Seminggu dah pun berlalu. Dah nak habis hari Ahad pun. Esok anak2 akan mula bersekolah lagi. Dan satu hari ini cuaca pun tidak menentu. Sebelah pagi tadi ada la panas sekejap. Sempat jugaklah kain-baju semalam dan semalamnya kering. Kain-baju yang dibasuh hari ini tak sempat kering pun.
Dan mulai esok juga, Abang Yang (Tahun 6) dan Abang Ngah (Tingkatan 3) akan ada kelas tambahan sebelum dan selepas waktu persekolahan. Abang Yang ada Program Motivasi Pagi dari 7:00am hingga 7:20am. Dan selepas waktu persekolahan, ada juga kelas tambahan sehingga jam 2:00pm. Dan setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat, akan ada kelas tuisyen dari jam 8:00am hingga jam 12:00 tengahari.
Abang Ngah pulak, kelas tambahan akan bermula selepas waktu persekolahan hingga ke pukul 2:00pm juga. Nampaknya saya kena tukar alarm kat handphone tu. Selalu tu set ke 12:45 tengahari untuk jemput mereka berdua.
Alhamdulillah dan tahniah kepada pihak pengurusan sekolah kerana mengadakan kelas2 tambahan tersebut. Sekurang2nya boleh memupuk semangat mereka dan akan menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Zaman sekarang ni amat mementingkan pencapaian akademik. Jadinya anak2 terpaksa mengikut rentak arus zaman sekarang. Kesian juga mereka sebab asyik mengadap buku jer... Alangkah baiknya sekiranya ilmu2 tersebut boleh dimanfaatkan sebaik2nya.
Ok...kita tinggalkan cerita kelas anak2 tu sekejap. Ni nak tayang menu kami hari ini...
Benda alah ni lagi...tapi dengan versi yang sedikit berbeza. Kali ini saya gunakan roti putih. Boleh juga kalau nak guna roti burger ke, roti hotdog ke, roti sandwich biasa tu ke... Lepas tu saya dadar telur sebiji yan telah dicampurkan dengan seasoning pepper. Lepas tu lapis2kan saja dengan salad, hirisan tomato, hirisan timun dan juga sos cili. Untuk anak2 dan hubby, saya gunakan roti hotdog. Roti tu saya belah 2 (tak putus...), sapu sikit dengan mentega dan panaskan atas kuali hingga kekuningan permukaannya. Lepas tu dadar pulak telur. Semasa telur tu masih cair2 lagi, letakkan roti tersebut ke atas telur tu (permukaan yang kekuningan ke atas telur). Biarkan hingga telur masak. Angkat dan hiaslah mengikut kesukaan...
Ayam Bakar Berempah...
Tengahari tadi saya masak Nasi Mentega dan Ayam Bakar Berempah sebagai hidangan makan tengahari. Menu ringkas jer. Ayam tu diperpkan dalam 30 minit sebelum dibakar. Lebihan air perapan tu jangan dibuang. Sayang jer...! Masukkan air tu ke dalam kuali, tambahkan lagi airnya dan perisa2 yang kurang dan didihkan. Dah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung...untuk memekatkannya sedikit. Ini boleh digunakan sebagai gravy ayam bakar tu nanti...
Sosej Roll...
Selepas buat Crab Stik Roll hari tu, pastry tu ada lebih 2 keping je lagi. Sayang pulak. Semasa membakar ayam tadi, saya pun keluarkan sosej 2 batang dan pastry. Saya gulung2kan, gunting sikit kat atas pastry tu, sapu dengan telur dan tabur dengan bijan. Tunggu sehingga ayam siap dibakar baru saya masukkan Sosej Roll ni pulak.
2 comments:
Memang pun kelas tambahan dibuat selepas waktu sekolah kan.. I ni tgh pening dgn sekolah pasal buat kelas tambahan hari sabtu.. tiap minggu lak tu..
Yan :
utk sekolah kebangsaan tu, sebelah pagi pun ada. dari jam 7:00 sampai 7:20 je. lepas tu dari 1:00 thari ~ 1:40. solat zohor bejemaah dr 1:40 ~ 2:00pm.
hari sabtu kedua dan keempat pun ada jugak...
Post a Comment