuarat PIBG di SMK Pasir Putih. Tahun lepas hubby yang pergi. Hari ini hubby kena kerja walaupun bukan hari ini hari rehat hubby. Jadinya saya terpaksalah pergi ke mesyuarat tersebut. Selalunya kami tidak akan ketinggalan menyertai apa juga perjumpaan atau mesyuarat di sekolah anak2. Dengan cara ini kita dapat tahu perkembangan semasa anak2 dan juga perkembangan di sekolah anak2. Alhamdulillah, dapat paking sebelah dengan susur masuk. Tidaklah risau kalau hujan lebat pun.



Berjalan masuk ke kawasan sekolah bersama2 dengan ibubapa yang lain. Singgah di meja pendaftaran. Tulis nama dan nama anak. Tulis nama atas kertas untuk cabutan bertuah. Dapat pamplet untuk mesyuarat bersama lapuran kewangan. Kemudian berjalan masuk ke dewan. Saya suka duduk depan2 sebab boleh nampak dan dengar dengan jelas apa yang ditayangkan dan apa yang dijelaskan. Kalau duduk kat belakang2, nanti tengkuk jadi macam tengkuk zirafah...terintai2 apa yang ditayangkan di depan.

Majlis dimulakan sebaik sahaja tetamu jemputan sampai diiringi dengan paluan kompang. Pengetua dan YDP PIBG pun turut sama mengiringi beliau. Selepas tu barulah majlis dimulakan dengan bacaan doa. Diikuti oleh tayangan montage sekolah melalui projector yang dipancarkan ke skrin putih di atas pentas. Nasib baik duduk kat bahagian depan, nampak jelas segala yang ditayangkan.

Bacaan doa, ucapan oleh YDP PIBG, ucapan oleh Pengetua dan ucapan dan perasmian oleh wakil rasmi YDP MPPG...

 Selepas ucapan perasmian, wakil rasmi YDP MPPG menyampaikan cenderahati kepada AJK2 PIBG bagi sesi 2010/2011. Wakil rasmi pun dapat cenderahati jugak....

Selepas tu majlis berhenti rehat sekejap. Masa ni, ibubapa diberikan air mineral dah juga sarapan pagi berupa nasi lemak ayam goreng sebungkus seorang.

 Diantara ibubapa yang hadir yang sedang menjamu selera...

Pukul 11:00 pagi barulah Mesyuarat Agung PIBG bermula....

 Inilah barisan2 AJK PIBG bagi Sesi 2010/2011 yang lalu...

Lapuran aktiviti2 dilapurkan oleh Setiausaha dan lapuran kewangan pula dibentangkan oleh Bendahari. Sebarang soalan yang diajukan, dijawab oleh YDP serta dibantu oleh Pengetua, Setiausaha dan juga Bendahari...

Bila pemilihan AJK baru untuk Sesi 2011/2012 dibuat, saya telah dicalonkan untuk menjadi AJK wakil ibubapa... Tak suka tapi kena terima!


MAKAN-MAKAN DI MARRY BROWN

Balik dari mesyuarat, terus pergi hantar Ayong pulak ke Stadium Perbandaran Padir Gudang, ada latihan pancaragam. Lepas tu kami terus menjamu selera di Marry Brown, di Taman Air Biru. Masa tu dah pukul 2:00 petang. Masing2 dah kelaparan. Apa lagi...masing2 order ikut selera sendiri...

Set ayam goreng untuk Abang Yang, set Nasi Lemak untuk Abang Ngah, Bubur Nasi untuk hubby, set burger untuk Adik, Mee Kari untuk saya dan tukar air minum kepada root beer float. Hubby tambah ayam 2 ketul tapi Adik yang makan. Alhamdulillah...

Dah kenyang, terus balik ke rumah. Semalam pun hujan berterusan jugak. Dah hujan...cuaca sejuk jer. Memang sedap kalau beradu... Selesai kewajipan, masing2 merebahkan diri. Sedar2 dah 5:30pm. Hmmm... kena pergi jemput Ayong balik pulak.

Malam...sambung zzzzzzzzzzz....!

1 comment:

ecang said...

Assalamualaikum,terima kasih diucapkan kerana sudi menjamu selera di restoran kami.Alhamdulillah.