Monday, May 10, 2010

Selamat Pengantin Baru



Selamat Pengantin Baru kepada kedua2 mempelai. Nama mempelai ni, saya mintak maaflah sebab tak berpa nak tau. Kad jemputan pun tak ada. Jadinya tak berapa nak tau nama penuhnya. Tapi yang saya tahu, mempelai perempuan tu namanya Siti dan yang lelaki tu pulak .............. Ayah pengantin perempuan ni ialah orang sekampung hubby dan mempunya pertalian "bau2 mempelam" (bukan bau2 bacang sebab pertaliannya dah agak jauh...).

Bapa pengantin perempuan datang mencari hubby ke rumah tapi tak jumpa sebab dia pergi ke rumah yang salah. Nombor rumah dah betul cuma nama jalannya yang salah. Akhirnya beliau cuma terjumpa dengan rumah yang sedang direnovasi. Kemudian beliau berpesan pulak dengan saudara hubby yang tinggal berdekatan. Masa dia datang ke rumah, hubby belum balik dari kerja. Saya berikan nombor telefon hubby kepadanya supaya beliau boleh menyampaikan pesan bapa pengantin kepada hubby. Panjang jalan ceritanya mengenai jemputan perkahwinan ini.

Majlis ini berlangsung pada hari Ahad lepas di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih. Saya pergi berdua dengan hubby je. Macam pengantin baru ler pulak...!

Pengantin lelaki duduk dengansopan sorang2 kat atas kerusi plastik ni. Kesiannnn diaaa.....! Sebenarnya ketibaan pengantin lelaki disambut oleh satu persembahan...!


Persembahan tarian dari anak di Perjiranan 8 (kalau tak silap...)... Cute2 budak2 ni...!


Kek pengantin 2 tingkat...serba hijau. Sedondon dengan pakaian, pelamin dan khemah pengantin...!


Khemah makan berdamai pengantin...!


Selepas bersanding dipelamin, pengantin diarak turun untuk makan berdamai...!


Sama cantik, sama padan...bagai pinang dibelah dua...!


Inilah bapa pengantin perempuan. Dikenali sebagai Ari oleh hubby...!


No comments: