Monday, January 31, 2011

Juadah Sarapan Pagi


Salam pagi Isnin untuk semua. Seperti dua hari yang lepas, hari ini hujan masih berterusan. Malam tadi sedap tidur...sejuk jer!

Pagi ini saya buat extra sarapan sebab anak2 ada kat rumah. Kena pulak hujan2 ni, mesti asyik lapar jer. Saya buat Puff Roll...ada sosej dan crab stick. Lepas tu buat jugak Roti Bakar Slice Cheese. Lepas ni nak meng"tat" pulak. Jom jamu mata ya...






Cerita Hari Ahad


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini dah hari Isnin semula. Bagi yang bekerja, biasanya hari Isnin mereka panggil Monday Blues. Bagi anak2, minggu ni mereka seronok sakan sebab sekolah bercuti selama 9 hari. Tapi dalam cuti2 ni pun, seminar dan tuisyen tetap ada.

Pagi semalam, seawal jam 8:15 pagi, kami dah keluar dari rumah. Waktu hujan turun dengan agak lebat jugak. Destinasi pertama ialah menuju ke Pusat Tuisyen Wibawa. Ayong ada Bengkel Skor A SPM 2011. Bermula dari jam 9:00 pagi hingga 6:30 petang. Merangkumi 4 matapelajaran - Kimia, B.Melayu, Sejarah dan Matematik Tambahan.

Destinasi kedua pula ialah ke Kolej Komuniti Pasir Gudang, di Taman Scientex. Abang Yang pulak ada seminar Revolusi Minda anjuran Telaga Biru Training & Consultancy Sdn Bhd bermula jam 9:00 pagi hingga 5:30 petang. Program ini merangkumi 4 topik utama :
1. Teknik Menguasai Matematik
2. Teknik Menguasai B.Inggeris
3. Teknik Menguasai Sains UPSR
4. Math Magic! Gegar Mindamu

Topik 1 ~ 3 dikendalikan oleh guru pakar bidang berkenaan, manakala topi 4 pula dikendalikan oleh Cikgu Yaser.

 Suasana di dalam dewan seminar selepas pendaftaran...
Peserta2 kemudiannya telah dibahagi kepada 2 kumpulan dan ditempatkan di dewan berasingan kerana satu dewan sahaja tidak cukup untuk menampung jumlah peserta yang ramai.

Selepas selesai urusan pendaftaran dan pembayaran, kami berempat meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Cuaca pulak asyik hujan je. Hubby terus memandu menuju ke Masai...terus belok ke Today...dan akhirnya belok ke McD kat depan Tesco Seri Alam tu. Laaaa....ke situ rupanya. Hehehe...nak mengisi perut dulu. Kami singgah sarapan kat situ...berempat beranak je.




Set sarapan pagi bersama kopi. Adik dan Abang Ngah pulak menambah order dengan aiskrim oreo pagi2 hari tu...

Destinasi seterusnya ialah ke Johor Bahru...ke City Plaza. Apa ada kat City Plaza hari minggu ni??? Banyak benda ada...terutamanya Cik CT Bang...! Biasanya berurusan kat situ memakan masa sekejap je. Bergantung kepada ramai ataupun tidak orang yang beratur kat depan mesin tu. Kalau line clear, kurang 3 minit dah selesai. Selesai urusan kat situ, kami bergerak menuju ke Permas Jaya pulak. Ada satu lagi Bang yang menanti...Hang Suka Beli Cili!!! Dari sana kami terus menuju ke highway JB-Pasir Gudang untuk balik ke P.Gudang. 

Dari Permas Jaya nak ke highway tu, kami ikut jalan terdekat yang merentasi sungai dan terus ke Giant tu. Kat situ pun dah sangkut sebab banjir kat bawah jalan keretapi tu. Dah masuk highway lega sikit. Tapi kelegaan kami tidak berpanjangan rupanya. Bak kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...ku sangkakan jalan clear hingga ke Pasir Gudang, rupa2nya tersangkut kat Taman Rinting...!



Disebabkan air melimpah ke lebuhraya, banyak kenderaan ringan yang tidak berani untuk melaluinya. Akibatnya, jalan jammed. Kami tesangkut di kawasan Taman Rinting, dekat dengan susur keluar ke Masai tu. Kesesakan bukanlah berpunca daripada kemalangan. Sebaliknya berpunca daripada sikap pemandu yang tidak boleh bersabar menghadapi dugaan dan cabaran. Ada pemandu yang cuba menyeberang ke jalan sebelah yang menghala ke JB. Tapi mereka tidak tahu kemampuan kenderaan mereka untuk melintas pembahagi jalan tersebut. Akibatnya, banyak kenderaan yang tersangkut kat tengah2 pembahagi jalan tu. Kereta, lori dan tanker...bukan satu atau dua tapi lebih daripada 6 ataupun 7 buah!

Ada juga kenderaan pacuan 4 roda yang cuba menarik kereta2 yang tersangkut tu tapi tak berjaya. Ada juga lori besar yang berjaya menarik lori besar yang lain. Polis pun ada datang jugak tapi apa mereka boleh buat? Tengok ajelah...!!!!

Di susur ke Tesco dan Taman Rinting tu, lebuhraya dah dipenuhi oleh air. Kereta2 yang nak ke JB tak berani nak menempuhnya. Semuanya terhenti di situ. Patutle lebuhraya menghala ke JB tadi lengang aje...rupa2nya kereta semua berhenti kat situ!!! Kuil Hindu yang berada di tepi lebuhraya menghala ke JB tu pun dipenuhi dengan air. 

Akhirnya...dengan berkat kesabaran kami mengharungi kesesakan tersebut, akhirnya kami selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah....! Sempatlah berehat sekejap sebelum saya bekejar semula ke Kolej Komuniti sekitar jam 4:30 petang.

Mengikut jadual program yang diberi, ada slot Halaqah Qalbu di mana ibubapa diminta untuk menyertai anak2 mereka. Tapi sayang seribu kali sayang....ibubapa tidak dapat menyertai slot ini sebab dewan dah dipenuhi dengan anak2. Anak2 dah dikumpulkan semua di dewan utama. Tak ada ruang untuk ibubapa menyelit. Saya pun hanya dapat tengok dari muka pintu je. Itupun menyelit2... Program yang sepatutnya berakhir jam 5:30 petang, hanya berakhir sekitar jam 6:15 petang.

Inilah yang dapat saya snap dari muka pintu tu. Ni dah nak habis dah....


Dari Kolej Komuniti ini, kami teus pulak ke Pusat Tuisyen Wibawa pulak. Ayong sepatutnya habis jam 6:30 petang. Bila saya telefon ke pusat tuisyen tu, katanya mungkin akan tamat sekitar 6:45 ~ 7:00 petang. Alang2 nak balik dan datang semula, kami singgah kat restoran sebelah pusat tuisyen tu untuk menjamu selera kejap. Mmmmm....makan lagi! Hujan2 ni...asyik nak makan jer!

Jam 7:05 malam, baru mereka selasai. Aduiiii...janji dengan Ustazah Azie, nak buatkan cistat dia ari ni. Mintak maaf bebanyak ye Azie...tak sempat la hari ni! Esok ek.....! Konpom....!

Sehingga kini...turun masih belum berhenti!!!!

Sunday, January 30, 2011

Diari Sabtu


29hb Januari 2011. Hari Sabtu. Seawal dinihari hari dah hujan. Berlanjutan hingga ke awal pagi...


MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PASIR PUTIH

Dah le malam tadi tidur lewat gara2 si Apam Comel Dot-Dot... pagi ini ada mesyuarat PIBG di SMK Pasir Putih. Tahun lepas hubby yang pergi. Hari ini hubby kena kerja walaupun bukan hari ini hari rehat hubby. Jadinya saya terpaksalah pergi ke mesyuarat tersebut. Selalunya kami tidak akan ketinggalan menyertai apa juga perjumpaan atau mesyuarat di sekolah anak2. Dengan cara ini kita dapat tahu perkembangan semasa anak2 dan juga perkembangan di sekolah anak2. Alhamdulillah, dapat paking sebelah dengan susur masuk. Tidaklah risau kalau hujan lebat pun.



Berjalan masuk ke kawasan sekolah bersama2 dengan ibubapa yang lain. Singgah di meja pendaftaran. Tulis nama dan nama anak. Tulis nama atas kertas untuk cabutan bertuah. Dapat pamplet untuk mesyuarat bersama lapuran kewangan. Kemudian berjalan masuk ke dewan. Saya suka duduk depan2 sebab boleh nampak dan dengar dengan jelas apa yang ditayangkan dan apa yang dijelaskan. Kalau duduk kat belakang2, nanti tengkuk jadi macam tengkuk zirafah...terintai2 apa yang ditayangkan di depan.

Majlis dimulakan sebaik sahaja tetamu jemputan sampai diiringi dengan paluan kompang. Pengetua dan YDP PIBG pun turut sama mengiringi beliau. Selepas tu barulah majlis dimulakan dengan bacaan doa. Diikuti oleh tayangan montage sekolah melalui projector yang dipancarkan ke skrin putih di atas pentas. Nasib baik duduk kat bahagian depan, nampak jelas segala yang ditayangkan.

Bacaan doa, ucapan oleh YDP PIBG, ucapan oleh Pengetua dan ucapan dan perasmian oleh wakil rasmi YDP MPPG...

 Selepas ucapan perasmian, wakil rasmi YDP MPPG menyampaikan cenderahati kepada AJK2 PIBG bagi sesi 2010/2011. Wakil rasmi pun dapat cenderahati jugak....

Selepas tu majlis berhenti rehat sekejap. Masa ni, ibubapa diberikan air mineral dah juga sarapan pagi berupa nasi lemak ayam goreng sebungkus seorang.

 Diantara ibubapa yang hadir yang sedang menjamu selera...

Pukul 11:00 pagi barulah Mesyuarat Agung PIBG bermula....

 Inilah barisan2 AJK PIBG bagi Sesi 2010/2011 yang lalu...

Lapuran aktiviti2 dilapurkan oleh Setiausaha dan lapuran kewangan pula dibentangkan oleh Bendahari. Sebarang soalan yang diajukan, dijawab oleh YDP serta dibantu oleh Pengetua, Setiausaha dan juga Bendahari...

Bila pemilihan AJK baru untuk Sesi 2011/2012 dibuat, saya telah dicalonkan untuk menjadi AJK wakil ibubapa... Tak suka tapi kena terima!


MAKAN-MAKAN DI MARRY BROWN

Balik dari mesyuarat, terus pergi hantar Ayong pulak ke Stadium Perbandaran Padir Gudang, ada latihan pancaragam. Lepas tu kami terus menjamu selera di Marry Brown, di Taman Air Biru. Masa tu dah pukul 2:00 petang. Masing2 dah kelaparan. Apa lagi...masing2 order ikut selera sendiri...

Set ayam goreng untuk Abang Yang, set Nasi Lemak untuk Abang Ngah, Bubur Nasi untuk hubby, set burger untuk Adik, Mee Kari untuk saya dan tukar air minum kepada root beer float. Hubby tambah ayam 2 ketul tapi Adik yang makan. Alhamdulillah...

Dah kenyang, terus balik ke rumah. Semalam pun hujan berterusan jugak. Dah hujan...cuaca sejuk jer. Memang sedap kalau beradu... Selesai kewajipan, masing2 merebahkan diri. Sedar2 dah 5:30pm. Hmmm... kena pergi jemput Ayong balik pulak.

Malam...sambung zzzzzzzzzzz....!

Pisang Nipah


Alhamdulillah...bermula dengan sebatang poko je dulu2, sekarang ni dah beranak-pinak kat belakang rumah uang seciput tu. Anak pisang nipah ni, atau lebih dikenali dengan nama pisang abu di Perak, saya bawak balik dari kampung hubby. Lama dah.....! Alhamdulillah...ramai dah yang merasa hasilnya. Saiz setiap biji tu...alhamdulillah...besar2 belaka.


 Inilah pokoknya tapi snap dari tingkat atas jer...dari bilik Ayong! Tu pasal nampak pucuk jer...hehehe

Masa majlis yassin ari tu, ada setandan buahnya yang dah cukup tua dan dah mula masak kat atas pokok. Petang tu tak sempat hubby nak menebangnya, pagi Ahad barulah hubby tebang. Alhamdulillah...dapatlah dalam 8 sisir. Masa saya memulangkan mangkuk dan meja pada pagi Isnin tu, saya sertakan bersama dengan pisang ni. Mangkuk dan meja tu tak dapat dipulangkan pada petang Ahad tu sebab tuan rumah tak ada di rumah masing2. 

Mana2 tuan rumah yang ada pada petang Ahad tu, saya isikan mangkuk2 mereka dengan Pusing Roti dan sedikit buah. Terima kasih kepada semua penyumbang juadah ye... 
Terima kasih daun keladi
Lain kali berilah lagi...


 Bila dah ada pisang nipah, saya asyik nak menggoreng jer... Saya memang suka pisang nipah goreng. Saya suka yang masih mengkal2 tu, tak suka pulak yang dah terlalu masak. Saya pun tak ingat yang ini kali ke berapa saya dah goreng...

Diminum bersama dengan Capuccino Shake...

Thursday, January 27, 2011

Majlis Yassin, Tahlil Dan Doa Selamat


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Lagi entri dalam kategori tertunggak jugak sebab majlis ini dah dilangsungkan pada hari Sabtu lepas. Cuma hari ini saja saya sempat nak bercerita. Ini pun curi2 masa terluang selepas Adik ke sekolah agama.

Hari Sabtu lepas (22hb Januari, 2011), satu majlis yassin, tahlil dan doa selamat telah pun selamat diadakan di rumah saya. Majlis itu adalah aktiviti bulanan bagi Kumpulan Yassin penduduk di Jalan Selayang 10, 12 dan 13. Majlis ini memang diadakan pada setiap bulan dan kebiasaannya pada hari Sabtu malam Ahad.


Surah2 Yassin yang telah disediakan...


kali ini saya tidak memasak sendiri. Sebaliknya saya membuat pesanan sahaja. Kali ini saya mencuba set nasi beriyani daripada Beriyani Idaman. Rasanya ramai yang dah tahu pasal Beriyani Idaman ni. Kedainya ada di Kebayan Taman Pasir Putih tu. Tuan punya Beriyani Idaman ni tinggal dekat aje dengan rumah saya.

Kalau ada aktiviti masak-memasak, ramai kawan2 yang akan datang menghulurkan bantuan. Orang Johor kata "rewang". Tapi kalau orang Perak, "rewang" tu bermaksud berjalan2 tanpa hala tuju ataupun melilau ke sana sini...

Rakan2 datang menolong apa yang patut pada sebelah petang. Kebiasaannya, waktu2 begini kami akan memotong dan menyusun kuih-muih, mengatur meja hidangan, membentang tikar2 serta menyediakan minuman. Tak lupa juga membungkuskan makanan untuk Pak Imam...


Pada malam tersebut, yassin dan tahlil telah sama2 kami sedekahkan kepada mereka2 yang telah pergi meninggalkan kami. Juga tidak lupa juga kepada semua saudara2 seIslam yang telah meninggal dunia. Moga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah...
Siapakah mereka di dalam senarai di atas???
1. Mohd Zain bin Chu - arwah ayah kesayangan saya
2. Haji Zakaria bin Itam Kassim - arwah atok saya sebelah emak
3. Chu in Kulop Abu Bakar - arwah atok saya sebelah arwah abah
4. Ahmad Rejo bin Jasoro - arwah atok suami sebelah abah
5. Haji Siraj bin Abdullah - arwah atok suami sebelah emak
6. Zamiri bin Ramli - arwah bapa saudara saya yang meninggal di HUKM hujung tahun lepas
7. Saaniah binti Sardi - arwah opah saya sebelah emak (isteri kepada arwah Hj. Zakaria)
8. Hajjah Khatijah binti Hj. Abd. Rahim - arwah nenek suami
9. Hajjah Sawinah binti Mustawi - arwah nenek suami


Tetamu sedang mendirikan solat Isyak...

Kat dalam rumah dah dipenuhi oleh jemaah, yang tak muat kat dalam terpaksalah bersolah di luar sahaja. Alhamdulillah...ramai jemaah malam tu. Anak2 pun turut menjemput rakan2 sekolah mereka.


Menu yang disediakan pada majlis tersebut ialah set nasi beriyani - ada nasi beriyani, ayam masak merah, dalca, jelatah dan juga papadom. Saya pulak masak Puding Roti (1 loyang), Kuih Bakar (1 loyang), Agar Karamel (4 loyang) dan buah2an 2 bakul...


Ini pulak ialah kuih-muih sumbangan rakan2 setaman. terima kasih untuk semua...!

Tetamu2 perempuan semuanya berkumpul di bahagian dalam rumah untuk menjamu selera...

Wednesday, January 26, 2011

Taklimat KSSR di SKTPP


Salam sejahtera untuk semua. Macam yang saya kata pada entri sebelum ini, ada taklimat pasal KSSR di SKTPP pada petang Jumaat lepas (21hb. Januari, 2011). Ibubapa2 dan penjaga2 pelajar Tahun 1 dijemput hadir ke taklimat tersebut. Taklimat tersebut menerangkan dan merungkaikan apakah yang dikatakan KSSR ini. Juga menerangkan tentang perincian bagaimana pentaksiran murid dibuat.

Apakah KSSR? KSSR ialah singkatan bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pada tahun 1983, ianya diperkenalkan sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Manakala pada tahun2 sebelumnya ianya lebih dikenali sebagai KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah). Pada tahun 1993, ianya dikenali pula sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR juga...). Pada tahun 2003, KSBR telah dibuat semakan. Dan pada tahun ini, tahun 2011, KSSR pula diperkenalkan.


Kenapa dikenali sebagai Standard?
1. Untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan
2. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
3. Mengenalpasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
4. Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran
5. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Menurut kata guru yang bertanggungjawab, setiap subjek akan ditaksirkan oleh guru2 subjek tersebut. Pentaksiran guru2 tersebut akan direkodkan dan segala bukti akan disimpan di dalam satu fail khas untuk setiap pelajar. Kalau pelajar tersebut berpindah ke sekolah lain, fail tersebut akan dibawa bersama ke penempatan baru. Taksiran2 tersebut akan digunakan untuk penilaian terakhir semasa UPSR nanti. Pada Tahun 6, 40% daripada markah penilaian akan diambil daripada pentaksiran sekolah ini dan 60% pula ialah daripada peperiksaan UPSR itu sendiri.

Itu adalah kefahaman saya. Sebenarnya banyak lagi yang guru tersebut terangkan tapi tak larat nak menulis panjang2. Kalau nak dapatkan maklumat lanjut, hubungilah guru2 kelas anak kita ataupun guru2 yang bertanggungjawab di sekolah masing2.




Semasa menghadiri taklimat tersebut, saya duduk di barisan kedua daripada depan. Senang nampak apa slide yang ditayangkan. Kalau nak salin satu persatu memang payah, itu sebab saya snap semua slide yang ditunjukkan. Salah satunya ialah yang di atas tu...

Meruju kepada gambar di atas, menurut kata guru bertugas, sekiranya seorang murid Tahun 6 yang tidak melepasi standard minimum yang ditetapkan, seseorang itu kena mengulang Tahun 6 sekali lagi. Bermaksud...2 tahun berada di Tahun 6.


Dan bermula tahun ini, murid2 Tahun 1 akan ditaksirkan berpandukan BAND. Untuk Tahap 1 (murid Tahun1,2 dan 3), ditaksirkan dari Band 1 hingga Band 4. Dan Tahap 2 (murid Tahun 4,5 dan 6) pula ditaksirkan dari Band 5 hingga Band 6. Seboleh2nya, dapatkan Band tertinggi pada setiap tahun. Dengan ini, di akhir Tahun 6 nanti akan dapatlah markah 40% tadi tu.



Pada sesi soal-jawab di akhir taklimat tu, saya turut bertanya kepada guru bertugas...
"Apa akan terjadi sekiranya anak kita tidak sampai kepada Band 4 (untuk kes Tahap 1) pada satu2 tahun tersebut?"

Menurut kata guru tersebut, tiada apa2 akan berlaku. Cumanya, bermakna anak kita cuma capai tahap itu sahajalah. Dan dah tentunya anak kita perlu berusaha lebih lagi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Dan guru2 juga akan turut berusaha untuk menaikkan Band murid tersebut. Tapi bukan sebarang2 boleh diubah2 band tersebut! Ianya perlu disertakan dengan instrumen2 dan bukti2 yang nyata...
Wallahhualam...

Menu Ringkas Jumaat


Saja je nak tayang menu2 yang dah tertunggak lama dah. Ni cerita minggu lepas lah ni. Akhir2 minggu lepas tu agak ibuk sikit. Tak sempat nak bercerita. Cerita pun tak ada la yang best2 sangat pun. Setakat nak berceloteh biasa2 jer...

Minggu lepas merupakan minggu kedua persekolahan. Saya masih sibuk menguruskan Adik. Susah hati dengan rombakan kelasnya la...ada taklimat la...baru dapat kitab sekolah agama dan perlu disampul dan ditampal nama dan kelas la. Mana nak fikir apa menu dan program untuk majlis yassin lagi...

Hari Jumaat lepas, saya masak menu sempoi ni saja sebagai juadah untuk makan tengahari. Biasalah kalau hari Jumaat, hubby mesti balik tengahari. Anak2 pun akan balik awal dari sekolah. Adik yang memang terlebih awal balik dari sekolah agama, tak sabar2 pulak nak pakai baju sekolah kebangsaan...tak sabar2 nak ke sekolah pulak. Saya kata kat dia, Pak Long (pemandu van) datang pukul 2:00 petang, dia nak pergi macam hari2 biasa tu jugak... Layan ajelah gambar2 ni!


Pak Choy goreng telur jer...

Kurma Ayam...

Friday, January 21, 2011

Penangan Nombor 8


Bagi sesetengah orang yang PERCAYA...nombor 8 ni banyak ONG. Pada saya pulak, nombor mana2 pun sama. Bergantung pada situasi. Kalau dalam kelas, mesti nak dapatkan kedudukan dengan nombor2 yang KECIL. Tapi markah pulak, mesti nak nombor2 yang BESAR. Kalau yang bekerja, gaji pun nak yang BESAR jugak. Ada ke orang nak gaji KECIL? Tambah2 kalau dapat gaji 8 angka..jutawan den!!


Tapi saya sendiri pun SUKA nombor 8 ni sebab...
1. Adik-beradik saya semuanya 8 orang...6 lelaki dan 2 perempuan.
2. Nombor pendaftaran kereta saya dan hubby berakhir dengan nombor 8.
3. Hubby pun dilahirkan pada dua puluh 8 haribulan

TAPI...hari Selasa lepas...nombor 8 ni dah membuatkan saya hilang semangat. Membuatkan saya rasa teramat kecewa... YaAllah...kenapa la dapat 8..!!!

Kisahnya begini.......
Masa Adik masuk Tahun 1 ari tu, Adik ditempatkan di kelas 1A3. Penempatan ni mengikut turutan dalam senarai pendaftaran. Siapa yang daftar awal, dapatlah duduk di kelas paling atas. Selepas seminggu persekolahan, ada ujian diagnostik untuk pelajar2 Tahun 1 ni. Dah pesan dengan Adik supaya buat elok2, hati2 dan buat betul2. 

Hari Selasa lepas, sebaik saja balik dari sekolah kebangsaan, Adik terus kata yang dia kena tukar kelas. Kena tukar ke kelas 1A8. Mula2 tu tak percaya jugak. Tapi lepas tengok buku pekelilingnya, ada tertampal jadual waktu untuk kelas 1A8. Maknanya memang betullah Adik akan ditempatkan di kelas tersebut. MasyaAllah....! Tengok aje jadual tu, saya terus termenung. Rasa down sangat...! Terfikir2...kenapa Adik boleh masuk kelas bawah? Apa yang dah Adik buat? Tak mungkin pulak Adik tak pandai 3M - menulis, membaca dan mengira! Impossible...! Tak mungkin! Kenapa???

Kebiasaannya, kelas atas2 tu yang bagus...1A1, 1A2, 1A3... Kalau dah masuk kelas 1A8, dah dekat nak kelas terakhir dah! Semuanya ada 9 kelas untuk Tahun 1.

Keesokan harinya, saya pun telefon GKP Petang, Puan Masrawati. Setelah dapat penerangan serba ringkas, lega sikit hati saya. Apa2pun, petang ini ada perjumpaan dengan ibubapa murid2 Tahun 1. Ada taklimat pasal KSSR. Nak dapatkan penjelasan lanjut nanti. Tungguuuu....!


Monday, January 17, 2011

Ayam Masak Kicap Madu Bercili


Setiap hari, selepas Adik ke seklah, kepala pening memikirkan apa nak dimasak untuk hari tu. Sekarang ni anak2 tengah membesar...asyik lapar je. Hari2 mesti kena masak. Kalau rasa kurang rajin melanda, main beli kat kedai jer. Kadang2 tu bila dah tak tau nak masak apa, pilihan yang paling senang ialah samada telur dadar ataupun tumis sadin je. 

Hari ini awal2 pagi lagi saya dah mula nak memasak. Selepas aje Adik ke sekolah agama, saya dah keluarkan ayam. Selepas tu saya buat Lempeng Kelapa...untuk diri saya sendiri. Awal2 pagi tadi dah hujan. Memang sedap pekena lempeng ni dengan kopi-o panas. Yang tak bestnya...minum sorang2 je! Hubby pun dah pergi kerja waktu tu.

Lepas Adik balik dari sekolah agama, terus hantar dia mengaji pulak. Pergi awal sikit sebab nak mengelakkan dari beratur panjang. Cepat pergi, cepat baca, cepat balik, cepatlah memasak!!!

Hari ini saya masak Ayam Masak Kicap Madu Bercili. Resepinya...nanti saya tuliskan di Dapur Azita, InsyaAllah.

 Ayam Masak Kicap Madu Bercili...

Masakan kali ini ada rasa2 pedas dan manis2 madu. Mula2 tu bercadang nak masak Ayam Masak Madu jer. Tapi bila tengok dalam petiais masih ada lebihan sambal perapan ikan ari tu, saya masukkan sekali. Lepas tu saya tambah pulak kicap manis lagi. 


Friday, January 14, 2011

Bubur Kacang


Dah lama gak teringin nak makan Bubur Kacang ni tapi bila memikirkan hubby tak boleh makan kekacang, saya tangguhkan dulu niat tu. Tapi hari ni macam tak boleh nak postpone2 lagi dah. Tengahari tadi, lepas masak untuk makan tengahari, saya pun terus masak bubur ni. Hari ni hari Jumaat, Adik pergi ke sekolah kebangsaan agak lewat daripada biasa. So ada banyak masa untuk memasak. Hubby dan anak2 makan nasi dengan ikan bakar dan masak lemah fucuk + suhun, saya pulak makan bubur kacang semangkuk. Tengahari tadi bakar ikan cencaru je...Cencaru Bakar ABC. Tak sempat snap gambar pun!



Tengahari dah pekena senamgkuk, petang pulak pekena semangkuk lagi! Alhamdulillah....


Main Bakar2 Je...


Main bakar2 jer kali ni...tapi bakar bukan sebarang bakar. Bakar yang ini ialah bakar yang berkhasiat. Bakar apa ye...??? Hehehe...gempak jer lebih....! Sebenarnya ini ialah menu hari Rabu lepas. Baru hari ni sempat nak upload. Menu hari ini pulak...tungguuuuuu.....!!!





Ikan Bakar Daun Kunyit...

4 ekor ikan kembong dah terbakar di dalam oven. Kali ini Ikan Bakar Daun Kunyit. Lebih kurang macam ikan bakar yang lepas2 cumanya bahan2 perap dan sambalnya tu saya tokok-tambah bahan2nya. Rasanya pun lebih uummpphhh....! Ada rasa pedas2...ada rasa masam2...ada rasa manis2 sikit. Balik dari sekolah, anak2 makan dengan nasi putih...seekor sorang! Yang seekor lagi tu simpan untuk hubby...


Roti Bakar Mentega Kaya...

Dah petang2 tu, rasa macam lapar pulak perut ni. Nasib baik roti sandwich ada stok. Sapu dengan mentega di kedua2 belah permukaan dan letak atas non-stick pan jer. Masak garing2 kat kedua2 belah mukanya. Angkat dan sapu dengan kaya. Lepas tu....makan la!!!!!


Tuesday, January 11, 2011

Menyampul Dan Menampal


Salam sejahtera untuk semua.

Hari ini (Selasa, 11-01-2011) merupakan cuti umum bagi negeri Johor sempena hari Hol Almarhum. Anak2 semua tak bersekolah tapi hubby tetap bekerja. Cuaca pulak mendung dan hujan rintik2 di sebelah pagi. Di sebelah petang pulak, mendung je. Tak ada pancaran cahaya matahari pun hari ni. Bila cuaca sebegini, kain-baju tak kering2 dah dua hari. Bertambah pulak dengan yang hari ini punya.

Apa projek cuti2 ni ye! Kami cuma duduk kat rumah je. Memandangkan Adik baru dapat buku teks semalam, tadi projek saya ialah menyampulkan dan menampal nama pada buku2 tersebut. Jadual pun dah dapat semalam. Bagus format jadual yang diberikan kerana disertakan nama guru yang mengajar untuk setiap mata pelajaran tersebut. Bilangan buku tulis dan jenis buku tulis yang perlu digunakan untuk setiap mata pelajaran pun disertakan bersama. Senanglah kerja saya untuk mencetak nama guru dan mata pelajaran pada setiap buku tulis. Selain daripada buku teks, ada juga buku2 aktiviti. Semua buku tersebut mengikut format KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).


 Buku2 teks dand buku2 aktiviti yang dapat semalam...

Aduiii...bukannya senang kerja2 menyampul ni. Nak menyampul butu tulis memang senang sebab saya gunakan yang ready-made aje. Tapi untuk buku2 teks dan buku2 aktiviti, saya tidak gunakan yang ready-made sebab tak ada yang sebaloh dengan buku2 tu. Serik dah nak beli yang ready-made. Saya beli yang 20meter tu, lepas tu potong sendiri dan wrapping sendiri. Semuanya dilakukan dengan tulang empat kerat ni. Sebelum menyampul, saya mencetak dulu nama, kelas, nama mata pelajaran dan nama guru. Lepas tu potong2 dan gunting2. 
Proses penyampulan mengambil masa yang amat panjang sebab banyak sangat rancangan tergendala di tengah2 proses. Masak untuk anak2...membasuh dan menyidai kain-baju, mengemas rumah, melayan kerenah anak2 dan macam2 lagi. 

Sedang asyik menyampul, perut pulak berkeroncong. Kena pulak cuaca yang suram jer sepanjang hari. Menambahkan nikmat untuk mengunyah sesuatu. Selongkar kat dapur dengan Adik. Roti sandwich ada, cheese pun ada. Ajak Adik makan Roti Bakar Chesse dulu...


Roti Bakar Cheese...

Enak dimakan masa tengah panas2...meleleh jer cis nya! Buat 3 set, kongsi dengan Adik. Adik memang suka sangat makan cis. Kadang2 tu, dia makan cis tu macam tu je...


Dah selesai tugas2 rumahtangga, sambung lagi projek menyampul. Begitulah seterusnya...berhenti kejap...sambung semula...berhenti lagi...dan sambung lagi! Dah 9:00 malam baru siap!!!

Semua dah siap!!!

Pada buku tulis tu, hari tu dah tampal nama Adik dan kelas. Bila dah tau matapelajaran mana dan siapa gurunya, saya cetak sekali lagi dan tampal semula. Masa beli buku2 dulu, dalam senarai tu menyatakan kuantiti buku tulis yang harus dibeli ialah 30buah. Tapi tadi bila tengok senarai buku tulis yang akan digunakan, cuma 15buah yang akan digunakan. Apa akan jadi dengan baki 15buah lagi??? Katakanlah ada buku tulis yang akan habis digunakan menjelang tengah tahun, takkan ler sampai 15buah akan turut digunakan. Betul tak???? 

Untuk buku2 teks pulak, saya tampal nama dan kelas dibahagian luar sampul. Bila nak pulangkan buku2 teks tersebut hujung tahun nanti, senang le nak tanggalkan nama2 tu. Buku2 aktiviti pulak saya tampalkan dulu di kulit buku2 tersebut sebelum disampulkan. Alhamdulillah...semuanya dah selesai. Kitab2 jer (sekolah agama) yang belum dapat. Dah dapat nanti, kena menyampul lagi.....!!!

Sunday, January 9, 2011

Kelas Tambahan Dan Makan-Makan...


Seminggu dah pun berlalu. Dah nak habis hari Ahad pun. Esok anak2 akan mula bersekolah lagi. Dan satu hari ini cuaca pun tidak menentu. Sebelah pagi tadi ada la panas sekejap. Sempat jugaklah kain-baju semalam dan semalamnya kering. Kain-baju yang dibasuh hari ini tak sempat kering pun.

Dan mulai esok juga, Abang Yang (Tahun 6) dan Abang Ngah (Tingkatan 3) akan ada kelas tambahan sebelum dan selepas waktu persekolahan. Abang Yang ada Program Motivasi Pagi dari 7:00am hingga 7:20am. Dan selepas waktu persekolahan, ada juga kelas tambahan sehingga jam 2:00pm. Dan setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat, akan ada kelas tuisyen dari jam 8:00am hingga jam 12:00 tengahari.

Abang Ngah pulak, kelas tambahan akan bermula selepas waktu persekolahan hingga ke pukul 2:00pm juga. Nampaknya saya kena tukar alarm kat handphone tu. Selalu tu set ke 12:45 tengahari untuk jemput mereka berdua.

Alhamdulillah dan tahniah kepada pihak pengurusan sekolah kerana mengadakan kelas2 tambahan tersebut. Sekurang2nya boleh memupuk semangat mereka dan akan menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Zaman sekarang ni amat mementingkan pencapaian akademik. Jadinya anak2 terpaksa mengikut rentak arus zaman sekarang. Kesian juga mereka sebab asyik mengadap buku jer... Alangkah baiknya sekiranya ilmu2 tersebut boleh dimanfaatkan sebaik2nya.


Ok...kita tinggalkan cerita kelas anak2 tu sekejap. Ni nak tayang menu kami hari ini...

 Benda alah ni lagi...tapi dengan versi yang sedikit berbeza. Kali ini saya gunakan roti putih. Boleh juga kalau nak guna roti burger ke, roti hotdog ke, roti sandwich biasa tu ke... Lepas tu saya dadar telur sebiji yan telah dicampurkan dengan seasoning pepper. Lepas tu lapis2kan saja dengan salad, hirisan tomato, hirisan timun dan juga sos cili. Untuk anak2 dan hubby, saya gunakan roti hotdog. Roti tu saya belah 2 (tak putus...), sapu sikit dengan mentega dan panaskan atas kuali hingga kekuningan permukaannya. Lepas tu dadar pulak telur. Semasa telur tu masih cair2 lagi, letakkan roti tersebut ke atas telur tu (permukaan yang kekuningan ke atas telur). Biarkan hingga telur masak. Angkat dan hiaslah mengikut kesukaan...


 Ayam Bakar Berempah...

Tengahari tadi saya masak Nasi Mentega dan Ayam Bakar Berempah sebagai hidangan makan tengahari. Menu ringkas jer. Ayam tu diperpkan dalam 30 minit sebelum dibakar. Lebihan air perapan tu jangan dibuang. Sayang jer...! Masukkan air tu ke dalam kuali, tambahkan lagi airnya dan perisa2 yang kurang dan didihkan. Dah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung...untuk memekatkannya sedikit. Ini boleh digunakan sebagai gravy ayam bakar tu nanti...


Sosej Roll...

Selepas buat Crab Stik Roll hari tu, pastry tu ada lebih 2 keping je lagi. Sayang pulak. Semasa membakar ayam tadi, saya pun keluarkan sosej 2 batang dan pastry. Saya gulung2kan, gunting sikit kat atas pastry tu, sapu dengan telur dan tabur dengan bijan. Tunggu sehingga ayam siap dibakar baru saya masukkan Sosej Roll ni pulak. 


Saturday, January 8, 2011

Nasi Ayam Kismis


Salam sejahtera untuk semua...

Semalam hari Jumaat. Pagi2 dah hujan. Hujan rahmat di pagi Jumaat... Selepas Adik ke sekolah agama, saya memulakan projek untuk makan tengahari. Cadangnya nak masak nasi ayam bersama kawan2nya. Dalam kepala terbayangkan Nasi Ayam Kismis dan Ayam Sup Masak Madu. Sup memang dah wajib kalau makan nasi ayam...kan! Keluarkan ayam dari freezer, kena defrost dulu. Akan ambil masa lama gak ni. Sambil2 tu, sempat juga berFB dulu...hehehe.

Potong ayam kecik2 untuk dibuat sup. Yang agak besar2 sikit tu nak masak madu. Saya masak sup dulu. Saya masukkan potongan ayam yang agak besar2 tadi bersama ke dalam sup tu. Saya bubuh air lebih2 sebab nak gunakan air sup tu untuk masak nasi. Nanti rasa nasi tu lebih ummppp lagi...

10:45am Adik balik dari sekolah. Masa tu saya masih di dapur. Sup sedang mendidih. Nasi pun dah kering airnya cuma perlu dimasak dengan api yang kecil sehingga betul2 masak. Saya gunakan beras herba ponni. Sebelum ni saya masak guna rice cooker tapi bila masa nasi tu mendidih, habis terkeluar segala air didihannya tu. Setiap kali masak nasi mesti kena membersihkan periuknya. Akhirnya, saya gunakan cara tradisional jer...jerang nasi atas dapur gas (tradisional ker..???).

Since Adik dah balik, saya kena berhentikan semua tugas sebab nak hantar Adik pergi mengaji pulak. Adik mengaji ambil masa dalam 30 minit. Lama...kan??? Itu sebenarnya termasuklah masa untuk dia sembang2 dengan gurunya, sembang dengan kawannya, main2 lagi....! Satu jer peel Adik ni...kalau dia mengaji, saya tidak boleh berada di sisinya. Lagi banyaklah songehnya. Itu sebab saya tunggu dalam kereta je...

Dah balik dari mengaji, saya sambung semula projek memasak tu. Sempatlah sup dan nasi tu masak sempurna. Sedang saya memasak ayam sup masak madu tu, jam dah menunjukkan pukul 12:00 tengahari. Tibalah masa untuk saya menjemput Abang Ngah dan Abang Yang pulak. Tengahari semalam pun hujan juga. Kalau tak hujan, boleh juga anak2 saya tu balik berjalan kaki je. Bukannya jauh sangat rumah dengan sekolah tu...lebih kurang 0.5km jer.


 Nasi Ayam Kismis...

 Ayam Sup Masak Madu

Sup Ayam

Sedia untuk dimakan...!

Setelah mengharungi beberapa rintangan, akhirnya jadi juga Nasi Ayam Kismis, Ayam Sup Masak Madu dan juga Sup Ayam. Alhamdulillah....!


Friday, January 7, 2011

Cerita Pagi Jumaat


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Semalam hujan. Hari ini pun awal2 lagi dah hujan. Cuaca mendung jer. Kain semalam belum kering. Anak2 nak ke sekolah pagi tadi terpaksa gosok baju yang masih lembab tu. Masing2 ada baju 2 pasang seorang jer. Bermakna hari2 mesti kena basuh baju2 sekolah mereka. Tak boleh termiss...kecualilah kalau terkena hari mereka ada Pendidikan Jasmani (PJ) ataupun hari Koko (biasanya hari Rabu). Hari2 ini mereka tak pakai seragam sekolah....

Sarapan apa pagi ini??? Saya buat yang kat bawah ni jer. Ringkas jer. Ada roti bakar, ada kacan panggang, ada telur hancur. Kalau suka boleh letak sayur2 mentah. Saya letak hirisan timun jer.



Thursday, January 6, 2011

Crab Stick Roll Dan Kuih Bakar


Tak tau lah pasal apa...mata ni tak mengantuk pulak sepanjang malam semalam. Akhirnya saya turun ke tingkat bawah. Sambil tengok tv saya menyiapkan kerja2 melipat kain yang belum selesai. Sambil2 tu kepala memikir apa nak dimasak esok pagi sebagai sarapan. Haaa....bihun ada, sayur2 pun ada. Set.....masak bihun goreng ajelah!!!

Siap kerja2 melipat kain, terus ke dapur pulak. Kisar cili, bawang merah &bawang putih. Tuang ke dalam bekas bertutup dan simpam dalam petiais. Kemudian keluarkan sayur2. Potong2, basuh2 dan toskan. Simpan dalam petiais jugak. Akhir sekali keluarkan bihun. Semua bahan2 dah siap, esok pagi cuma perlu dimasak sahaja.....KONONnya la...!

Entak macam mana, teringin pulak nak makan Kuih Bakar. Alahhh...bukan susah sangat nak buatnya. Campurkan aje semua bahan, pukul sampai sebati, tapiskan (supaya tidak bergentel2), tuang dalam loyang dan bakar. Siap dah Kuih Bakar!!!! Waktu ni jam dah menunjukkan pukul 5:00 pagi.


 Inilah hasil Kuih Bakar dinihari tu...

Selepas solat Subuh, tiba2 teringat pulak nak masak Crab Stick Roll lagi. Hari tu anak2 berebut2 dengan roll tu. Siap kena bahagi2kan sama banyak. Anak2 dapatlah makan 2 roll setiap orang, emak dan abah pulak dapat 1 roll sorang jer. 1 paket pastry tu cuma ada 10 keping jer, malas nak bukak pek satu lagi.

So...my next project ialah Crab Stick Roll lagi...! Tapi kali ini saya buat plain aje, tak tabur apa2 pun kat atasnya.


Crab Stick Roll...

AKHIRNYA...PROJEK BIHUN GORENG SAYA TERBENGKALAI......!!!!! Esok ajelah sambung...
So...pagi semalam sarapan dengan Kuih Bakar dan Crab Stick Roll....

Wednesday, January 5, 2011

Burger Pulak


Malam semalam, saya cuma buatkan burger bertingkat ni sebagai hidangan makan malam. Sebenarnya saya siapkan segala bahan2nya - roti siap digoreng sikit, daging burger ayam siap digoreng, timun dan tomato siap dihiris dan salad siap dibasuh. Lepas tu saya letakkan semua bahan2 ni di atas meja makan. Semua ni saya sediakan semasa hubby pergi menghantar Abang Ngah ke pusat tuisyen. Dalam masa yang sama pulak, menjemput Ayong dari pusat tuisyen yang sama. Adik dan Abang Yang ikut sama. Tinggallah saya seorang diri di rumah.


My portion...

Bila mereka dah balik, barulah kami sama makan. Masing2 susun atur sendiri punya. Adik punya tak letak sos cili tapi dia letak aiskrim. Tak tau mana dia dapat resepi tu. Yang lain2 tu lebih kurang sama macam yang kat atas tu...


Crab Stick Roll


Hujung tahun lepas saya ke blog Cik Mat Glamor (nama baru untuk CMG...hehehe). Saya nampaklah benda alah ni. Teruja nak membuatnya. Puff pastry pun memang ada. Crab stick pun ada. Ingatkan nak buat sarapan pgi tahun baru tu. Tapi rancangan tergendala sebab pagi tu kami bersarapan di luar selepas selesai mendaftarkan dan membayar yuran Abang Ngah di SMK Pasir Putih. Jadinya saya buat pada keesokan harinya....

Sebelum dibakar....
Saya buat dua versi. Satu versi saya taburkan bijan diatasnya dan satu lagi dengan seasoning pepper...

Siap untuk dimakan...!